Oleh: Rossem
Wajah-wajah resah dan ketakutan disekitar kita mula berkokok setelah sekian lama membungkam. Namun kokokkan mereka kali ini tidak lagi digeruni kerana taji
di kakinya sudah kepatahan.
Pahlawan-pahlawan yang kehilangan keris itu merasakan diri mereka akan
terancam jika tokoh politik yang
satu ini mencapai kemenangan pada
pilihan raya umum 13 nanti dan Pakatan Rakyat (PR) membentuk kerajaan, kerana suatu masa dulu
(1998) mereka sebahagian daripada individu yang berkerja keras mengaibkan Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan mengiringnya ke penjara.
Inilah saat sesuai
untuk golongan ini bersuara
dan bertindak, biarpun dendangan lagunya sudah ketiggalan zaman, rentak
keroncong tak lagi menarik minat orangramai, ditambah pula dengan muziknya yang sumbang, namun sekurang-kurangnya hati
mereka puas lantaran dapat terus menerus
dengan kerja-kerja menakut-nakutkan rakyat supaya jangan mengundi PR pada PRU 13 ini.
Golongan ini hanya fikirkan mahu
hidup selamat di Malayisa, lebih-lebih lagi takala usia semakin lanjut. Mereka
sangat mengharapkan tiada cubaan membongkar kesalahan masa lampau mereka yang boleh mengheret ke muka pengadilan.
Dan yang dapat memenuhi impian ini tak lain hanya jika UMNO/BN
terus berkuasa.
Dihinggapi penyakit resah gelisah ini diketahui lewat kenyataan
yang dilemparkan kadang-kadang janggal bunyinya, menjadi bahan kritikan umum, bahkan membikin ketawa orangramai. Pakar psykologi sangat
arif dengan orang-orang seperti ini dan bersetuju jika dikatakan ketakutan golongan ini berada pada tahap kritikal.
Ada seorang individu
berpenyakit resah ini memberi amaran akan wujud gerakan yang mahukan
kemerdekaan Malaysia
kali kedua. Mahu menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu dan menukar Jalur
Gemilang. Rakyat ketawa dengan argumen
itu kerana Pakatan Rakyat melalui dasar bersama dan Buku Jingga sentiasa
menjunjung prinsip Perlembagaan Negara, menghormati Raja-Raja Melayu dan menolak Sang Saka Malaya.
Golongan ini juga
bertindak atas nama NGO. Salah satu dari NGO tersebut terkenal dengan tindakan ala samseng. Membaling batu ke arah pemimpin PR,
kereta, markas merupakan hobinya.
Merosakkan kenderaan yang digunakan
pemimpin dan pendokong Pakatan Rakyat adalah agendanya, seperti berlaku ke atas
bas Jelajah Merdeka Pakakatan Rakyat di Kota Bharu baru-baru ini disimbah
dengan cat merah dan diketuk cermin.
Paling jijik, menyerang Anwar Ibrahim ketika menyampaikan
tazkirah Maghrib di Masjid Al- Husin, Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah. Gerombolan
itu juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling sepatu ke
dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan loud
hailer bertujuan menganggu Anwar yang ketika itu sedang menyampaikan
tazkirah.
Hakikatnya mereka khautir jika PR berkuasa, Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri akan membalas dendam diatas kezaliman yang pernah dilakukan terhadap beliau dahulu. Tapi Anwar sudah memberitahu
beberapa kali, PR tidak akan membalas dendam kepada sesiapa. “Falsafah kami
di PR, tidak ada istilah dendam
politik”. Kata Anwar.
Namun siapa akan
percaya?. Presiden Hosni Mubarak di Mesir juga akhir hidupnya di penjara,
Muammar Ghadafi di Libya mati dibunuh, Taksin di Thailand terpaksa mencari
suaka politik di luar negara sesudah tak lagi berkuasa di negaranya. Demikian
sunatullah, mereka yang pernah menzalimi orang lain tak mungkin terlepas bebas
dari pembalasan semasa di dunia, dan di akhirat juga menunggu hukuman yang lebih
berat setimpal dengan perbuatannya yang lalu.
Apa yang menimpa ke
atas tokoh-tokoh dunia itu sebenarnya menjadi igauan ngeri dan menyeramkan,
lagipun ia baru kelmarin berlaku, masih
segar dalam ingatan. Omongan kerajaan PR nanti
tidak akan mengambil tindakan ibarat musang menari di hadapan ayam, ayam leka musang pun terkam; demikian persepsi mereka disebabkan rasa ketakutan yang
mendalam.
Golongan yang benar-benar resah gelisah ini terdiri mantan Perdana
Menteri, politikus tertentu dan pesara pejawat awam yang terlibat dengan kasus
menfitnah Anwar.
Namun rakyat biasa juga lewat firasat mereka merasakan akan berlaku sesuatu yang luar
jangka pada keputusan pilihan raya umum
ke 13 ini, Pengamat politik mengandaikan demikian setelah melihat situasi dan kondisi politik
Malayisa mutakhir ini begitu caca marba.
Misalnya, kebencian
terutama oleh anak-anak muda dan pelajar kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Najib Razak dilakukan secara
terbuka. Tindakan mengaibkan Perdana Menteri dapat dikesan sejak peristiwa
menurunkan potret Najib di perkarangan Ibupejabat UMNO, Kuala Lumpur, berterusan kepada kejadian memijak potret
beliau sewaktu perhimpunan menyambut ulangtahun ke 55 kemerdekaan Malaysia
baru-baru ini. Tak cukup dengan pijak potret
disusuli pula dengan aksi menungging punggung kepada potret.
Fenomena seperti ini
tak pernah berlaku kepada Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu. Marah rakyat kepada Dr Mahathir
Mohamad setakat mengelar Maha Firaun. Potert beliau selamat dari mangsa pijakan sepatu.
Rasional kemarahan rakyat waktu itu juga boleh diterima kerana Dr
Mahathir memerintah negara terlalu lama
iaitu 22 tahun.
Kebencian rakyat kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah
Ahmad Badawi tidak dilakukan sehingga memijak
potret beliau, hanya gambar beliau tertidur waktu mesyuarat dan bersama
ratu cantik saja disiarkan.
Najib baru tiga tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia dan
belum pun menghadapi pilihan raya umum, namun sudah menghadapi pelbagai bentuk protes
dari rakyat dengan pelbagai cara. Justeru, jangan hanya ghairah mahu menghukum anak-anak muda di atas peristiwa memijak
potret dan tungging punggung, tapi harus membuat kajian dan muhasabah diri;
kenapa anak-anak muda melakukan tindakan keji seperti itu terhadap beliau.
No comments:
Post a Comment