Tuesday, June 19, 2018

Kisah lama tentang Solo



Rossem

Bengawan Solo
Riwayatmu ini
Sedari dulu jadi...
Perhatian insani

Musim kemarau
Tak seberapa airmu
Dimusim hujan air..
Meluap sampai jauh

Mata airmu dari Solo
Terkurung gunung seribu
Air meluap sampai jauh
Dan akhirnya ke laut

Itu perahu
Riwayatnya dulu
Kaum pedagang selalu...
Naik itu perahu

Zaman remaja.  Di desa. Ketika itu televisyen belum wujud.  Radio satu-satu media  popular. Mendengar lagu  melalui radio amat  menghiburkan. Lagu-lagu Malaysia (waktu itu Malaya} dan Indonesia hampir   sama banyak diputarkan juruhebah. Lagu-lagu  keroncong antara pilihanku, terutama lagu Bangawan Solo,  nyanyian maestro lagu-lagu keroncong Indonesia, Gesang atau lengkapnya Gesang Martohartono (1917 – 2010).

Solo atau Sukarta, Jawa Tengah, Indonesia. Kota budaya (Spirit of Java),  berada di buminya terasa seperti berada di Kelantan,  terutama melihat  budaya dan cara hidup masyarakatnya yang hampir kemiripan  terutama golongan wanita  lebih ramai menjalankan perniagaan berjualan di bazar-bazar utama seperti pasar Klewer di tengah kota.
Mereka  menjual pelbagai  jenis  produk keluaran tempatan seperti tekstil khususnya batik. Pembeli akan  melewati lorong-lorong sempit antara ratusan  unit kios untuk memilih barangan yang dinginkan. Wanita-wanita Solo yang cantik berdiri sambil melirik  senyum terutama melihat pelancong asing melewati di hadapannya.
Kondisinya sama seperti Pasar Siti Khadijah, Pasar Buloh Kubu, Bazar Tok Guru, Bazar Tengku Anis.  Penjual menunggu pelangan di hadapan kios yang ukurannya hampir menyamai Bazar Tok Guru, Kota Bharu.
Kalau di Kota Bharu ada  beca, di Kota Solo juga ada beca, perbezaannya  hanya pada rupa dan bentuk  beca saja.   Di Kelantan tukang beca di posisi tepi, sementara di Solo tukang beca mengayuh dari belakang dengan penumpang di hadapan.


Jumlah penduduk kota bersejarah ini satu juta  pada siang hari dan malam hari berkurang sehingga 40  persen kerana mereka  yang bekerja di Solo pulang ke rumah masing-masing  di luar kota pada malam hari. 

Rumah dan bangunan di Solo juga hampir kemiripan rumah  tradisional Melayu  Kelantan terutama pada  rekabentuk  bumbungnya. Malah bangunan Setiausaha Kerajaan  Negeri Kelantan yang menempatkan pejabat Menteri Besar, Exco-Exco  dan pegawai pentadbir negeri jelas menunjukkan ciri-ciri persamaan itu.

Masjid tertua di  Kampung Laut yang sekarang dipindahkan ke Nilam Puri satu lagi contoh nyata  bahawa Kelantan  hakikatnya telah sekian lama ditempiasi pengaruh Jawa dalam merekabentuk bangunan.

Sesuatu yang menarik ketika  berada di Kota Solo ialah setiap kali masuknya waktu solat fardu,  suara azan kedengaran dari corong-corong masjid yang banyak terdapat di kota. Azan Suboh lebih  jelas kedengaran kerana ketika itu alam masih dibalut sunyi, warga belum keluar menjalankan aktiviti rutin. Situasi  ini mengingatkan  Kota Bharu dengan sapaan azan yang berkumandang  dari segenap penjuru setiapkali masuknya waktu solat. 


Kesempatan berada di Solo, melakukan  kunjungan singkat ke kantor Rada Solo, penerbitan akhbar terbesar Jawa Tengah. Hampir dua jam berdiskusi bersama editor senior, Ananto Priyanto di kamar mesyuarat  Rada Solo terkait dengan perkembangan media antara dua negara dan isu-isu semasa. Beliau  memberikan  respons pelayanan yang sebaiknya. Walaupun kedatangan kami tidak secara rasmi namun tetap   mesra, telus dan bersahabat, bahkan tanpa diduga, berita kunjungan kami berserta fotonya dimuatkan dalam  akhbar Jawa Pos hari berikutnya.

Saat berucap, Ananto Priyanto menyebut, akhbar Jawa Pos yang beredar ke seluruh Indonesia sebanyak 300 ribu naskah setiap hari bersedia menerima sumbangan berita, artikal dari Malaysia khususnya Kelantan. Penyumbang boleh mengirim langsung kepada alamat email yang diberikan. “Tak sukar kerana Jawa Pos juga ada akhbar online” tutur beliau.

Hal sedemikian tentunya sangat bermanfaat  bagi kami dalam rangka menyebarluaskan informasi tentang Kelantan ke persada  internasional khususnya negara tetangga Indonesia. Kerana sepertimana di sebut Ananto Priyanto, informasi terkait Kelantan amat minimum  di  sini, kalau ada pun berbaur negatif.   Hakikatnya, ramai rakyat Indonesia yang mahukan  informasi sebenar tentang Negeri Kelantan.

Dari Solo menaiki kereta ke Jogja yang jauhnya kira-kira 2 jam perjalanan. Antara dua kota bersejarah itu terletak sebuah desa  bernama Klaten. Saya meminta supir (pemandu) singgah sebentar kerana mahu  ke rumah teman lama di Kalten. Saya sudah menelefon beliau dan menunggu.

  


Klaten – Kelantan, bunyinya hampir sama. Mungkin dua tempat itu  ada
kaitan suatu masa dulu, tinggal lagi pengkaji sejarah tak pernah
membongkar rahsia mengapa dua buah tempat yang jaraknya ribuan batu itu
namanya kemiripan. Tempat  lain yang  memiliki nama hampir sama ialah
Ceribon dan di Kelantan  Seribong. Itulah uniknya dua negara serumpun
Malaysia- Indonesia.

Nama-nama lain ialah Kerisek di Jawa Timur. Nama Kerisek juga
terdapat di Pattani, Thailand dan di Kemboja. Bahkan ketiga-tiga
tempat itu struktur senibina rumah tradisionalnya memiliki ciri-ciri
yang sama.

Nama Klaten sudah  lama terpahat dalam ingatan, iaitu sejak saya mula
mengenali kartunis terkenal Indonesia, GM Sudarta 20 tahun dulu.

Pertemuan pertama kali di Kuala Lumpur 2000 dan kemudian dituruti dengan pertemuan lain telah membangkitkan  keinginan  suatu hari kalau diizinkan Allah SWT mahu mampir ke rumahnya dan melihat  hasil karya beliau yang diperagakan di studio / galeri miliknya di Klaten. Allah makbulkan hajat saya.

Rumahnya cantik, struktur senibinanya bercirikan senibina tradisional Jawa yang kemiripan senibina tradisional Melayu Kelantan. Cuma menurut Sudarta, laman rumahnya konbanasi antara Jawa dan Japan.

Sangat terpesona dan takjub melihat gaya susunatur peralatan kerusi meja dan gaya hias lukisan di dinding rumahnya yang berwarna koko dan putih susu sehingga pengamatan lama terfokus kesesuatu objek seperti sang singa lapar menenung tajam mangsa. “Kerusi yang kita duduk sekarang ini, bahkan peralatan lain yang terdapat di rumah ini daripada  peralatan terpakai” tutur Pak Darta dengan suara amat  lembut kepada saya.

Kemudian beliau mengajak  ke studio miliknya yang terletak  bersebelahan rumahnya. Bangunan itu   sederhana besarnya, tapi diperkayakan dengan  ciri-ciri  rekabentuk taradisional lokal  sepertimana rumahnya.  Melihat struktur bangunan pada posisi luar yang sangat menarik dan klasik sudah cukup menghadirkan kepuasan pada hati sesiapa yang memiliki jiwa seni dan sentimental.

Bertata rapi  pada dinding ialah puluhan lukisan hasil karya Sudarta yang dibuat dengan  cat minyak dan acrylic  lama dan baru,  dan lukisan itu  keseluruhannya  bertemakan kartun  dengan makna yang mendalam.

GM Sudarta memang kartunis hebat.  Nama besar dalam industri kartun Indonesia bahkan Asian dan Japan. Saya mula mengenali  karya-karya beliau  sejak tahun 90an lewat koleksi buku kartun yang diterbitkan penerbitan Kompas. Beliau juga pernah mengirim koleksi  kartun  yang dihasilkan langsung kepada saya di Malaysia.

GM Sudarta, pria kelahiran Klaten, 20 September 1945 menjadi terkenal setelah bergabung dengan Harian Kompas pada 1967. Kemudian mencipta watak Om Pasikom yang dimuatkan dalam koran tersebut. “Pembaca dan peminat setia masih bisa menemui Om Pasikom lewat koran Kompas dengan kekerapan  seminggu sekali walaupun saya sudah pesiuntutur Sudarta.

Seperti dicatat pada kulit belakang buku itu; selama  40 tahun, Om Pasikom menyindir, mengkritik pembaca tanpa pernah menimbulkan amarah individu yang menjadi sasarannya, namun  daripada pengamatan  saya lewat  koleksi “40 tahun Om Pasikom” , kartun-kartun yang dihasilkan sedekad  ini  pastinya ramai terutama pemimpin negara yang kebakaran janggut dan panas cubing telingga kerana kartun atau karikatur Pak Sudarta ibarat  mata pisau yang bertelanjang,  menghiris sesiapa saja.

Ketika di Solo juga, sempat bertemu Nassirun Purwokatun. Pria asal Purwokarto  ini ternyata  punya kehebatan tersendiri. Selain berkartun juga  berpuisi. Bait-bait puisi yang dihasilkan kemudian dimuatkan dalam facebook saban hari ternyata telah mengikat saya untuk menjengok, membaca  dan like.  Puisi-puisinya ringkas, kemas  tapi  punya kekuatan tersendiri sehingga  pembaca terasa seperti dipaksa  untuk membacanya,  kemudian berfikir mencari makna disebalik ayat yang dilontarkan. Selain puisi, beliau seorang novelis cerita-cerita sejarah. Sudah banyak buku-buku yang dihasilkan.

Tentang pintu, tentang pemimpin dan tanah


Tentang pintu
Asal namanya  rumah mesti ada pintu.  Minimum dua pintu. Depan dan belakang. Tetamu masuk melalui pintu hadapan, tuan rumah boleh pilih mana pintu ia suka. Orang Melayu mengambil berat tentang pintu. Maghrib tutup pintu. Anak dara  jika mahu keluar rumah, sedang di hadapan ada tetamu,  keluar ikut pintu belakang.  Jika tetamu bertandang,  kopi, gula kehabisan, tuan rumah  perlahan-lahan keluar ikut pintu belakang, pergi  ke kedai  berhampiran beli kopi, gula. Sorok agar tidak  dilihat tetamu, air muka harus dipelihara. 

Seniman agung P. Ramlee (Allahyarham)  pernah bikin filem dengan judul pintu- Ahmad Al Bab (Ahmad Pintu). Anak kecilnya tak berhenti menangis, kemudian  berhenti menangis  bila datoknya menepuk daun pintu.  Sang sufi Nasarudin Hodja berpesan kepada isterinya tatakala  ia berpergian “ Selama aku tiada, jaga pintu baik-baik”.  Sebagai isteri yang taatkan suami, bila ke pasar pun dibawanya pintu bersama. “Wahai isteri Nasarudin, kenapa kau bawa pintu ke pasar?” tanya orang ramai yang kehairanan. “ Suamiku berpergian, diminta aku jaga pintu, ke mana sahaja aku pergi, pintu ini akan aku bawa”.
 Begitu juga dengan Islam. Ada banyak pintu, pintu siasah (politik), ekonomi dan sebagainya, tetapi seseorang yang  mahu masuk Islam tidak boleh melalui pintu yang disukainya. Ia mesti masuk melalui pintu tahuhid!.

Tentang sayangkan pemimpin

Apabila Julius Caesar dibunuh rakan karibnya Brutus. Orang bertanya Brutus “Kenapa berbuat demikian?”  Jawab Brutus “ Bukan aku tak sayangkan Caesar, tetapi aku lebih sayangkan Rom”.



TANAH
Ada orang beli tanah
Ada orang jual tanah
Ada orang tipu jual beli tanah
Ada orang tak ada tanah
Ada orang gadai tanah
Ada broker tanah
Ada pejabat tanah
Ada cukai tanah
Ada geran tanah
Ada orang marah  kerajaan  ambil tanah
Ada adek beradek berbalah  berebut tanah
Ada orang kata, mampus baham tanah
Semuanya akan berakhir dalam tanah.

Wednesday, June 13, 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439



Rossem

Ramadhan pergi meninggalkan kita. Perpisahannya sangat berat.  Ibarat berpisah   dengan seorang kekasih yang sangat disayangi. Tahun depan bertemu lagi?  Itu juga belum tentu,  kerana manusia itu hidupnya ibarat berteduh di bawah sepohon pokok rendang  daripada panas terik matahari. Bila matahari condong, panasnya  akan terkena dan kita pasti  tidak  dapat menghindarinya lagi.

            Di akhir Ramadhan seperti ini, hati kita terasa sangat kerdil bila mengingatkan kebesaran dan kekayaan Allah SWT. Barangkali disebabkan  selama sebulan  kita sangat  dekat denganNya, makanya  hati nurani  pun jadi bersih kayak  sehelai kain putih. Jalan berfikir kita pun jadi mudah. Terutama dalam   mengkoreksi diri,  mencari natijah yang terbaik untuk perjalanan hidup seterusnya. 

Merenung ke dalam diri.   Rupanya seseorang yang bernama manusia itu, yang dikatakan gagah, hebat dan igonis, namun jika diukur dengan keluasan alam raya ini, fizikal manusia itu cuma sebesar hama atau sebesar  habuk paling halus. Contohnya,  seseorang yang  berdiri di depan rumah, ia  tidak bisa dilihat oleh orang yang berada di belakang rumah. Yang berada di  kota,  tidak bisa dilihat orang yang berada di desa. Apa lagi yang berada di Malayisa, ia tidak bisa tampak orang  yang berada di Sulawesi atau di mana-mana  belahan dunia. Kerkerdilan itu hanya bisa terjelma  bila kita sering mendampingi Yang Maha Hebat, yakni Allah SWT. 

Belum lagi diukur dengan planet-planet yang berada di luar lingkaran bumi seperti Zahrah, Nuptune,Pluto dan sebagainya. Jika diukur dengan cakarwala yang  disebut sebagi keluaga matahari itu pasti puluhan kali lipat kekecilan kita sehingga kuasa mikroskop yang tercanggih sekalipun tidak bisa membesarkan imej seorang manusia.

Menyedari kerkerdilan itu rupanya mengangkat derjat kita ke satu tingkat pemikiran; siapa sebenarnya kita  di sisi Allah SWT.

Asal kejadian manusia adalah  dari setetes air mani lelaki bercampur dengan air mani perempuan. “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia daripada setetes mani yang bercampur, yang Kami hendak mengujinya (dengan ) perintah dan larangan, kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat” (al-Quran. S:al-Insan ayat 2).

Ayat selanjurnya “Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari saripati yang berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan air mani (yang) disimpan dalam tempat yang kukuh. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,  lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang, lalu tulang itu kami bungkus dengan daging,  kemudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain.” (al-Quran: S al-Mu’minuun, ayat 12,13,14).

Allah SWT menjadikan manusia tiada lain melainkan supaya lisan manusia itu berbicara, memberitahu pada yang tidak tahu, bahawa  Tuhan itu wujud. Makhluk  itu tidak terjadi sendiri melainkan ada pembuatnya. Ada kuasa yang menciptakannya. Dan kuasa itu tentulah yang Serba Maha.  Dialah Allah SWT. Tuhan semesta alam.
Kalau bukan makhluk yang bernama manusia, maka siapa lagi bisa berbicara tentang kewujudan  Allah SWT? Tentang Kemahabesaran Allah SWT?  Tentang kehebatan Allah SWT? Sedangkan gunung, lautan, gurun pasir, tasek, sungai, pokok tidak punya lidah untuk berbicara tentang itu.

Manusia punya lidah, dengan  lidah  dapat membentuk lesan. Dengan tangan dapat menulis ungkapan. Semuanya boleh dimanfaatkan  untuk menyampai sesuatu, sama ada yang hak dan batil. Alangkah ruginya bila lesan dan pena digunakan untuk  menyampaikan yang batil. Dan bukan sedikit manusia yang telah tergelincir lidahnya saat  bebicara. Wahai Ali, kuasailah lesan mu  dan biasakan dia mengucapkan yang baik, benar, bertanggungjawab, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lesannya. Demikian wasiat Rasulullah saw pada Sayadina Ali RA.

            Tentang bicara, selanjutnya Rasulullah saw berwasiat pada menantu dan sepupunya Sayadina Ali RA; Wahai Ali, hendaklah engkau  sentiasa jujur dalam bicara, dan menjaga perbicaraan dan amanat, dan hendaklah berjiwa sosial dan menjaga perut. Jangan berdusta kerana dusta itu menghitamkan muka dan  bila seseorang sentiasa berdusta ia dinamakan pendusta di sisi Tuhan, dan bila ia benar maka ia akan dinamakan di sisi Allah sebagai orang yang benar. Sesungguhnya dusta itu akan menjauhkan iman. 

            Di hari raya aidilfitri yang mulia ini marilah kita merubah paradegma kita daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik. Jadilah kelmarin itu sebagai madarasah, agar kehidupan di hari mendatang  lebih terjamin dan  kita tidak lagi akan mengeluh; oh! Aku tersilap.

            Selamat Hari Raya Aidilfitri .Maaf  zahir batin.

Thursday, June 7, 2018

Politik Malaysia: Mahu salahkan siapa?


Oleh: Rossem

Manusia asalnya seperti botol kosong, kemudian perlahan-lahan diisi dengan pelbagai aneka, penuh atau tidak bergantung  bagaimana kemampuan  ia mengisi.  Isinya  tak sama .    Ada  berkualiti  ada tidak, ada Baik  ada  buruk, ada manfaat kepada dirinya dan orang lain, ada menyusahkan .  Ketidaksamaan itu menyebabkan, botol bila berdekatan ia akan  bergesel dan pecah.  Begitu juga dengan fahaman politik, adek beradek  boleh berbeza politik,  satu akidah boleh bermasam muka, satu bangsa mengata nesta macam diserang histeria. Politik ialah keyakinan, keyakinan itu tumbuh dari hati. Meraikan kepelbagaian pendapat hanya semata slogan, realitinya tidak di Malaysia, tak tahulah negara  lain. 

Politik kehilangan seri wajah bila di jalanan masih ada orang berjalan mundar mandir  menjaja pakain lusuh dan compang camping, berterusan   seperti musim   kempen  PRU14 , wahhal    PRU sudah berakhir,  tak perlu lagi menjaja pakaian  buruk lusuh dengan potongan separuh harga. Mereka berniaga melalui facebook.   cybertooper  ini  masih berterusan menanam keraguan, rasa benci, fitnah di kalangan rakyat. 

Mungkin mereka merasakan itu adalah sesuatu yang terbaik walaupaun mereka tahu – tak semuanya benar. Berbentuk perspesi.  Mereka sengaja mengolahnya  supaya kelihatan “benar”.  Kemudian  melontarkan dengan tujuan   menganggu  oarng yang sedang merindui sesuatu yang baru. Akhirnya moral menjadi letih. Negara kicau bilau , keharmonian hilang. 

