Oleh: Rossem
Sarawak tanah subur bagi
umat Islam berkembang, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasarudin Hasan Tantawi
mengulas kekalahan teruk PAS pada Pilihan
Raya Negeri (PRN) tanggal 7 Mei. PAS
bertanding 11 kerusi, kalah semua kerusi, 6 kerusi hilang wang pertaruhan. Apa maksud
Sarawak tanah yang subur untuk Islam berkembang kita pun kurang arif. Hanya Hasan Tantawi sahaja yang tahu.
Seorang rakan facebook menulis, PAS kalah tak
mengapa kerana di akhirat ia menang. Naiwatu
menyertai pilihan raya negeri untuk
berdakwah, memperkenalkan Islam yang syumul kepada masyarakat Sarawak. Bermakna pendokong PAS tidak terlalu keciwa
dengan kekalahan itu. Bukan PAS saja kalah total, parti serpihan PAS Amanah
yang bertanding 13 kerusi, semua lingkup. DAP yang dijangka akan menambah
kerusi menjadi berkurang. Begitu juga dengan PKR,
Tugas dakwah terletak disetiap bahu umat Islam.
Lakukan secara berhikmah sesuai dengan situasi dan kondisi uamt Islam setempat.
Bagi umat Islam Sarawak mereka lebih memerlukan institusi pondok sebagai tempat
mengaji dan mendalami ilmu agama.
Kadar-kadar PAS dari Semenanjung harus mengambil tugas ini datang ke Bumi Kenyalang membuka pondok
atau pusat tahfiz. Bila masyarakat faham peri pentingnya kewujudan parti
politik Islam, barulah buka cawangan
PAS. Biar anak negeri mengendalikan seratus peratus PAS di sana. Terlalu ramai
orang Semenajung datang berkempen pun kurang sesuai bahkan bisa menimbulkan kekhuatiran
masyarakat setempat.
Saya pernah berjumpa seorang pesara guru dari Semenanjung (Kelantan) membuka pondok moden di Kota
Belud, Sabah. Kebetulan isterinya orang tempatan disana , beliau mendirikan
pondok beserta asrama di tanah kepunyaan
isterinya, pelajar dari seluruh Sabah datang mengaji. Islam yang syumul
diperkenakan kepada masyarakat lewat pengajian seperti ini. Walaupun Islam boleh diperkenalkan melalui
cawangan parti (PAS) seperti didakwa pendokong PAS dari kalangan ustaz, tetapi
melalui sisten pengajian pondok dan sekolah agama lehih diterima masyarakat dan
bertetapan dengan disiplin ilmu.
Kekuatan PAS di Kelantan dijelmakan daripada
latarbelakang institusi pondok dan sekolah agama yang ratusan banyaknya di Negeri Serambi Mekah sejak zaman berzaman.
Dari madarasah itu lahir kader-kader PAS yang kemudiannya bekerja keras
memestikan kemenangan PAS.
Kemenangan
besar Barisan Nasional pada PRN Sarawat yang dipimpin Adnen Satem dicalarkan
dengan tragedi yang memilukan iaitu nahas helikopter sewa khas yang membawa petugas
parti BN dari Betong ke
Kuching. BN kehilangan dua wakil rakyatnya iaitu Ahli parlimen Sungai Besar,
Datuk Noriah Kasnon dan ahli parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khairil.
Selain Noriah dan Wan Mohammad Khairil, empat lagi individu terkorban dalam
nahas itu.
Bermakna
pilihan raya kecil parlimen (PRK) pula
akan diadakan iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dalam pilihan raya umum lalu, Allahyarhamah
Noriah Kasnon mengatasi calon PAS hanya dengan 399 undi dan Wan Mohamad Khairil
Anuar Wan Ahmad menang dengan hanya 1,082 undi dalam tandingan tiga penjuru. Medan
ujian bagi menilai kekuatan BN (Umno) dan PAS bakal diketahui di sini nanti.
Sama-sama kita menunggu.
Di Malaysia, orang Islam bertanding di kawasan
majoriti bukan Islam (90 peratus atau lebih) sesuatu yang mustahil berlaku.
Namun tidak demikan di kota London. Wakil Parti Buruh Sadiq Khan mencatat sejarah apabila
dilantik menjadi Datuk Bandar London pertama yang beragama Islam, selepas
mengatasi calon Konservatif, Zac Goldsmith dalam pilihan raya memilih datuk
bandar baru-baru ini. Sadiq berjaya meraih undi sebanyak 56.8 peratus
berbanding hanya 43.2 peratus yang diterima Goldsmith. Kemenangan Sadiq ini menamatkan
penguasaan lapan tahun Konservatif di London, yang mempunyai populasi penduduk
seramai kira-kira lapan juta orang.
London menjadi ibu negara pertama di Kesatuan Eropah (EU) mempunyai Datuk
Bandar seorang Muslim. Sadiq Khan Ahli
Parlimen Parti Buruh, bekas menteri dan anak kepada pemandu bas dari Pakistan.
Warga kota Londan yang rata-rata berfikiran terbuka lebih mementingkan isu seperti
krisis perumahan dan sistem pengangkutan yang membebankan. Latar belakang calon
bukan perkara pokok, Muslim atau bukan Muslim...ia tidak menjadi masalah kepada
komuniti," kata pengundi Khan. Sadiq Aman Khan, 45, Ahli Parlimen Tooting dari Parti Buruh sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, lulusan University of North London (1992).
Bagaimana dengan negara kita?
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
slot judi terpercaya
ReplyDeleteslot terpercaya
slot togel
togel slot
slot online