Perasmian “Pameran Kartun Antarabangsa 2019 (PKA)” oleh
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, YB Dr Radzi Jidin, Sabtu, 26
Januari kelmarin berjalan sepertimana direncanakan, bahkan hal-hal yang tak
terduga seperti kehadiran teman-teman kartunis dari seluruh negara begitu ramai menambahkan seri majlis .
Semangat setiakawan antara kartunis sangat utuh. Inilah perhimpunan kartunis
paling ramai pernah terjadi di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Satu hari yang amat
bermakna. Sebuah desa kecil –Peringat, 14 kilometer dari Kota Bharu, melakar
sejarah baru dalam dunia perkartunan di Malaysia.
Sekalung penghargaan kepada Presiden Kelab Kartunis Malaysia,
pengasas Rumah Kartun & Komik Malaysia (RKKM) Tuan Haji Mohd Desa Omar
(Juragan). Beliau sosok utama mengerakkan kartunis Kuala Lumpur agar datang
meraikan perasmian ini. Rombongan diketuai
kartunis Pauh menaiki bas Akademi
Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan tiba di hadapan Balai Kartun Rossem (BKR) saat
fajar menyingsing, sesudah ayam berkokok 26 Januari.
Dini hari itu, saya
menghubungi Pauh beberapa kali untuk mengetahui di mana keberadaan mereka, saya
khuatir, seringnya bas expres KL-KB tiba jam 5.00 pagi, jam
6.00 belum tiba. Pauh kemudian memberitahu, mereka berhenti solat Suboh
di Masjid Ketereh, 6 kilometer dari BKR. Alhamdulillah.
Sejam kemudian bas
tiba di BKR, terus dibawa rumah penginapan berdekatan untuk mandi manda dan
istirahat. 30 kartunis dan 12 pelajar
Asrawa menaiki bas tersebut. Ikut bersama
seorang pensyarah Aswara, juga seorang kartunis, asal Kelantan Marzuki
Abdullah atau Kidol. Sementara Juragan, Tazidi dan aktivis komik Es Hardi (Kosmik) menaiki pesawat udara.
Kartunis yang menaiki bas antaranya karikaturis Yaz Malee, Muhammad Azmi Ismail, kartunis Pauh
(Mohd Safwan Mohd Ariffin), Kidol, Ho Chi
Ming (Hassin Hussin), Ulin (Zainurin
Lokman), Armus ( R Mustafa Abdul Khamal), Che An (Masran Othman), Kyimo, Kibol,
Acai, Riee, Armus, maaf tak dapat sebut
satu persatu. Tak ketinggalan kartunis Utusan Melayu, Maro si Mamak Cyber,
Piza, Rubella, Jakalli menaiki kereta sendiri
dan tiba sore hari Jumaat. Kartunis tempatan
(Kelantan) Ozom, Kamal Nawie dan Cas. Kamal Nawie agak istimewa, beliau melukis
karikatur YB Senator Dr Radzi Jidin untuk cenderamata. Terima kasih.
Datuk Lat dan Datin tiba
di Kota Bharu- Jumaat sore dengan
pesawat udara di sambut di hotel oleh
kartunis budaya Mie ( Ar Ahmad Hilmy Abdullah) yang pulang ke kampung bersama keluarga
mengemudi mobil sendiri. Kartunis terkenal “Aku Anak Minang” majalah Gila-Gila (1990an), Ujang tiba di BKR
jam 9.00 malam, juga mengemudi mobil sendiri bersama kartunis
Roslim. Karikaturis terkenal Ambo datang dari Melaka.
Selain kartunis, pelukis juga ikut hadir, dari Kuala Lumpur
Presiden PERUPA A. Zaki Hadri, Shamsuri Atan (pelukis CM) dan Irwan Idris. Mereka bertiga membuat rakaman khusus untuk
PERUPA TV. Siri pertama sudah pun boleh ditonton lewat Youtube PERUPA TV –
Pameran Kartun Antarabangsa 2019. Katanya ada lagi sambungan (siri ke 2).
Terima kasih Sdra Zaki Hadri, Shamsuri dan Irwan Idris.
En Ismail Kadir, Yang Dipertua Persatuan Senilukis Kelantan
(PESENI) juga hadir, bersama Timbalan nya Nawi Mohd Ali, AJK Haji Muhamad Jusof, Sham CNI dan Haji Mat Hasim Kamaludin . Hasim sebelum
perasmian ikut membantu melengkapkan persiapan. Nawi Mat Ali salah seorang juri
pertandingan kartun terbaik. Seorang Pelukis
veteran Kelantan Haji Mahmood Mat walaupun dalam kondisi uzur, atas semangat
setiakawan juga hadir dengan wajah ceria. Pelukis muda Baina Amin, Amin Orion , Tan
Cheng Xai. Terima kasih..
Pelukis Negara yang tak asing lagi Ismail Embong ikut bergabung dalam majlis perasmian, anaknya Ima
Mailembong tak dapat hadir, tetapi dua minggu sebelum perasmian sudah berkunjung
ke BKR. Ramai yang mengambil kesempatan berswafoto dengan bapak Ima Mailembong.
Sekalong terima kasih buat seniman
jempolan. Muralis Terengganu, Ha-Qiem, Aimnfae2 dan Senikatanisa terima kasih
datang dari jauh.
Terharu dengan kehadiran
teman-teman sasterawan. Terima kasih penyair Rosli K Matari, Anbakri Haron, Ct Puspa, Chu E Liang, Irene,
Ramli Abdul Halim ( Ramli atau Li kawan
sepejabat dengan saya dahulu), dan juruacara (MC) penyair M. Arif, Dr Lim Swee
Ting dan Nawawee Mohamad datang keesokan harinya. Terima kasih. (Maaf jika sosok
lain terlepas pandang).
Ahli akademik, Dekan Fakulti
Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Prof Tarmizi,
Pensyarah Zulkifli, Azwan Abdul Karim, Dr Anuar Mohd Yusof dan Prof Dr Mat Saad
Hj Ismail dari HUSM. Menariknya BKR diangkat sebagai Lab Seni Kreatif pertama
oleh Fakulti Teknologi Kreatif (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
sebagai Pusat Rujukan Akademik dan Penyelidikan oleh pelajar, siswa, pensyarah,
penggiat seni kreatif dan orang awam. Terima kasih Prof Tarmizi.
Usai acara perasmian
dan makan tengah hari, Datuk Lat tidak
terus balik. Hasrat beliau untuk melihat komik-komik klasik hasil karya pelukis
komik tersohor tahun 1960an seperti Allahyarham
Halim Teh, K. Bali, Raja Hamzah dan lain-lain tercapai. Rupanya program “Sepetang
bersama komik lama” sudah dibincang
dengan pengumpul dan aktivis komik terkenal Rudi Mahmood (Perahu Hamzah) dan Es
Hardy. Rudi membawa seberkas komik lama- asli dan diperagakan di atas meja, Lat
membelik lembar demi lembar dengan takjub. Sore yang sangat bermakna, menoleh sejenap ke belakang,
mengembalikan nostalgia kegemilangan komik Melayu. Terima kasih Rudi Mahmood
dan Es Hardi. Di hari-hari mendatang program” Sepetang bersama komik lama”
patut diadakan. Undang mereka yang pernah hidup sezaman dengan usia komik itu.
Mungkin bermanfaat buat generasi baru.
Pameran Kartun Antarabangsa 2019 tak mungkin dapat diadakan tanpa sokongan moral dan material kawan-kawan.
Sekalung bunga rampai penghargaan buat sahabat seperjuangan Tuan Haji Mohd Desa
Omar atau Juragan, Presiden Kelab Kartunis Malaysia merangkap Pengasas Rumah
Kartun & Komik Malaysia (MCCH), Sdra Es Hardi ( Kosmik), Yayasan Khalifah, Zunar,
UMK, PESENI, Art2canvas dan kepada orang perseorangan, Mat Hasim Kamaludin, seterusnya
barisan juri tempatan, Nawi Mat Ali, Zunar, Rudi Mahmood.
Sementara diperingkat antarabangsa, terima kasih
sedalam-dalamnya kepada Bp Jitet Kostana (Ketua Juri), Bp Darminto M Sudarmo,
Abdul Arif (Gold Pencil) dan Brother Fadi ToOn atau Fadi Abou Hassan (Editor in
Chief of Cartoon Home Network International –CHNI, Norway. Bertemu kesulitan beliau menjadi pakar rujuk.
Seterusnya kepada
semua peserta dari 35 buah negara yang menghantar karya mereka saya ucapkan sedalam-dalam terima kasih.
Karya anda adalah terbaik, olehkerana
ruang pameran terhad, tidak dapat saya memperagakan semua sekali. Nama-nama peseta juga tak dapat di tulis di
sini kerana terlalu ramai. Sijil penghargaan/ penyertaan sudah kami kirim lewat email, tinggal beberapa
kartunis sahaja lagi belum sempat email.
Terima kasih. Terus sukses.