Kelmarin ke kedai  menjual barang-barang binaan, beli satu tin cat untuk menghias rumah sempena sambutan hari raya aidilfitri, satu tin cat yang sebelum ini dengan harga RM100, sekarang  RM94. GST sebanyak 6 persen sudah tercabut. Yang paling mudah, tak perlu mempelajari matamatik tinggi ialah kunjungi kedaI  RM2, dahulu RM2.12 sen, sekarang RM2.  Dahulu, pelangan  beri RM2.20 sen , lebihan 4 sen dicucur dengan sebiji gula-gula getah yang budak pun tak lalu makan.  Itulah yang dimaksudkan  “rindu” kepada yang baru. Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merajuk hati. Kata Tan Sri P. Ramle dalam lagunya . 

Kita dituntut  perbanyakkan membaca al Quran. Dalam surah Al Kahfi ,  Allah menceritakan tentang pemuda Al Kahfi, ditidurkan Allah dalam gua selama 300 tahun bersama seekor anjing  . Bila terjaga  pemuda  terpinga-pinga, masing-masing bertanya,  berapa lamakah  kita  tertidur di gua ini,  jawab salah seorang daripada pemuda itu,   baru satu hari atau separauh hari,  tetapi melihat anjingnya  sudah mati, tinggal tulang, mustahil satu hari, mesti  suatu tempoh yang lama.  Kemudian terasa lapar, Kebetulan mereka punya  wang siling yang dibawa dahulu, berbekalkan wang yang ada, salah seorang daripada mereka  memberanikan diri keluar ke bandar  membeli makanan.  Ketika pemuda al Kahfi   memberikan wang  siling kepada penjual di pasar,  si penjual mengamati wang itu dengan penuh kehairanan “ Wang ini sudah tak laku lagi, kerajaannya  sudah tumbang 300 tahun lalu, sekarang diperintah kerajaan baru yang adil -   menggunapakai  wang siling baru”  beritahu si penjual. Pemuda al Khafi terkejut. Sangat kontradik dengan tanggapannya  bahawa   mereka hanya tertidur satu hari, rupanya 300 tahun.

 Kerajaan tak pernah kekal, datang dan pergi silih berganti,  yang zalim juga pergi yang baik juga pergi. Kealpaan selalunya  berakhir dengan  kecundang. Di malaysia siapa sangka, Umno/BN  memerintah Malaysia selama 60 tahun , boleh tumbang melalui pilihan raya 9 Mei  2018. Kini Pakatan Harapan pula  memerintah.  Tak perlu lagi bernostlagia dengan  kerajaan lama. Kita sama-sama membina Malaysia Baru walaupun sebahagian orang mengatakan perit dan pedih. Masih ada cahaya di hujung terowong  lima  tahun mendatang. Malaysia negara demokrasi! 

Seperti hujan  di musim kemarau. Bumi yang kotor, berdebu  dek  kemarau memanjang,  tiba-tiba  hujan  mencurah dari langit, segala daki, debu, habuk, kekotaran yang sekian lama melekat di bumi pun hilang. Begitu juga  dengan kedatangan parti baru PH memerintah Malaysia  segala bentuk salah gunakuasa, korupsi,  kerajaan lama dibongkar, yang terlibat kecut perut.  

Tentang keadilan teringat bagaimana  maharaja  Romawi yang  pernah gah suatu masa dahulu mengadili rakyatnya yang didapati bersalah. Tidak ada peguam bela ketika itu. Yang didapati bersalah  diadili dengan cara yang sangat sadis. Pesalah akan bertarung dengan singa di gelanggang  yang dibina khusus, disaksikan ribuan penonton. Singa  yang dilaparkan itu dilepaskan , pertarungan pun bermula, setiap kali singa membaham mangsa, darah  memacut, raja, pembesar negara dan seluruh penonton akan bersorak  gembira. Sekiranya tersangka  bersalah itu benjaya menewaskan singa, ia dianggap tak bersalah dan dibebaskan. Itulah pengadilan di zaman kuno.

Sekarang  yang dituduh bersalah boleh mendapatkan khidmat peguam.  Pilih sahaja peguam mana yang difikirkan  terbaik, hatta mengupah peguam tersohor dari Amerika. Kes 1MDB tak dapat diselesaikan dengan segera. Peguam-peguam akan berhujah  bermati-matian mempertahankan anak guamannya.