Suatu hari yang panas membakar, dalam tahun 1977, di simpang  jalan 
Dato Pati  (Medan Ilmu). Stesen  kereta sewa  yang dikosongkan dan pasar kecil  orang Cina jual kerbau pendek yang
ditutup.  Kota Bharu  lesu dan berduka. Kelantan menangis. Warga  pongoh dan gedebe. Kami berdiri tegak, mengenakan
 seragam hijau, bertopi besi biru muda.  Rifle MK4 
digenggam erat, siap siaga untuk memuntahkan peluru. 
Rifle MK4 senapang usang,  sisa  perang dunia ke dua, buatan Inggeris,  bahagian larasnya  diubahsuai untuk  menembak  roket. Kami sebut senjata itu TS Gun. Roket
dimaksudkan ialah gas pemedih mata. Bukan semua anggota  dibekalkan senapang itu, hanya  saya dan beberapa lagi, yang lain cota. Cara
tembakan tidak boleh  dari atas bahu
kerana keras tendangannya. Harus diletakkan 
di tanah.
Di hadapan kami gerombolan penunjuk perasaan , bertempek,
bersorak, mengejek  dan menunjukkan aksi
lucah.Sebahagiannya ada krikil di tangan.  Berselindung di lorong antara  bangunan Pejabat Perhubungan PAS Negeri
Kelantan dengan bangunan kelab pemandu 
teksi, sekarang kedai  tekstil  Laila Jafaar Rawas. Ada banyak gerombolan,   di  bawah bangunan pasar lama MPKB juga kelihatan.  Realitinya 
Kota Bharu ketika itu dalam kondisi rawan. Tayar dibakar, asap hitam
berkepul di sana sini. 
Picu senapang ditarik, 
 tembakan tak terelakkan, gas
pemedih mata jatuh berhampiran penunjuk perasaan – lari bertempiaran, tetapi disaat
asap gas hilang dibawa angin, mereka 
datang kembali. Beraksi lagi.   Hati mana tak marah!  Hati mana tak geram! .  Giliran pasukan gempur  pula bertindak, mengejar ,  memukul dan menangkap. Kami  hanya bawa rotan. Kami dibenarkan  memukul  perusuh hanya  dengan rotan seperti guru displin merotan anak
murid.  Sikap berhemah kami menyebabkan penunjuk
perasaan   gedebe hangit. Paling sakit
hati, dia tunjuk buntut.  Kami kejar
sampai dapat.  Rotan melekat di punggung.
Menangis minta maaf.
FRU didatangkan dari Kuala Lumpur. Mereka pasukan
terlatih,  tetapi diarah untuk standby ,
khidmat mereka  belum diperlukan.
Penunjuk perasan harus ditanggani dengan cara berhemah. Cukup pasukan kami  kendalikan. 
Demikian kemahuan pihak atasan khususnya pemimpin politik  Kuala Lumpur.  
Inilah bahananya 
politik bakar semangat . Kelantan terkenal dengan politik jenis ini
sejak dahulu, Saya kesihan melihat anak-anak muda Kelantan ketika itu  yang tak tahu apa- apa tentang sepak terajang
politik, tiba-tiba menyertai tunjuk perasaan secara agresif. Dianggarkan 30
ribu orang menyertai tunjuk perasaan, bermula dari Padang merdeka ke bangunan
SUK. 
Kelantan terbakar.  Menteri
Besar Kelantan  Datuk  Haji Mohamad Nasir   seperti
berjalan di atas bara api. Kedudukannya cuba digugat.  Kumpulan 20 mahu    menyingkirkan beliau dari kerusi  Menteri Besar kerana lantikan beliau atas
telunjuk UMNO,  bukan   kehendak majoriti parti yang dipimpin Datuk
Asri.  Undian tak percaya dilakukan.  Mohamad Nasir tumbang. Rusuhan meletus. Darurat
diisytiharkan. 
Di hari yang lain, maklumat diterima,  Pasir Mas sedang  berduka, 
penunjuk perasaan beraksi di jalan utama berhampiran pasar sebagai   menyatakan sokongan kepada Mohamad Nasir. Tiba
di situ, kurang lebih 500 penunjuk perasaan berarak sambil memegang sepanduk “ Jawatan
Menteri Besar bukan punca kekayaan”.  Ditujukan kepada Datuk Asri.  Dakwaan mereka,  konon Asri membina kekayaan ketika menjadi
Menteri Besar Kelatan dahulu.  Mengikuti
sebuah lori yang dipasang alat pengeras suara. 
Di atas lori itu berdiri seorang lelaki berpakaian putih, bertopi putih,
 memegang laugh speker  sambil berucap. Lelaki  itu ialah Hussain Serama (Tan Sri). Bukti ,
Umno adalah dalang disebalik sengketa 
melanda pentadbiran  kerajaan
Negeri Kelantan. 
Akhirnya. 8 November 1977,   MAGERAN diisytiharkan di Kelantan.  Aktiviti politik dibekukan. Demokrasi dipaku
pada dinding. Hebat bertaring UMNO dahulu. Parti-parti lain dijadikan buah
catur. Sekarang,  UMNO ibarat pemain  bolasepak   tanpa
jurulatih, boleh main,  tetapi tendangan
sering masuk ke pintu gawang sendiri.  
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker