Rossem
Bengawan
Solo
Riwayatmu ini
Sedari dulu jadi...
Perhatian insani
Musim kemarau
Tak seberapa airmu
Dimusim hujan air..
Meluap sampai jauh
Mata airmu dari Solo
Terkurung gunung seribu
Air meluap sampai jauh
Dan akhirnya ke laut
Itu perahu
Riwayatnya dulu
Kaum pedagang selalu...
Naik itu perahu
Riwayatmu ini
Sedari dulu jadi...
Perhatian insani
Musim kemarau
Tak seberapa airmu
Dimusim hujan air..
Meluap sampai jauh
Mata airmu dari Solo
Terkurung gunung seribu
Air meluap sampai jauh
Dan akhirnya ke laut
Itu perahu
Riwayatnya dulu
Kaum pedagang selalu...
Naik itu perahu
Zaman
remaja. Di desa. Ketika itu televisyen
belum wujud. Radio satu-satu media popular. Mendengar lagu melalui radio amat menghiburkan. Lagu-lagu Malaysia (waktu itu
Malaya} dan Indonesia hampir sama
banyak diputarkan juruhebah. Lagu-lagu keroncong antara pilihanku, terutama lagu Bangawan
Solo, nyanyian maestro lagu-lagu
keroncong Indonesia, Gesang atau lengkapnya Gesang Martohartono (1917 – 2010).
Solo atau Sukarta, Jawa Tengah, Indonesia. Kota budaya (Spirit of Java), berada di buminya terasa seperti berada di Kelantan, terutama melihat budaya dan cara hidup masyarakatnya yang hampir kemiripan terutama golongan wanita lebih ramai menjalankan perniagaan berjualan di bazar-bazar utama seperti pasar Klewer di tengah kota.
Mereka menjual pelbagai jenis produk keluaran tempatan seperti tekstil
khususnya batik. Pembeli akan melewati
lorong-lorong sempit antara ratusan unit
kios untuk memilih barangan yang dinginkan. Wanita-wanita Solo yang cantik
berdiri sambil melirik senyum terutama
melihat pelancong asing melewati di hadapannya.
Kondisinya
sama seperti Pasar Siti Khadijah, Pasar Buloh Kubu, Bazar Tok Guru, Bazar
Tengku Anis. Penjual menunggu pelangan
di hadapan kios yang ukurannya hampir menyamai Bazar Tok Guru, Kota Bharu.
Kalau di
Kota Bharu ada beca, di Kota Solo juga
ada beca, perbezaannya hanya pada rupa
dan bentuk beca saja. Di Kelantan tukang beca di posisi tepi,
sementara di Solo tukang beca mengayuh dari belakang dengan penumpang di hadapan.
Jumlah
penduduk kota bersejarah ini satu juta pada siang hari dan malam hari berkurang
sehingga 40 persen kerana mereka yang bekerja di Solo pulang ke rumah masing-masing di luar kota
pada malam hari.
Rumah dan
bangunan di Solo juga hampir kemiripan rumah
tradisional Melayu Kelantan
terutama pada rekabentuk bumbungnya. Malah bangunan Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan yang
menempatkan pejabat Menteri Besar, Exco-Exco
dan pegawai pentadbir negeri jelas menunjukkan ciri-ciri persamaan itu.
Masjid
tertua di Kampung Laut yang sekarang
dipindahkan ke Nilam Puri satu lagi contoh nyata bahawa Kelantan hakikatnya telah sekian lama ditempiasi
pengaruh Jawa dalam merekabentuk bangunan.
Sesuatu yang
menarik ketika berada di Kota Solo ialah
setiap kali masuknya waktu solat fardu, suara azan kedengaran dari corong-corong
masjid yang banyak terdapat di kota. Azan Suboh lebih jelas kedengaran kerana ketika itu alam masih
dibalut sunyi, warga belum keluar menjalankan aktiviti rutin. Situasi ini mengingatkan Kota Bharu dengan sapaan azan yang berkumandang
dari segenap penjuru setiapkali masuknya
waktu solat.
Kesempatan
berada di Solo, melakukan kunjungan singkat
ke kantor Rada Solo, penerbitan akhbar terbesar Jawa Tengah. Hampir dua jam
berdiskusi bersama editor senior, Ananto Priyanto di kamar mesyuarat Rada Solo terkait dengan perkembangan media
antara dua negara dan isu-isu semasa. Beliau
memberikan respons pelayanan yang
sebaiknya. Walaupun kedatangan kami tidak secara rasmi namun tetap mesra, telus dan bersahabat, bahkan tanpa
diduga, berita kunjungan kami berserta fotonya dimuatkan dalam akhbar Jawa Pos hari berikutnya.
Saat
berucap, Ananto Priyanto menyebut, akhbar Jawa Pos yang beredar ke seluruh
Indonesia sebanyak 300 ribu naskah setiap hari bersedia menerima sumbangan
berita, artikal dari Malaysia khususnya Kelantan. Penyumbang boleh mengirim
langsung kepada alamat email yang diberikan. “Tak sukar kerana Jawa Pos juga
ada akhbar online” tutur beliau.
Hal
sedemikian tentunya sangat bermanfaat
bagi kami dalam rangka menyebarluaskan informasi tentang Kelantan ke
persada internasional khususnya negara
tetangga Indonesia.
Kerana sepertimana di sebut Ananto Priyanto, informasi terkait Kelantan amat
minimum di sini, kalau ada pun berbaur negatif. Hakikatnya, ramai rakyat Indonesia yang
mahukan informasi sebenar tentang Negeri
Kelantan.
Dari Solo
menaiki kereta ke Jogja yang jauhnya kira-kira 2 jam perjalanan. Antara dua
kota bersejarah itu terletak sebuah desa
bernama Klaten. Saya meminta supir (pemandu) singgah sebentar kerana
mahu ke rumah teman lama di Kalten. Saya
sudah menelefon beliau dan menunggu.
kaitan suatu masa dulu, tinggal lagi pengkaji sejarah tak pernah
membongkar rahsia mengapa dua buah tempat yang jaraknya ribuan batu itu
namanya kemiripan. Tempat lain yang memiliki nama hampir sama ialah
Ceribon dan di Kelantan Seribong. Itulah uniknya dua negara serumpun
Malaysia- Indonesia.
Nama-nama lain ialah Kerisek di Jawa Timur. Nama Kerisek juga
terdapat di Pattani, Thailand dan di Kemboja. Bahkan ketiga-tiga
tempat itu struktur senibina rumah tradisionalnya memiliki ciri-ciri
yang sama.
Nama Klaten sudah lama terpahat dalam ingatan, iaitu sejak saya mula
mengenali kartunis terkenal Indonesia, GM Sudarta 20 tahun dulu.
membongkar rahsia mengapa dua buah tempat yang jaraknya ribuan batu itu
namanya kemiripan. Tempat lain yang memiliki nama hampir sama ialah
Ceribon dan di Kelantan Seribong. Itulah uniknya dua negara serumpun
Malaysia- Indonesia.
Nama-nama lain ialah Kerisek di Jawa Timur. Nama Kerisek juga
terdapat di Pattani, Thailand dan di Kemboja. Bahkan ketiga-tiga
tempat itu struktur senibina rumah tradisionalnya memiliki ciri-ciri
yang sama.
Nama Klaten sudah lama terpahat dalam ingatan, iaitu sejak saya mula
mengenali kartunis terkenal Indonesia, GM Sudarta 20 tahun dulu.
Pertemuan pertama kali di Kuala Lumpur 2000 dan kemudian dituruti dengan pertemuan lain telah membangkitkan keinginan suatu hari kalau diizinkan Allah SWT mahu mampir ke rumahnya dan melihat hasil karya beliau yang diperagakan di studio / galeri miliknya di Klaten. Allah makbulkan hajat saya.
Rumahnya cantik, struktur senibinanya bercirikan senibina tradisional Jawa yang kemiripan senibina tradisional Melayu Kelantan. Cuma menurut Sudarta, laman rumahnya konbanasi antara Jawa dan Japan.
Sangat
terpesona dan takjub melihat gaya susunatur peralatan kerusi meja dan gaya hias
lukisan di dinding rumahnya yang berwarna koko dan putih susu sehingga
pengamatan lama terfokus kesesuatu objek seperti sang singa lapar menenung
tajam mangsa. “Kerusi yang kita duduk sekarang ini, bahkan peralatan lain yang
terdapat di rumah ini daripada peralatan
terpakai” tutur Pak Darta dengan suara amat
lembut kepada saya.
Kemudian
beliau mengajak ke studio miliknya yang
terletak bersebelahan rumahnya. Bangunan
itu sederhana besarnya, tapi
diperkayakan dengan ciri-ciri rekabentuk taradisional lokal sepertimana rumahnya. Melihat struktur bangunan pada posisi luar
yang sangat menarik dan klasik sudah cukup menghadirkan kepuasan pada hati
sesiapa yang memiliki jiwa seni dan sentimental.
Bertata
rapi pada dinding ialah puluhan lukisan
hasil karya Sudarta yang dibuat dengan
cat minyak dan acrylic lama dan baru,
dan lukisan itu
keseluruhannya bertemakan
kartun dengan makna yang mendalam.
GM Sudarta
memang kartunis hebat. Nama besar dalam
industri kartun Indonesia bahkan Asian dan Japan. Saya mula mengenali karya-karya beliau sejak tahun 90an lewat koleksi buku kartun
yang diterbitkan penerbitan Kompas. Beliau juga pernah mengirim koleksi kartun
yang dihasilkan langsung kepada saya di Malaysia.
GM Sudarta,
pria kelahiran Klaten, 20 September 1945 menjadi terkenal setelah bergabung
dengan Harian Kompas pada 1967. Kemudian mencipta watak Om Pasikom yang
dimuatkan dalam koran tersebut. “Pembaca dan peminat setia masih bisa menemui
Om Pasikom lewat koran Kompas dengan kekerapan
seminggu sekali walaupun saya sudah pesiun” tutur Sudarta.
Seperti
dicatat pada kulit belakang buku itu; selama
40 tahun, Om Pasikom menyindir, mengkritik pembaca tanpa pernah
menimbulkan amarah individu yang menjadi sasarannya, namun daripada pengamatan saya lewat
koleksi “40 tahun Om Pasikom” , kartun-kartun yang dihasilkan
sedekad ini pastinya ramai terutama pemimpin negara yang
kebakaran janggut dan panas cubing telingga kerana kartun atau karikatur Pak
Sudarta ibarat mata pisau yang
bertelanjang, menghiris sesiapa saja.
Ketika di
Solo juga, sempat bertemu Nassirun Purwokatun. Pria asal Purwokarto ini ternyata
punya kehebatan tersendiri. Selain berkartun juga berpuisi. Bait-bait puisi yang dihasilkan
kemudian dimuatkan dalam facebook saban hari ternyata telah mengikat saya untuk
menjengok, membaca dan like. Puisi-puisinya ringkas, kemas tapi
punya kekuatan tersendiri sehingga
pembaca terasa seperti dipaksa untuk membacanya, kemudian berfikir mencari makna disebalik ayat
yang dilontarkan. Selain puisi, beliau seorang novelis cerita-cerita sejarah.
Sudah banyak buku-buku yang dihasilkan.
Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???
ReplyDeleteModal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...
Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain, tenang,,sekarang ada
288betting.com yang akan menghibur kalian sekaligus mengisi hari-hari kalian dengan games"
online yang pastinya tidak akan mengecewakan kalian deh...dan tentu nya juga masih banyak lagi
bonus tiap bulan nya buruannn,,,,yuk ikutan gabung bersama 288betting.com
Tersedia berbagai game di dalamnya :
Sportsbook
Kasino
Togel
Poker
Number Games
Slots
Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,5% / Hari
Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup
dengan minimal deposit hanya Rp. 20.000 dan minimal withdraw Rp. 50.000
Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24/7 melalui :
* Livechat
* Whatsapp : +855888278896
* Facebook : Stefanie Huang
Salam Sukses 288betting.com
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
austine88
ReplyDeletelink austine88
link alternatif austine88
Bandar online slot dan togel
agen slot terlengkap
slot gacor
situs judi online
bandar togel
slot online terbaik
agen slot dan togel
situs togel dan slot
togel singapore
slot online terpercaya
agen slot
Pragmatic Play
Deposit pulsa
Deposit pulsa
livegames casino
daftar situs judi slot online terpercaya
ReplyDeletedaftar situs slot gacor
daftar situs slot
daftar slot gacor
daftar slot online