Seperti  tak mahu
berkalih punggung saat menonton drama Hindi  bersiri  setiap sore 
(Senin hingga  dan Khamis) di TV3,
 sejam.  Mata terfokus terus kepada  skrin televisyen, bukan kerana tertarik akan kejelitaan
Razia dan kehibatan  lelaki bernama  Mirza, tetapi 
drama bersiri  yang terjadi  pada  era kegemilangan Islam di India itu memberi
pengajaran kepada kita  khususnya umat
Islam.  Yang menghancurkan sesebuah
empire itu bermula dari dalam, anai-anai yang kecil itu, jika dibiarkan, tidak
dimusnah dari awal,  bisa meruntuhkan
sebuah rumah, istana, negara.  
 Konflik keluarga
diraja (penguasa) yang benar-benar berlaku 
di zaman kesultanan Delhi, India  sekitar tahun 
1236M. mengingatkan kita, hal yang sama juga terjadi  kepada penguasa Islam yang lain, dahulu dan
sekarang, di mana-mana saja di belahan dunia ini. Kerajaan Islam Delhi,  ketika itu  sebahagian daripada daulah Uthmaniyah (kurun
ke 13).  Gagah di mata dunia. 
Puteri Razia atau nama sebenar Razia Ad-Din  wanita Islam pertama dalam sejarah kesultanan
Delhi mewarisi tahkta daripada ayahandanya, Sultan Shamsuddin Iltutmish  (1236M), 
beliau keturunan hamba yang lahir ( 1205) di Bidaun, India. Asal
ayahandanya seorang hamba bangsa Turki, bekerja untuk Sultan Qutbuddin di
Delhi.  Ketika pemerintahan Qutbuddin,
Shamsuddin Iltutmish telah menunjukkan kewibawaanya sehingga dilantik menjadi
gabnur sebuah wilayan di Delhi, seterusnya menjadi Sultan Delhi.  Baginda kemudian dikahwinkan dengan puteri Sultan
Qutbuddin. Dari situlah Razia mewarisi takhta kesultanan Delhi.
Sultan Shamsuddin  Iltutmish 
beristeri dua. Dikurniakan tiga cahayamata iaitu Naseeruddin Mahmud dan
Razia, manakala isteri kedua dikurniakan  seorang anak- Rukhnuddin Firuz.  Setelah Sultan 
Shamsuddin Iltutmish mangkat (1236) terjadi perebutan kuasa  antara adek beradek mereka. Episod yang
menyayat hati, pembunuhan yang dirancang, ketabahan, kesabaran, keberanian
puteri Razia membuatkan penonton bisa meneteskan air mata. Saya suka menonton
kerana kejelitaan Razia he he he.
Razia satu-satunya wanita Islam yang pernah menjadi penguasa
Delhi dengan memakai gelaran Sultan Jalalatuddin Razia. 
No comments:
Post a Comment