Tuesday, March 23, 2010
Galeri Kartun Rossem TerimaTetamu
Oleh: Rossem
Katanya, susah sangat mahu menghubungi saya. Lalu ia cuba mendapatkan nombor telefon daripada Utusan Melayu (UM). Saya pun tidak tahu siapa individu yang dimaksudkan di UM itu. Namun hampa. Sebaliknya individu UM meminta pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) itu agar menghubungi saja pejabat akhbar alternatif nombor satu di Malaysia, iaitu Harakah, kerana katanya, Rossem juga melukis kartun di akhbar tersebut. Malangnya tidak juga berhasil. Sebaliknya orang tertentu di Harkah pula meminta menghubungi Kerajaan Negeri Kelantan. Setelah menghubungi, ternyata berhasil mendapatkan nombor telefon saya.
Bunyinya hebat. Sepertinya sosok yang bernama Rossem itu orang “hebat”, walhal orangnya kerdil. Tidak punya apa-apa untuk dibanggakan. Sekadar seorang kartunis cuma. Mungkin kesukaran untuk mendapatkan nombor telefon saya justeru disebabkan tersilap jalur, menghubungi orang yang sememangnya tidak menyimpan nombor telefon saya. Atau biasa juga disebut, tersalah line!.
Setelah nombor telefon saya di tangannya, lantas segera menghubungi. Seperti biasa, memperkenalkan diri dan menyatakan hasrat tujuan. Saya sedikit kaget. Hati nurani saya yang paling dalam pun bebisik bila mendengar tujuan beliau ingin berjumpa saya.
“ Iya bang. Saya penuntut tahun tiga UITM, Shah Alam, dalam bidang grafik digital media, mahu membuat tesis atau skripsi tentang abang. Aktivitas abang sejak mula terjun dalam bidang kartun sehinga sekarang”. Kata sang pelajar.
“ Apakah saya layak untuk dijadikan bahan tesis?, sedang kartunis lain, lebih hebat dan terkenal”. Tanya saya sedikit kehairanan.
“Iya, tapi abang seorang kartunis politik veteran yang sudah lebih satu dekad bergelumang dengan dunia kartun. Kritik-kritik abang lewat lakaran kartun bisa mengajak pembaca berfikir tentang apa yang berlaku di sekitar kita, masyarakat kita, bangsa kita dan tanah air kita”.
Ciri-ciri karakteristik kartun seringnya mengumpan rasa lucu, justeru banyak fungsi bisa dijalankan oleh seni kartun. Ia bisa mengajar, mendakwah, mengejak, mentertawai, menghibur berlucu-lucu, menanggapi sesuatu peristiwa dan lain-lain.
Pendekatan kartun terhadap realiti faktual sedemikian rupa sampai ia membuat destorsi terhadap kenyatan tersebut, namun tanpa kehilangan ciri-ciri yang menonjol dari realiti tersebut. Malahan sebaliknya dengan destorsi tersebut dipertajam ciri-ciri khas dari kejadian dan peristiwa yang terjadi dan dalam ketajamannya itulah sesuatu pesan atau maksud disampaikan. Tentunya pesan-pesan yang baik, yang didalamnya ada unsur-unsur dakwah Islamiyah.
Demikian fungsi kartun yang saya sampaikan kepada anak-anak muda pelajar dari UITM pagi itu, pada kadar yang sangat terbatas dan ringkas.
Sebelumnya, para pelajar UITM tersebut menyebut “ Di Malaysia hanya terdapat dua kartunis saja yang melukis kartun-kartun satira politik, iaitu Rossem dan Zunar”. Saya tidak mahu komen seputar itu, dan tidak pula mahu menidakkannya. Kebarangkalian ada benarnya pernyataan para pelajar jurusan ilmu grafik media itu.
“Kalau demikian persepsi saudara, saya tidak keberatan untuk berjumpa dan memberi kerjasama”. Kata saya lewat telefon.
“Terima kasih bang”. Balas pelajar itu- Sofrie.
Perbincangan lewat telefon hari itu, berkesudahan dengan menetapkan hari dan tanggal kapan mahu datang ke Kelantan. Sebaik-baik tempat perjumpaan dan wawancara ialah di Galeri Rossem, Lot 1976, Jalan Bachok, Kota Bharu. Di galeri itu terdapat banyak lukisan-lukisan kartun lama dan baru hasil karya Rossem diperagakan sejak geleri itu mula dibangunkan kurang lebih tiga tahun lalu. Sambil wawancara dapat melihat sendiri kartun-kartun original yang tersimpan di situ dalam kondisi yang terjaga dan tersusun rafi.
Sabtu pagi, tanggal 20 Mac 2010, sebuah mobil berwarna hitam memasuki perkarangan galeri, empat anak muda turun, memberi salam, seterusnya bersalaman dengan saya yang sudah menunggu.
Saya mempersilakan masuk ke galeri. Hari itu cuaca agak panas, sedang alat hawa dingin belum dipasang dalam galeri (rencana mahu meminta bantuan individu atau kerajaan negeri/persekutuan untuk menyumbangkan dua pendingin udara), namun suhu panasnya tidaklah menjadikan dahi tetamu berpeluh, kerana di dalamnya terdapat dua buah kipas angin.
Seperti sering saya lakukan. Sesiapa yang mengunjungi Galeri Rossem, akan saya hadiahkan sebuah komik dakwah berjudul “ Mencari Kebenaran- Suatu Dialog Islam-Kristian”. Sebuah kisah benar yang terjadi di Indonesia, karangan Kyai Haji Bahaudin Mudhary, yang kemudiannya, dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia, saya melakarkannya dalam bentuk kartun supaya menarik minat kelompok remaja membacanya, kerana sebelum dikomikkan buku itu ternyata tidak ramai yang tertarik, bahkan tidak dikenali langsung.
Selanjutnya tentang para pelajar UITM yang bertamu ke galeri saya pada pagi itu. Mereka ialah; Sofrie Adry, Faizal Asmara, Kamal Hilmi dan Calvin Tony. Dua pelajar berasal daripada Sabah iaitu Calvin Tony dan Hilmi.
Selesai pengajian nanti, ada masa datang lagi…!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kita adalah pelajar dari fakulti reka bentuk dan seni bina, Universiti Putra Malaysia ingin menjemput seorang kartunis yang disediakan untuk memberi ceramah yang mudah dan kecil pada kartun dan animasi atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya bagi modul kem kami. : Beliau / dia boleh bercakap mengenai animasi / kesenian / tutorial / etc lakaran mudah.
ReplyDeletekem ini akan dihadiri oleh pelajar-pelajar tahun muda dan segar pertama dari fakulti yang terdiri daripada Senibina, Senibina Landskap dan Reka Bentuk Perindustrian.
Ia akan diadakan pada 13 September 2012, pukul 10.00am - 12.00 tengah hari (2 jam)
Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM akan membayar antara RM500 - RM800.
makan telah disediakan.
segera needed.interested untuk maklumat lanjut, sila hubungi: En. saiful (0166604573)