BALAI KARTUN ROSSEM (BKR)
Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
1. Assalamualaikum adek kakak semua. Sawadee Krup. Rasanya ramai adek kakak semua tak tahu, di Kelantan ni ada Balai Kartun. Selama ni adek kakak tahu - balai polis, rupanya balai kartun pun ada. Inilah hebatnya Kelantan kita. Balai Kartun Rossem atau BKR terletak di Kg. Peringat, 12 kilometer dari Kota Bharu. Milik kartunis Rossem. Buka sejak tahun 2014 lagi, sudah 6 tahun doh.
2. Di BKR ini dipamerkan beratus-ratus kartun dan komik. Karya kartunis tempatan dan luar negara. Kartun lama dan kartun baru. Karya berusia 50 tahun pun ada. Kartun-kartun itu ada nilai sejarah yang tersendiri. Masuk BKR ini, macam masuk muzium. Inilah Balai Kartun pertama di Malaysia.
3. Kalau mengikut buku pelawat, sejak dibuka tahun 2014, hampir 10 ribu pelawat datang mengunjung BKR, dari Indonesia, Thailand pun ada. Pelajar-pelajar univerisit ramai datang buat kajian untuk tesis mereka.
4. Kalau nak mari melawat Balai Kartun Rossem, dialu-alukan, lokasinya taip Balai Kartun Rossem, pakcik Google akan royatlah. Di buka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Hari Jumaat pun buka, tapi nak datang telefon dulu.
No comments:
Post a Comment