Oleh: Rossem
Pilihan raya umum ke 14 (PRU14) diambang pintu. Langit goba,
hati berdebar. Pemimpin parti tak bisa tidur lena, ada mimpi yang
menakutkan. Pilihan raya kali ini
berbeza dengan yang lalu, sukar diramalkan.
Penyokong dan jentera PAS, Harapan dan Umno/BN menggunakan media sosial,
facebook dan twitter melancarkan perang saraf keatas lawan politik mereka. Pakatan Harapan
(PKR, DAP, Amanah, PPBM) paling banyak
manfaatkan media sosial untuk
menyampaikan mesej, info berbanding yang lain. Mereka ada penulis
berpengalaman. Klip video yang dipersembahkan berkualiti, mereka ada pakar dalam bidang IT. Kreativiti juga tinggi.
Suka atau tak suka, terpaksa menonton setiap kali imej muncul di skrin telefon
pintar. Pakatan Harapan (PH) dilihat menguasai kempen berasaskan media sosial.
Kelemahan PH hanya pada akar umbi yang
tak banyak menyumbang untuk memperkasakan parti, kecuali DAP dan PKR sebuah parti
lama yang berpengaruh dan punya pengikut tegar.
PAS juga tak kurang
hebatnya dalam perang saraf, namun jentera perang mereka kurang kreativiti.
Mereka mengambil pendekatan “mencelah”. Apa sahaja yang dipaparkan oleh PH,
laskar cyber PAS akan mencelah dengan menulis kata-kata berbentuk sindiran,
mempersenda, bahkan ada juga yang terlalu emosional sehingga menulis kata-kata
jelek, maki hamun dan sebagainya. Tak banyak
manfaat diperolehi dari cybertrooper seperti ini. Sangat membosankan. Tulisan-tulisan
seperti itu sebenarnya membuat pembaca bertambah benci kepada PAS. Mungkin juga
dilakukan individu yang berpura-pura sebagai ahli PAS, bertujuan
merosakkan imej parti Islam itu.
Cybertrpoper Umno amat berkurang. Saya tak tahu bagaimana
Biro IT Umno berfungsi. Mungkin mereka menyerahkan tugas perang saraf ini
kepada media arus perdana seperti
televisyen dan suratkhabar. Realitinya, pada PRU14 iniI oposisi berjaya dalam bidang perang media sosial.
Untuk memenangi pilihan raya, sama ada PAS, Umno dan Pakatan
Harapan tak dapat dicapai dengan hanya dari undi golongan taksub dari kalangan mereka. Berteriaklah sekuat manapun,
jumlah undi tak mencukupi untuk meraih
kemenangan. Pengundi “diam” (silent
voter) itulah memenangkan sesuatu parti. Pengalaman lampau mencatat begitu. Senario politik Malaysia sekarang menjurus
ke arah lahirnya ramai golongan “diam”
tetapi mesin berfikir mereka tidak diam,
mereka memerhati, meneliti kemudian membuat perhitungan yang saksama. Keputusan
pilihan raya kali ini ditentukan golongan ini. Apakah golongan ini suka
menonton berita TV atau baca surat khabar arus perdana?
Di kedai kopi di Kelantan masih lagi orang bersembang
sambil mengingatkan “ DAP itu musuh Islam, jangan mengundi parti yang bergabung dengan
parti itu. Undi Pakatan Harapan samalah dengan mengundi DAP”. Mereka
menakut-nakutkan orang Melayu sebegitu rupa. Walhal DAP adalah sebuah parti
pelbagai kaum, hanya sekular tegar. Kalau DAP membahayakan kerukunan negara ,
bila-bila masa bisa diharamkan. Pendaftaran pertubuhan (ROS) itu milik
siapa?
Untuk kelangsungan hidup, kita harus mencipta musuh. Amerika
Syarikat tak senang duduk kalau tak ada musuh, lalu musuh dicipta. Amerika
mencari musuh yang jauh dari negerinya seperti Iraq, Iran, Afghanistan, kita
mencipta musuh dari kalangan kita, saudara mara dan sahabat handai. Namun
ternyata, pendekatan itu membuahkan hasil dan natijah yang baik. Ramai orang
Melayu yang tinggal di kampung-kampung percaya, DAP adalah musuh kepada orang
Melayu/Islam. Amanah, PKR, PPBBM yang
bersahabat dengan DAP juga musuh, kerana bersubahat dengan DAP. Dahulu
pendokong Umno berkata demikian, sekarang pendokong PAS, bahkan lebih keras
daripada Umno.
Foto-foto
ketika Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat bersalaman,
ziarah, menyantuni Lim Kit Siang, Lim
Guang Eng, Karpal Singh dan lain-lain sudah menjadi foto tua, layak disimpan dalam album. “Mengingatkan” bahkan menjadi kesalahan bagi pemimpin PAS
hari ini. “masa lalu” cuba secara perlahan-lahan dipadamkan dari sejarah
kerukunan politik dalam masyarakat majmuk seperti pernah dirintis Almarhum Tok Guru Nik Aziz dahulu. Mereka sekarang cuba memberi ruang kepada “masa kini” yang dituangkan dengan ayat-ayat yang keras dan memedihkan.
Saya tak tahu bagaimana kesudahan episod ini. Akan wujud
lagikah suasana ”harmoni” seperti pernah
dirasai ketika zaman Tok Guru Nik Aziz dahulu. Berceramah sepentas dengan DAP,
makan minum semeja, saling ziarah mengziarahi. Opp! Kita diingatkan, Jangan
terpukau dengan keindahan masa lalu, gelisahlah dengan masa depan yang tak
menentu. Apakah anda seorang yang tidak “gelisah” bila mengingatkan tentang bangsa, bahasa, Islam, di hari mendatang?
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker