Benarkan Malaysia sebuah negara lucu? Teringat sebuah anekdot tentang seorang
menteri di negara jiran di zaman orde baru. Menteri itu masuk hospital selama
dua minggu. Selama di katil hospital kelas satu, tak banyak dapat dilakukan
selain makan ubat menonton TV. Menteri
itu menonton TV terus sampai ia keluar hospital. Kembali di rumahnya, ia
menulis surat kepada Menteri kabinet yang menjaga radio dan TV iaitu menteri Penerangan.
“Yang berhormat, selama dua minggu kelmarin
saya bertambah bodoh” Menteri
penerangan membalas surat dengan mengatakan “ Yang Berhormat, jangan buat-buat
tak tahu, kita tak mengharapkan rakyat
jadi pandai. Yang penting ialah patuh, taat
dan pasif”.
Suatu hari saya bercakap dengan seorang lelaki lewat 40an.
Saya tahu akademiknya tak seberapa, namun hujah politiknya hebat mengalahkan mereka yang mengambil jurusan
politik. Saya bertanya, apakah anda seorang yang gemar menonton TV. “Saya tak
suka menonton TV, hanya sesekali bola
sepak”.
Di Malaysia menurut kajian ramai yang tak menonton TV
walupun saluran TV banyak. Mungkin kerana itulah ramai orang Malaysia menjadi cerdik. Bila diberitahu wang sebasar RM2.6
bilion daripada sumber derma, mereka tidak terus mempercayainya. Malah
mempersoalkan; siapa dari langit yang sanggup berderma wang sebesar itu kepada
Perdana Menteri. Tak dinafikan, ada manfaatnya TV, setiap masuk waktu solat,
azan berkumandang sentiasa tepat, tak pernah bohong. tak lewat dan tak kurang
walau seminit. Sepanjang Ramadhan kelmarin umat Islam menunggu azan maghrib
dari TV untuk berbuka.
Bulan Ogos, majalah kartun Apo dan Ujang diberhentikan
penerbitannya setelah beroperasi lebih 10 tahun (Apo sehingga bil. 399).
Penerbitnya Moy terpaksa mengambil keputsuan yang pastinya menghiris perasaan
kartunis- kartunis yang bernaung di bawahnya. Antara sebab-sebah Moy terpaksa
gulung tikar ialah kerana ekonomi
semakin gawat, penurunan nilai ringgit yang ketara dan GST yang mencekek darah.
Namun alasan yang lebih sesuai ialah, rakyat Malaysia sejak
mutakhir ini sudah tak berminat kepada
majalah berbentuk humour atau kelakar, kerana Malaysia sendiri sudah menjadi
negara kelakar di mata rakyat, demikian kata Zunar. Buat apa membeli majalah seperti itu, kerana
setiap hari rakyat dihidangkan dengan kenyataan-kenyataan kelakar daripada menteri-menteri kabinet. Rakyat sudah cukup
terhibur dengan telatah mereka.
“Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan, jika tak suka
kerajaan BN” Kata Menteri Pendidikan II,
Datuk Seri Idris Jusoh. Kalau beliau itu
Timbalan Menteri, dengan kenyataan seperti itu pasti dinaikan pangkat menjadi menteri penuh. Idris Jusoh sudah pun menteri
penuh, tak perlu bersusah payah memikirkan kata-kata lucu untuk hidangan khalayak.
“Umno sekarang dalam kondisi lemah, bagaimana pendapat tuan
sekiranya pilihan raya umum diadakan besok?” tanya seseorang kepada Ahmad
Maslan….., beliau menjawab dengan selamba “Pilihan raya umum bukan besok, dua
tiga tahun lagu”. Kelakarnya mengalahkan kelakar yang dihidangkan dalam majalah humor seperti Apo, Ujang dan
Gila-Gila.
Jawapan itu dibalas dengan kelakar oleh menteri yang
digugurkan “ Kalau guru-guru bertanya anak murid mereka, besok mahu jadi apa?”
jawab murid “ besok saya kecil lagi
cikgu”. Bagaimana perasaan cikgu ketika itu.
Kata Shafie Apdal, seorang lagi menteri kabinet yang
keguguran (maaf, digugurkan) “Sesiapa
(pemimpin Umno) yang yes saja, confirm menteri” . Yang banyak bertanya sesuatu
yang ia tak tahu seperti Tan Sri Muhyiddin Yasin akan digugurkan dari
jawatannya,.
Teringat sebuah anekdot, suatu hari seorang guru agama memberi
kuliah kepada anak-anak muridnya tentang cara-cara mengambil wudud berdasarkan
sebuah kitab lama bertulisan jawi. Kata sang guru “ Ketika membasuh tangan,
pergelangan tangan sehinggu siku seseorang itu wajib meratakan air segenap bulu rom” Salah seorang
anak muridnya tak faham tentang maksud bulu rom lalu bertanya “ Bulu rom itu
apa guru?”.
Guru tadi menjawab pertanyaan murid dengan mengatakan “bulu rom itu sejenis
bulu burung dari syurga”. Anak murid
bertambah bingung dengan jawapan gurunya. “Apa kena mengena mengambil
wudud dengan burung dari syurga?” anak muridnya meberanikan diri bertanya. “ Maka
orang yang banyak bertanya itu tak berkatlah segala ilmunya” kata guru sebagai
melepaskan diri kerana tak dapat menjawab pertanyaan anak muridnya. Memang, dalam kitab zaman dahulu bertulisan jawi lama, bulu roma itu ditulis
bulu rom.
Ahmad Maslan telah berjaya dalam siri “jawapan kelakar” sepanjang menjadi Timbalan
Menteri, sehingga dilantik menteri penuh pada rombakan kabinet kelmarin. Dunia terus mentertawakan kita; negara melantik pegawai
penyiasat, kemudian pegawai penyiasat pula disiasat. Kelakarnya mengalahkan
majalah Apo dan Ujang. Ini betul-betul
lawat antarabangsa!
situs resmi slot
ReplyDeletesitus slot gacor terpercaya
situs slot online
situs slot online terpercaya
situs slot resmi