Oleh: Rossem
Suka atau tak suka, 
DAP telah berjaya  menyatukan  orang Cina dalam sebuah parti besar yang
didominasi  kaum  itu 
sejak 40 tahun lalu, manakala Parti MCA yang ditubuhkan sejak Malaya
merdeka  dengan matlamat memperjuangkan
nasib orang Cina ditinggalkan begitu saja oleh orang Cina. Menerima nasib  sama ialah parti GERAKAN. Majoriti kaun India
juga mengucapkan selamat tinggal  kepada
parti MIC  . Mereka kini  bersama  dengan DAP  dan PKR.  Parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). 
DAP menjadi kerajaan  dalam
PH  dengan kekuatan  kerusi parlimen nombor dua paling banyak
selepas PKR.  Matlamat perjuangan DAP ,
antaranya  membangun kaum Cina.  Itu hak mereka. Jadi kenapa kita harus marah?. 
Sebaliknya orang Melayu terus berpecah kepada lima kelompok.
UMNO, PAS, PKR, Amanah dan PPBM. Masing-masing menyingsing lengan, mempamerkan
otot-otot, kamu bodoh,  munafik,  golongan ahzab dan pelbagai lagi maki hamun.  UMNO dan PAS terus menerus  memperlekehkan  PH.   Manakala
PH  dalam diam-diam  kucing terus  menjalankan siasatan  ke atas pemimpin UMNO, mendakwa dan mengheret
mereka ke mahkamah.  Siapa  cerdik? 
Ada  orang Melayu bangga
 menjadi pembangkang ,  bisa mempamerkan  kepintarannya berhujah di parlimen. Memang
kita kagum dengan kehebatan  mereka berhujah,
tetapi  untuk apa, kalau hanya  sekadar menjadi bahan gelak ketawa dan riuh
rendah bunyi tepuk meja.  Semua itu ibarat
   angin lalu, tidak menjadi kudis gatal pada
pihak   kerajaan, contohnya   RUU tentang SST, hujah-hujah
pembangkang  ada yang realistik , tetapi
bila speaker  mengatakan “ siapa setuju  kata setuju, siapa tak setuju kata tak
setuju”.  Pembangkang pun melopong-
kalah,  suaranya minoriti. Ada juga
pembangkang hanya sekadar menjadi pasu bunga tetapi bila balik ke kawasan
masing-masing, beritahu pengundi “saya telah mengangkat masalah anda di
parlimen”.
Menjadi pembangkang bukan satu kebanggaan, menjadi kerajaan  yang dikehendaki.   Mulai
sekarang, latihlah  anak-anak kita   agar dewasa 
dapat menerajui  kerajaan,  bukan menjadi pembangkang. Syarat utama
menjadi kerajaan ialah berpelajaran, bijaksana, berakhlak mulia.   Didik anak-anak sedari  kecil dengan akhlak mulia, tanamkan sifat
benci kepada korupsi, penyalahangunaan kuasa dan lain-lain kejelekan.  Bila sifat-sifat itu bercermin dalam diri,
baru pengundi berminat mengundi kita. 
Tinggalkanlah Najib Razak , kita tidak boleh lagi membuang
masa mempertahankan bekas Perdana Menteri Malaysia itu,  UMNO 
tidak upaya  membawa beban berat
ini selamanya.  Membina semula parti  adalah  lebih penting. Kata Setiausaha Agung UMNO, Tan
Sri Annuar Musa. Ramai yang sependapat dengan Annuar.  Itulah garis sempadan  persahabatan dan kesetian seseorang dalam
pentas politik. Saat berkuasa dijulang, hilang kuasa ditinggalkan. Sifir
politik memang  begitu. Harus berani. 
Yang menang tulis sejarah, yang kalah tulis puisi. Teringat  sebuah sajak karya Alamrhum Khalid Slleh
tentang  orang Melayu dan  Tanah Melayu (Buku; Kalau Aku Jadi PM- ITBM)
Jangan dijadikan
serampang menikam dari belakang
Kebun pisang jangan
dibuat tempat membela beruk
Tangan memberi
jangan dilukai
Mulut tersenyum
jari mencubit
Sekali berkepak jangan
dahan dipatahkan
Ceritakan kepada
mereka
Rumah kita bukan
jamban
Untuk sesiapa
membuang kotoran
Adat bertandang
menghormati
Penghuni asal atau
tuan rumah
Tangan bersalam
ucaplah terima kasih
Kunyahlah makanan  yang dihidangkan
Sebagai
penghormatan terhadap tamu
Nasi tambah jangan
diminta
Sekalipun perut
terasa lapar
Mulut celupar
jangan dibiasakan di hadapan tuan rumah
Buktikan diri
Menjadi pedagang
yang memahami adat menumpang
Unggun apai jangan
dinyalakan
Kita lahir bukan
untuk berperang
Bukalah nyanyian
berbau perang
Melayu tak akan
berperang
Tapi jangan terluka
hati dengan mulut celupar.
Nasihat-nasihat Khalid Salleh itu seharusnya menjadi renungan
orang Melayu , walaupun sajak itu ditulis pada 
tahun 2014, namun,  kini dan akan
datang tetap releven.  Asal usul orang
Melayu dari Gugusan Pulau-Pulau Melayu yang disebut oleh pelayar dan pengambara
Eropah The Malay Archepilago, seperti juga pelayar dari China menyebut  Mo lo yo. Al fatehah buat sahabat Khalid
Salleh!
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker