48 tahun dahulu, tahun 1970an, televisyen  Malaysia 
menayangkan siri popular Combat , kisah peperangan  dunia pertama - tentera Amerika lawan Nazi
Jerman.  Sergeant Vic Morrow  lakonan Chif Saunders   hero
dalam platun  combat itu, peranannya
lebih menonjol daripada  Ketua Platun
Lieutenant Rick Jason lakonan Gil Hanly. Siri yang ditunggu-tunggu setiap
rakyat Malaysia,  kanak-kanak hingga dewasa,
ditayang Jam 9 malam, hitam putih.  
Dalam platun itu terdapat seorang  doktor – Conlan Carter. Saya meminati  pelakon ini kerana mukanya sentiasa  cemas dan susah hati. Beliau juga tak banyak
cakap.  Jika anggota combat tercedera,
tugas beliau  memberi rawatan . 
Bukan kisah Vic Morrow mahu diceritakan, tetapi ada sedikit  berbau Vic Morrow  dan Conlan Carter dalam cerita ini. Tahun
1970an dan 1980an kami pikul  senapang,
peluru rantai melilit badan,   meredah hutan
belantara, mendaki  bukit bukau, gunung
ganang  di merata tempat di Malaysia,
perbatasan Thailand, bahkan hingga memasuki Negara Gajah Putih mencari dan
memburu  askar Rajeman ke 10 PKM. Di
Sarawak memburu Tentera Pembebasan  Rakyat
Kalimantan Utara (PARAKU).
Setiap platun pasukan keselamatan  terdapat seorang  anggota perubatan (medical), walaupun bukan
doktor tetapi pernah mengikuti  kursus  pertolongan cemas terutama  aspek membantu anggota yang tercedera dalam
medan perang.  Anggota perubatan ini  selain  membawa bag   pakaian
, makanan,  peluru, satu lagi bag
ubatan-ubatan. 
Hari ini, setelah 30 tahun tak berjumpa, kawan saya  “Conlan Carter” Mat Isa (Haji),  69 tahun,   bersilaturahim ke rumah.  Beliau tinggal di Kuala Lumpur, sekarang masuk
pesantren ( pondok) Gemulah Haji Daud, Kg, Mahligai, Melor secara solo. Dua
isterinya tidak dibawa. Pondok Hj Daud memang terkenal, hanya 5  kilometer dari kampung saya.
Haji Mat Isa,  atau
panggilan akrab Isa Pendek  anggota
perubatan dalam platun kami. Kalau terasa nak demam cepat-cepat jumpa beliau.
Ketika kami menjalankan operasi memburu komunis di kawasan Gua Musang, tiga
hari sekali dipaksa kami  telan ubat anti
malaria di hadapan beliau – Ketika itu Gua Musang kawasan malaria. Ubat Koloroquin
 pahitnya macam jadam. 
Tak sangka,  setelah
rambut masing-masing bertap zink kami berjumpa kembali,  mengimbau kisah lama, 1970an dan 1980an. 
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker