Tentang Negeri Tak Lena Tidur
Di Negeri
Tak Lena Tidur, penduduknya tak tidur, di kedai kopi mereka bersembang sampai
pagi tentang politik dan   negara. Tentang ekonomi walaupun bukan pakar
ekonomi, tentang saham dan bursa walaupun istilah saham ditutup rendah pun
mereka tak tahu, tentang janji 100 hari Pakatan Harapan, tentang petrol, harga
ayam, daging, ikan dan sayur.  Ada
bab-bab tertentu - menakutkan sehingga tak lena tidur.
Di Negeri
Tak Lena Tidur, lahir ramai penulis-penulis  hebat. 
facebook menampung karya mereka. Komentarnya mengalahkan wartawan Rauter
atau Wall Strait Journel. Mereka tak tidur lantaran menulis facebook. Tabik
kepada Bill Gate  yang mencipta pengisian
komputer- bijak menyorok data, bayangkan kalau segala komentar, tulisan,
gambar, imej  terkumpul menjadi  sampah. Pasti kerajaan Negeri Tak Lena Tidur
terpaksa mewujudkan pula kementerian khusus tentang urusan sampah data komputer
yang berlonggok di tepi jalan.  Sampah
sisa-sia buangan pun tak mampu diurus dengan baik, ditambah pula dengan sampah
data komputer, memang tak lena tidur dibuatnya.   
Di Negeri
Tak Lena Tidur rakyat berkuasa. Bebas menulis apa sahaja. Fitnah, adu domba,
provokosi perkara biasa. Rakyat bekerja sehingga tak tidur  mencari salah pemimpin. Hebat Negeri Tak Lena
Tidur.  Amerika,  Perancis, Jerman  pun kalah. Trump geleng kepala?. 
 Di Negeri Tak Lena Tidur bukan bermakna
rakaytnya langsung tak tidur. Tidurnya diganti pada siang hari. Boleh tidur di
pejabat, di bahagian  terlindung bilik
mesyuarat atau setor. Ada juga yang tidur ketika memandu kereta.  Terlelap dua saat pun sudah cukup. 
Fenomena tak lena tidur ini berpunca daripada  pemimpin lama kerajaan Tak Lena Tidur. Ada
ubat tak lena tidur  dimusnahkan,
kilangnya ditutup.  Akta Keselamatan
Dalam Negeri  ( ISA)   adalah ubat paling mujrab untuk penyakit tak
lena tidur. Najib yang menutup kilang itu setelah beroperasi sejak merdeka.  Akibatnya,  beliau sekarang  tak lena tidur.
Kepada kerajaan baru Negeri Tak Lena Tidur , rakyat Negeri
Tak Lena Tidur menyarankan, agar kilang itu dibuka semula. Setelah beroperasi
nanti  tangkaplah sesiapa yang didapati
tak lena tidur tegar, ikat kaki tangan, sumbat pil (ubat)  itu dalam mulutnya setiap hari selama 2 tahun
atau lebih.  Yang lain pun nescaya akan
lena tidur. Negeri Tak Lena Tidur pun  kembali
aman damai- semua rakyat boleh nyenyak 
tidur seoerti tetangga kita bahagian selatan. 
No comments:
Post a Comment