Oleh: Rossem
Sejarah berulang dan berulang, bila sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka tak mereka menyetujuinya. Haji Hassan bin Panglima Mat Munas atau Tok Janggut menentang Inggeris kerana Inggeris mengutip cukai tanaman ke atas orang-orang kampung yang daif. Pihak Inggeris melantik Latiff, mamak dari Singapura bertugas di pejabat tanah Pasir Puteh sebagai pengutip cukai bagi pihak Inggeris. Kesombongan Latif menyamarakkan lagi kebencian warga lokal kepada penjajah. Untuk membayar cukai 3 sen (zaman itu) terpaksa bermalam di kaki lima pejabat tanah. Karenah si Latiif sangat menyusahkan rakyat. Api kebencian pun membara!
Politik Pasir Puteh sentiasa bergolak, tak kira parti mana. Orang luar Pasir Puteh jangan cuba menawarkan diri menjadi calon Parlimen Pasir Puteh. Kecuali sikap dan perangai mereka tidak seperti Latiff mamak bajingan Inggeris tahun 1915. Sebaik-baiknya biarkan orang Pasir Puteh sendiri mengendalikan permasalahan mereka.
Isu pasar lama Pasir Puteh masih belum bertemu noktah. Masih terdapat sebahagian penjual engan berpindah ke pasar baru yang sudah siap. Jentolak datang mahu merobohkan bangunan usang yang sudah bertukar pemilik, penjual majoritinya wanita membuat benteng manusia. Jentolak gagal merobohkan. Itulah Pasir Puteh, penguasa di Kota Darulnaim jangan menganggap orang Pasir Puteh sama seperti orang di daerah-daerah lain.
Ada nilai sejarah, kerana itu tak mudah memadam kata “pahlawan” yang pernah muncul di daerah ini lebih 100 tahun dahulu. Darah “Pahlawan” itu ada pada setiap orang Pasir Puteh. Perhitungan seringnya berawal dengan penentangan, walaupun di mata orang lain penentangan itu kecil dan tak sepatutnya, tetapi penentangan itu membuka mata orang ramai betapa tidak bijaksananya sebuah penguasa tempatan.
Lalu teringat kata-kata tokoh perfileman dan aktor terkenal, John Waye “ Kalau tak percaya kepada hero, jangan menonton wayang”. Penjual yang mempertahankan kedai lama mereka, di mata umum dianggap “hero”, manakala pihak yang mahu merobohkan ibarat pelakon Saleh Kamil, A. Rahim, Salleh Melan dalam filem-filem Melayu tahun 60an diberikan peranan “jahat” walaupun mereka tidak jahat. Khalayak sering memihak kepada hero. Al Fatehah buat aktor filem Melayu yang saya minati itu.
Alasan, mengapa tak mahu pindah ke pasar baru Siti Hajar, walhal kemudahan parkir lebih selesa, kerana ruang niaganya sempit, 6 X 6 kaki persegi. Namun menurut Majlis Daerah Pasir Puteh yang membinanya, ukuran itu sudah lumayan bagus. Menteliti penguasa di Malaysia memang dari dahulu menanggap orang Melayu suka kepada “barang” kecil. Dahulu pokok kelapa tinggi, diberi benih kelapa rendah, cepat berbuah, orang Melayu suka. Direka kereta Kancil (sekarang Viva), laris dipasaran kerana ukurannya kecil dan murah. Mungkin kerana itulah, ruang niaga pun dibina kecil, sempit, murah sewanya.
Dulu Bazar Tok Guru di Kota Bharu pernah menjadi kontrovesi kerana ruang niaganya sempit. Peniaga-peniaga yang memiliki pengalaman luas berniaga sejak turun temurun di pasar lama MPKB, sebahagiannya mewarisi perniangaan tinggalan ayah mereka, berpindah ke Bazar Tok Guru dengan harapan dapat membesarkan lagi perniagaannya. Nasibnya seperti Lebai Malang, di Bazar Tok Guru, ruang niaganya lagi sempit. Terbantuk hasrat untuk membesarkan perniagaan. Malah “tidak syarie” pula, kerana lorongnya terlalu sempit, bila berselisih lekaki –perempuan- tersentuh, tanggal wudud.
Sudah tiba masanya, penguasa di Kota Darulnaim mengubah minda, menanamkan di setiap hati nurani rakyat Kelantan agar berjiwa besar, bersemangat waja, warisan Tok Janggut yang tak pernah mengaku kalah dalam setiap pertarungan. Jangan bonsaikan pemikiran mereka dengan “ruang niaga ” yang sempit, dengan melemparkan tuduahan; hanya itu yang sesuai untuk golongan ini mencari rezeki. Kalau beri ruang lebih besar-tak mampu bayar sewa!
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
daftar judi slot
ReplyDeletedaftar judi slot online
daftar situs slot terpercaya
judi slot online terpercaya
judi slot terpercaya