Oleh: Rossem
Manusia asalnya seperti botol kosong, kemudian
perlahan-lahan diisi dengan pelbagai aneka, penuh atau tidak bergantung  bagaimana kemampuan  ia mengisi. 
Isinya  tak sama .    Ada  berkualiti 
ada tidak, ada Baik  ada  buruk, ada manfaat kepada dirinya dan orang
lain, ada menyusahkan .  Ketidaksamaan
itu menyebabkan, botol bila berdekatan ia akan 
bergesel dan pecah.  Begitu juga
dengan fahaman politik, adek beradek 
boleh berbeza politik,  satu
akidah boleh bermasam muka, satu bangsa mengata nesta macam diserang histeria.
Politik ialah keyakinan, keyakinan itu tumbuh dari hati. Meraikan kepelbagaian
pendapat hanya semata slogan, realitinya tidak di Malaysia, tak tahulah negara  lain. 
Politik kehilangan seri wajah bila di jalanan masih ada
orang berjalan mundar mandir  menjaja
pakain lusuh dan compang camping, berterusan   seperti
musim   kempen  PRU14
, wahhal    PRU sudah berakhir,  tak perlu lagi menjaja pakaian  buruk lusuh dengan potongan separuh harga.
Mereka berniaga melalui facebook.   cybertooper 
ini  masih berterusan menanam
keraguan, rasa benci, fitnah di kalangan rakyat. 
Mungkin mereka merasakan itu adalah sesuatu yang terbaik
walaupaun mereka tahu – tak semuanya benar. Berbentuk perspesi.  Mereka sengaja mengolahnya  supaya kelihatan “benar”.  Kemudian 
melontarkan dengan tujuan   menganggu 
oarng yang sedang merindui sesuatu yang baru. Akhirnya moral menjadi
letih. Negara kicau bilau , keharmonian hilang. 
Kelmarin ke kedai  menjual barang-barang binaan, beli satu tin
cat untuk menghias rumah sempena sambutan hari raya aidilfitri, satu tin cat
yang sebelum ini dengan harga RM100, sekarang 
RM94. GST sebanyak 6 persen sudah tercabut. Yang paling mudah, tak perlu
mempelajari matamatik tinggi ialah kunjungi kedaI  RM2, dahulu RM2.12 sen, sekarang RM2.  Dahulu, pelangan  beri RM2.20 sen , lebihan 4 sen dicucur
dengan sebiji gula-gula getah yang budak pun tak lalu makan.  Itulah yang dimaksudkan  “rindu” kepada yang baru. Barang yang lepas
jangan dikenang, kalau dikenang merajuk hati. Kata Tan Sri P. Ramle dalam
lagunya . 
Kita dituntut  perbanyakkan membaca al Quran. Dalam surah Al
Kahfi ,  Allah menceritakan tentang
pemuda Al Kahfi, ditidurkan Allah dalam gua selama 300 tahun bersama seekor anjing  . Bila terjaga  pemuda  terpinga-pinga, masing-masing bertanya,  berapa lamakah  kita  tertidur di gua ini,  jawab salah seorang daripada pemuda itu,   baru satu hari atau separauh hari,  tetapi melihat anjingnya  sudah mati, tinggal tulang, mustahil satu
hari, mesti  suatu tempoh yang lama.  Kemudian terasa lapar, Kebetulan mereka punya
 wang siling yang dibawa dahulu, berbekalkan
wang yang ada, salah seorang daripada mereka 
memberanikan diri keluar ke bandar  membeli makanan.  Ketika pemuda al Kahfi   memberikan wang  siling kepada penjual di pasar,  si penjual mengamati wang itu dengan penuh
kehairanan “ Wang ini sudah tak laku lagi, kerajaannya  sudah tumbang 300 tahun lalu, sekarang
diperintah kerajaan baru yang adil -   menggunapakai  wang siling baru”  beritahu si penjual. Pemuda al Khafi
terkejut. Sangat kontradik dengan tanggapannya 
bahawa   mereka hanya tertidur
satu hari, rupanya 300 tahun. 
 Kerajaan tak pernah kekal, datang dan pergi silih
berganti,  yang zalim juga pergi yang
baik juga pergi. Kealpaan selalunya 
berakhir dengan  kecundang. Di
malaysia siapa sangka, Umno/BN 
memerintah Malaysia selama 60 tahun , boleh tumbang melalui pilihan raya
9 Mei  2018. Kini Pakatan Harapan
pula  memerintah.  Tak perlu lagi bernostlagia dengan  kerajaan lama. Kita sama-sama membina
Malaysia Baru walaupun sebahagian orang mengatakan perit dan pedih. Masih ada
cahaya di hujung terowong  lima  tahun mendatang. Malaysia negara demokrasi! 
Seperti hujan  di
musim kemarau. Bumi yang kotor, berdebu 
dek  kemarau memanjang,  tiba-tiba 
hujan  mencurah dari langit,
segala daki, debu, habuk, kekotaran yang sekian lama melekat di bumi pun
hilang. Begitu juga  dengan kedatangan
parti baru PH memerintah Malaysia  segala
bentuk salah gunakuasa, korupsi,  kerajaan
lama dibongkar, yang terlibat kecut perut.  
Tentang keadilan teringat bagaimana  maharaja 
Romawi yang  pernah gah suatu masa
dahulu mengadili rakyatnya yang didapati bersalah. Tidak ada peguam bela ketika
itu. Yang didapati bersalah  diadili
dengan cara yang sangat sadis. Pesalah akan bertarung dengan singa di
gelanggang  yang dibina khusus,
disaksikan ribuan penonton. Singa  yang
dilaparkan itu dilepaskan , pertarungan pun bermula, setiap kali singa membaham
mangsa, darah  memacut, raja, pembesar
negara dan seluruh penonton akan bersorak  gembira. Sekiranya tersangka  bersalah itu benjaya menewaskan singa, ia
dianggap tak bersalah dan dibebaskan. Itulah pengadilan di zaman kuno.
Sekarang  yang dituduh
bersalah boleh mendapatkan khidmat peguam. 
Pilih sahaja peguam mana yang difikirkan  terbaik, hatta mengupah peguam tersohor dari
Amerika. Kes 1MDB tak dapat diselesaikan dengan segera. Peguam-peguam akan
berhujah  bermati-matian mempertahankan
anak guamannya. 
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker