Sunday, December 16, 2018

Kesusahan lama jangan diulangi



Oleh: Rossem
Selepas  mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957, Malaysia berhadapan dengan pelbagai pancaroba, komunis mengangkat senjata.  Rakyat dipaksa menyokong perjuangan mereka. Sesiapa enggan   dihabisi. Infrastruktur dan pasarana   dimusnah. Jalan keretapi diletupkan. Sejumlah rakyat terkorban di tangan pengganas  komunis.  Darurat terpaksa  diistiharkan.  

Selepas darurat pertama  tamat 1960. Saki baki pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM)  berundur ke Selatan Thailand.  Tahun 1968   bangkit semula.   Dari pengkalan mereka   di  Betong dan Weng,  pengganas menyusup masuk ke Perak, Kelantan, Pahang, Kedah membuat kacau dan onar. Rakayat hidup dalam ketakutan.  Suasana aman hanya dikecapi setelah termenteri perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia - PKM   2 Disember 1987 di Haadyai. 

Tahun 1963   Parti Komunis Kalimantan  Utara (PARAKU)  melancarkan pemberontakan bagi menumpaskan kerajaan Malaysia  yang baharu dibentuk ketika itu.  Kejayaan Vietcong di Vetnam mengalahkan  tentera Amerika Syarikat  menaikkan  semangat juang PKM dan PARAKU .
Siapa yang bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air  dari dikuasai petualang?  Tugas berat itu dipikul  Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Orang Melayu. 

 Konfrantasi Malaysia- Indonesia meletus (1962-1966),  gara-gara Presiden Republik Indonesia ketika itu, Bung Karno tak bersetuju  Persekutuan Tanah Melayu  bersatu dengan Sabah, Sarawak.  Teriakan ”Ganyang Malaysia”  dari seberang Selat Melaka  membuat rakyat Malaysia hidup dalam situasi dan kondisi tak aman.  Dengan bilangan tentara Malaysia yang kecil, berhadapan dengan bala tentera Indonesia yang besar ibarat gajah berlawan dengan tikus. Namun semangat juang pasukan tentera dan polis  kita  tak kurang hebatnya. Agi idup agi ngalaban. Selagi hidup terus berjuang. 

 Tragedi 13 Mei 1969 mencatat sejarah hitam bagi Malaysia. Api sengketa kaum marak di Kuala Lumpur. Kehidupan harmoni pelbagai kaum    musnah sekelip mata gara-gara politik rasis yang menebal dikalangan pemuka-pemuka  parti politik ketika itu. Mereka adalah  sumbu yang menyalakan api  perkauman. Pembantaian  pun tak terelakkan.   Mayat bergelimpangan, rumah, kenderaan  dibakar, asap hitam memenuhi angkasa. Warga Kuala Lumpur sebahagiannya    kehilangan tempat tinggal, mereka  menjadi pelarian di tempat sendiri.  Stadium merdeka,  stadium negara dan stadium Chin Wo menjadi rumah baru.   Bayangkan ribuan tinggal di situ dengan tandas  tak sampai 10 buah, bekalan  air  sering terputus. 

 Saya sebahagian dari komponen pasukan keselamatan ketika itu, bertugas  sebagai “polis sukarela tanpa upah dan bayaran. Pihak berkuasa  datang ke asrama kami di Ulu Langat, mempelawa membantu PDRM. Berbekalkan semangat darah muda yang berkobar-kobar kami terima lamaran. Kemudian diberikan selaras  senapang patah dengan lapan biji peluru penabur. Tugas diberikan    mengawal  “pelarian Cina” di Stadium Merdeka. Melihat sendiri dari dekat sengsaranya hidup bila negara tidak aman.    

Kuala Lumpur kehilangan seri wajah. Kuala Lumpur seperti orang tua  tak terurus. Di jalan raya trak-trak tentera dan polis mundar mandir.   Jangan sesiapa cuba menghulurkan kepala dari jendela rumah- peluru tak bermata bila-bila masa  singgah. Perintah berkurung menyukarkan warga  mendapatkan bekalan  makanan. Kepayahan  tak tergambarkan. 

 Generasi sekarang sepertinya tidak mengetahui, susah derita generasi terdahulu di era darurat, konfrantasi, Mei 13, keganasan PARAKU di Sarawak  tersangat pedih. Tiada kata-kata untuk mengambarkan kepayahan itu.  Keharmonian, kebahagian yang dikecapi hari ini dibina di atas tulang empat kerat, keringat, darah dan air mata  generasi dahulu,  maka janganlah ada tangan-tangan gatal yang ingin kerosakannya.
  

Selamat jalan 2018.



Oleh: Rossem

Akhir tahun yang mendebarkan, bahkan merentap perasaan. Hampir 600 pekerja Utusan Melayu diberhentikan kerja. Nasib  yang sama menimpa pekerja TV3. Sektor perkilangan, gedung-gedung perniagaan, perladangan juga  mengurangkan  kakitangannya atas aasan kemerosotan ekonomi. 
Yang paling tarjis ialah pekerja media khususnya media cetak. Sebuah syarikat media gergasi seperti Utusan Melayu  pun tak dapat menongkah arus zaman yang  deras,  terpaksa mengecilkan size kakitangannya menjelang tahun baharu 2019. Tinggal beroperasi ialah akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo. Semua penerbitan majalah khabarnya diberhentikan. Majalah tertua -Mastika diiringi ke liang lahad.  Sebagai orang Melayu, dilanda kesedihan mendalam, tersentap nurani; Mastika daripada tulisan jawi kemudiuan ditukar kepada tulisan rumi, akhirnya disemadikan di pusara kenangan buat bangsaku yang sedang  diragut zaman digital. 

Di parlimen, Ahli Parlimen PH Kampar, Abdullah Sani membangkitkan isu pembuangan kerja begitu ramai dikalangan pengamal media; apakah tiada satu cara bagi kerajaan untuk mengatasi hal tersebut. Beliau  bercakap membela kaum pekerja kerana dahulu  beliau dari kesatuan sekerja.

Saya pernah mengalami nasib  sama dengan kakitangan Utusan Melayu yang diberhentikan kerja. Berkongsi perasaan suka duka. Di hadapan umum senyum bahkan ketawa, di dalam hati  resah gelisah Tuhan sahaja yang tahu. Hidup di Kuala Lumpur  memerlukan wang. Mencari wang juga dengan wang. Teringat anak-anak masih bersekolah. Kemiskinan bandar lebih parah daripada kemiskinan kampung, hanya di bandar orang tak tahu. 

Ketika itu tahun 2001. Genap 9 tahun bekerja dengan akhbar The Sun di Petaling Jaya,  tiba-tiba majikan memberitahu, akan mengecilkan size kakitangan hingga 85 peratus. Daripada 500  kakitangan hanya tinggal 50 orang. Masing-masing bertanya, siapa yang tersenarai dalam 450 itu. Berbulan-bulan  bermain teka teki. Kami ada “union”. Ketua Kesatuan Sekerja kami orang India, mengajak  berpiket  di tepi Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya. Selepas habis waktu kerja, kami angkat sepanduk di lebuhraya. Kereta-kereta bertali arus membunyikan hon tanda simpati. Pemimpin kesatuan sekerja Malaysia dan pemimpin politik pembangkang ketika itu DAP pun datang tunjuk simpati  kami yang dilanda musibah. Akhirnya majikan mengeluarkan senarai mereka yang tak dikehendaki. Yang terlibat dengan piket semua diberhentikan kerja termasuk saya, walhal saya cuma ikut-ikutan sahaja.

 Bukan marahkan majikan kerana memecat kami. Ketika itu ekonomi merudum, jualan akhbar pula tak mencapai sasaran. Mengecilkan size kakitangan solusi terbaik. Kami terima dengan  reda. Mungkin rezeki kami di tempat lain.   

Hujung tahun memang mendebarkan. Bagi pekerja kontrak,  satu pertanyaan bermain di benak; apakah perkhidmatan disambung atau tidak?. Sembilan tahun saya menyimpan pengalaman sebagai kakitangan  kontrak di jabatan kerajaan negeri.  Di bawah saya ada lima staf. Bulan November saya mengisi borang penilaan kerja mereka. Pekerja kontrak berbeza dengan pekerja biasa.   Tahap markah penilaian mesti tinggi mencecah  90 peratus. Kurang daripada itu tak layak disambung.  Sedangkan kita tahu, untuk memberikannya 70 peratus pun  sukar.  

Kepada yang diberhentikan kerja, tanpa mengira  “istilah”  digunapakai, sabar dan reda, ada rezeki di tempat baru nanti. Orang  kampung, nelayan, penoreh getah hidupnya lagi mencabar  terutama musim tenkujuh di akhir tahun.



Wednesday, November 28, 2018

Participants catooon exhibition



PARTICIPANTS

ALGERIA
Kamel
Youcef Aimeur
AZERBAIJAN
Caferli
AFGHANISTAN
Shahid Atiqullah
AUSTRIA
Stefan Wenczel
BRAZIL
Rolnado Lunha Dias
BULGARIA
Tsocho Peev
CUBA
Roberto Castillo Rodriguez
CHINA
Cai Weidong
Zhao Yunsheng
Lu Nan
Sun Xian Mei
Jiaruijun
Zhang pengfei
Li Buyi Cartoon
Yang Xia
Li Hong Cartoon
Shen Hong Li
Wang Yinxiang
Sun Chen
Jin Xiao Ying
Yang Lijie
Songxu Sheng
Li Jichuan
Xiaoqing Hoy
Jun Lu
Guibao Gai
Chengxuan Li
CYPRUS                                                             
Cemal Tunceri
Huseyin Cakmak
Musa Kayra
CROATIA
Marko Ivic
MACEDONIA
Keti Radevska
Zlatko Kristevski
INDIA
Smitha Bhandare Kamat
Tvg Menon
Raogaru
Raviprasad  Konda
Venugopal
Anupoju

INDONESIA
Agus Eko Santosa
Judud Soemarno
Budi Hari Pujiono
Adi
Fitriyadi
Fadilah Arief
Bambang Sulistyo
Sungging Priyanto
Mulyana Silihtonggeng
Khoiril Mawahid
Amoeng Bungsu
Gema Samudera
Nuriarta Iwayan
Slamet Sugiyanto
Edi Dharma
IRAN
Saufi
Ali Ghannat
Amir Reza Torkaman
Yalda Hasheminezhad
Mahshid Hashemi
Akbari
Mozhdeh
Ali Shabani
Ahmad Reza Sohrabi
MESIR
Wesam Khalil
MOROCO
Adnane Jabir
Abdou Dahdouh
MALAYSIA
Zunar
Kidol
MYANMAR
Aung Ko Ko
Aung Thein Htike
NORWAY
Fadi To On
TURKI
Ayten Kose
Sanat Evi
Balikci
Yuksel Cengiz
Seyit Saatci
Erdogan Basol
Lutfu Cakin
Mustafa Yildiz
Sahil Balikci
Abdulkadrn Demirhindi
Askin Ayrgncioglu
Bulent Oktay

POLAND
Dabrowski
Michal Graczyk
IRAQ
Ali Qahtan Mohamed
ENGLAND
Alexei Talimonov
ROMANIA
Doru Axinte
SERBIA
Goran Celicanin
UKRAINE
Michael Mayevsky
Mykola Prynkovskyi
Kazanevsky Vladimir
URUGUAY
Luis Haro Dominguez
UZBEKISTAN
Makhmud



Saturday, November 24, 2018

Al Fatehah Norhisham Mustafa



Persabatan yang lama, sejak awal 1980an, setiap kali ia ke Kuala Lumpur  jumpa penerbit. Dimaklumi  dahulu kepada  teman akrabnya Wan Said Mehdi “ Wan, dari  perhentian bas Medan Tunku, saya jalan kaki ke pejabat Wan, harap Wan sudah sampai pejabat   jam 8.00 pagi” . Saya  sepejabat dengan Wam Said Mehdi ketika itu  bahkan sekamar. Kami berdua  datang pejabat awal, sekitar 7.45 pagi.  Pagi itu, Jam 8.00 Norhisham Mustafa mengetuk daun pintu, beri salam, kami pun bersalaman. Itulah pertama kali saya mengenali Norhisham , selama ini hanya kenal nama, sosok sasterawan Negeri Cik Siti Wan Kembang yang terkenal.

Kami bertiga bersahabat baik. Wan Said Mehdi atau  nama sebenarnya Wan Mohd Said Wan Seman ketika itu memiliki kereta Vokswigen  sedang saya tak punya kenderaan, ke pejabat naik bas mini, turun di Jalan Silang, jalan kaki dua  kilometer ke pejabat melintasi bangunan Daya Bumi. Namun kemana-mana berpergian Wan Said Mehdi tak lupa bawa saya bersama, khuatir kereta kura-kura tuanya meragam , saya  tolak.

Pagi itu, Wan hantar  Norhisham ke pejabat penerbitan,  sudah lupa namanya. Banyak urusan  terkait   novel yang dihantar belum terbit dan membawa manuskrip baru.  Dua atau tiga bulan kemudian  Norhisham datang lagi, begitulah rutin kami. Bahkan setiap kali Norhisham ke Kuala Lumpur Wan adalah supir yang boleh diajak kemana saja.

Wan Mohd Said sudah pulang ke Rahmatullah dua tahun lalu akibat kegagalan fungsi jantung, Allahyarham  menutup usia di Kedah. Norhisham menelefon saya memberitahu  tak dapat pergi ke kedah. Beliau sedih kehilangan kawan akrab. Saat saya menziarahi Norhisham di rumahnya beberapa minggu lalu, diperbaringan ia menyebut lagi nama   Wan Mohd Said.  Bahkan setiap kali bertemu saya, nama Wan Mohd Said  meniti bibirnya. Banyak kenangan kami bertiga.

Sekarang kedua-duanya sudah pergi. Al fatehah..... Semoga Allah menempatkan mereka bersama hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh.