Bila usia di gerbang tua,
masuk kedai, jurujual wanita buat tak pandang. Senyum jauh sekali. Mereka lebih suka
melayani pelangan muda, berpakaian kemas. Mungkin ia menyangka orang tua tak punya banyak wang.
Kalau jurujual minyak wangi tak layan orang tua itu munasabah, orang tua mana ada beli minyak
wangi, bedak pun tak pakai.
Teringat salah seorang keluarga saya (aruah), ketika itu
usia 67 tahun, orang kampung totok, pakai kain sarung pelikat, bersemutar dan selipar Jepun. Suatu hari pergi ke bandar, masuk ke kedai jual kereta, mahu membeli sebuah kereta baru. Banyak kereta di pamerkan, model terkini, dari kilang. Beberapa orang jurujual mundar mandir, namun tak seorang pun mempedulikannya. Dari sebuah kereta ke sebuah kereta diamati, intai bahagian dalam, cantik dan berkenan di hati. Nak bertanya harga dengan siapa?
Jurujual asyik memburu dan melayani pelangan muda berpakaian kemas yang baru
memasuki premis kedai.
Setelah lama di situ, akhirnya buka mulut
bertanya salah seorang jurujual “
Yang ini berapa harga?” “Eh, pakcik umur
berapa, mahu beli kereta?” disergah jurujual.
“Umur pakcik, pinjaman bank tak
lulus” sambung jurujual. Jawab
saudara saya “Nak beli tunai!” Terkejut
, malu tersipu- sipu.
Ketika itu wang simpanan aruah saudara saya dalam akaun bank
RM500 ribu. Nilai harta termasuk aset
tanah lebih sejuta ringgit. Harga
kereta hanya RM70 ribu. Akhirnya ia beli tunai, tetapi di kedai lain yang beradab, menghormati orang tua.