Sunday, July 24, 2011

Umat Islam kekurangan media Islami.


Oleh: Rossem
Sekitar 80an dan 90an banyak media-media Islami dari Indonesia dipasarkan di Malaysia, antara paling popular Panji Masyarakat. Qiblat, Ummat. Sekarang media-media itu tak ada lagi dijual di sini, barangkali di negara asalnya juga tak ada, sudah berkubur. Yang ada hanya tinggal Suara Hidayatullah, Sabili, Suara Muhammadiyah. Dan di Malaysia Suara Hidayatullah dan Sabili lebih menonjol berbanding Suara Muhammadiyah.

Lain-lain media cetak Indonesia yang memasuki pasaran Malaysia ialah majalah mingguan Tempo dan Gatra. Pembacanya ahli akedemik, penyelidik dan kalangan penulis. Terdapat juga di Malaysia Majalah Horison . Pembaca setianya dari kelompok sasterawan.

Yang menyedihkan dalam hal ini ialah merosotnya media-media Islami. Ke mana perginya media-media itu. Indonesia memiliki jumlah umat Islam paling ramai di dunia, seharusnya ada puluhan majalah Islami dilahirkan, untuk melawan serangan media nasionalis dan bukan Islam yang setiap hari menghentam Islam.

Namun tidak dinafikan, penerbit-penerbit Islam seperti Al Kautsar, Gema Insani, Mizan dan beberapa lagi di Jakarta. Di Yogya ada Mitra Pustaka / Pustaka Pelajar, di Solo ada Aqwan dan banyak lagi penerbit di kota ini, namun belum dapat mengedar buku-bukunya dengan baik, kerana belum mempunyai toko buku Islam, seperti yang dimiliki oleh Group Kompas, yang mempunyai rangkaian kedai buku Gramedianya di kebanyakan kota-kota utama di Indonesia. Kompas Group dan Gramedia dikuasai majoriti dari kalangan beragama Kristian Katolik.

Perkembangan media cetak Indonesia menlonjat stelah reformasi 1998. Jumlah media cetak keseluruhannya baik yang harian, mingguan mahupun yang terbit bulanan mencapai 955 penerbit, baik akhbar biasa, tabloid mahupun majalah, dan dari 33 negeri di Indonesia hampir semua mempunyai media paling tidak mesti ada satu media. Ini tidak lain kerana kebebasan media dan kemerdekaan bersuara tanpa sekatan dari pihak pemerintah, terutama setelah reformasi. Semua media dimiliki pihak swasta.

Begitu pula dengan radio dan televisi. Jumlah radio ada 378 rangkian dan televisi 118 saluran, termasuk beberapa rangkaian / saluran dipunyai pemerintah. Laporan pemberitaannya sangat telus. Sewaktu di Surabaya sempat menonton sebuah program televisi pagi. Ditampilkan seorang juara pemidato peringkat sekolah menengah. Pidato oleh anak itu bagus sekali, suara mahupun intinya. Beliau menghujah dengan penuh semangat bahawa “ Di negara kita, seorang mencuri sebiji nangka, ditangkap dan dipenjarakan, tapi yang mencuri / merampok billioner bisa terlepas dari hukuman” Ternyata televisi di Indonesia lebih berterus terang berbanding TV Malaysia. Semua yang disampaikan tidak disembunyikan, mengkritik pemerintah secara terbuka juga tiada sekatan.

Barangkali itulah nikmat kemerdekaan bersuara dan kebebasan media yang diperolehi hasil dari reformasi 1998. Namun peluang yang baik itu tidak direbut umat Islam. Sepatutnya umat Islam mengisi peluang itu dengan membangun kekuatan ilmu, terutama dalam bidang penguasaan media dan penerbitan majalah serta buku-buku Islam terbaik.

Saat berkunjung ke stesen radio Suara Muslim Surabaya, sempat bertanya salah seorang pembinanya, Mushin Toyib Abbas “Berapa kira-kira jumlah radio Islami dengan radio non-Muslim di Indonesia?” Jawab pria 40an itu “Nisbah. 4 Kristian, satu Muslim” Satu stastik yang sangat mengkhuatirkan umat Islam, bukan saja di Indonesia bahkan di Malaysia.

3 comments:

  1. assalamu'alaikum
    apa anda baca sabili juga?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Waalaikummusalam Pak Eman

    Saya pembaca tetap buku-buku dan majalah Islami dari Indonesia, salah satunya SABILI. Kebetulan pengedar tunggal di Malaysia teman saya Pak Jawahir, punya toko buku besar di Kuala Lumpur, sekaligus penerbit buku-buku islami yang sukses.Sayang SABILI tak kirim Pak Jawahir ke Kota Bharu, hanya di toko buku beliau aja bisa perolehi. (Ustaz Hery Nurdi kalau ke Malaysia sering telefon saya..

    ReplyDelete