Oleh:  Rossem
Empire bila jatuh tak mungkin bangkit lagi! Pada suatu hari dalam
tahun 1492 di musim semi.  Sebuah istana tersergam
 megah di puncak bukit, bunga-bunga
sedang berkembang mekar mewangi di taman  yang luas. Daun-daun  palma melambai-lambai  ditiup bayu dingin  dari pergunungan Sierra Nevada , seolah-olah
mengucap selamat jalan kepada seseorang.  Lelaki dengan wajah sugul  berjalan perlahan-lahan, sesekali  menoleh ke belakang. Saat menoleh ke
belakang, air   matanya menitis membasahi pipi.  Disulami dengan isak tangis.   Dilihat
ibunya lantas memarahi  “ Jangan engkau
menangis seperti budak perempuan, kerana engkau tidak mampu mempertahankan
Granada sebagai seorang lelaki kesastria”.  Berkata ibunya lagi “ Sepatutnya kau
menangis  lama dahulu sebelum  bumi Andalusia ini  jatuh ke  tangan tentera salib. Malangnya  ketika  itu kau hidup mewah, berpoya-poya, bersengketa
sesama sendiri. Sekarang sudah terlambat”.
Beberapa bulan 
sebelum itu, Sultan Muhammad XII menerima surat dari   Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, memita
agar   menyerahkan kota Granada.  Olekerana Sultan  enggan menyerah, Granada lalu dikepong
tentera Salib,  iaitu  gabungan tentera Aragon dan Castile, akhirnya
tanggal 2 Januari 1492, di musim semi, Granada menyerah kalah.
 Sultan Muhammad XII
masih mengenakan pakaian paling mewah bergerak dari istana, diiringi   80 pengikutnya  menaiki kuda,  kurang lebih satu kilometer  menuju tebing Sungai Genil, tempat Raja
Ferdinand dan bala tenteranya menunggu. 
Setibanya di situ sultan diminta turun dari kuda, dipaksa mencium
tangan  Raja Ferdinand dan Ratu
Isabella  sebagai tanda kekalahan
Granada. Sultan mengikut sahaja arahan, Kemudian menyerahkan kunci Granada
kepada Raja Ferdinand  sebagai
simbol  berakhirnya empire Islam terakhir  Eropah kepada 
tentera salib.  Raja Ferdinand dan
Ratu Isebella  serta seluruh
pengikutnya  yang hadir kemudian  sujud 
syukur kepada salib dengan iringin air mata kegembiraan. Tragedi yang menghiris
luka hati setiap umat Islam. 
Ada lagi hal yang sangat menyayat hati,  Raja Ferdinand dan Ratu Isabella
memakasa  Sultan Muhammad XII
menyerahkan     anak beliau kepada  raja Sepanyol 
itu sebagai penebus diri sultan  dan
 penebus negara.   Ketika itu sultan mempunyai dua orang
putra,  Yusof dan Ahmad.  Sultan menyerahkan anak kesayangannya Ahmad ,
2 tahun, kepada  Raja Ferdinand dan Ratu
Isabella  dan  raja kristian 
itu berjanji akan memulangkan kembali setelah berusia 9 tahun.  
Ahmad kemudiannya digelar sebagai El infrantico (Raja Muda)
dan dibaptiskan menjadi seorang Kristian Katolik. Menurut  cerita 
Ahmad diyakini memeluk Islam semula setelah diserahkan kembali kepada
bapanya setelah genap 9 tahun sepertimana dijanjikan. 
  Nama sebenar Sultan Muhammad XII ialah Abu Abdullah Mohammad
dari Bani Nasr (Dinasti Nashriyah) . 
Sultan ke 23 Granada (1444 – 1492). Islam memerintah Granada selama 800
tahun (1232 – 1492). Hari ini, tinggalan Bani Nasr yang masih dapat dilihat
ialah kompleks Istana Alhambra. 
Kecantikannya mengagumkan dunia sehingga penyair Moor mengambarkannya
sebagai “ muntiara pada zamrud:  kiasan
pada warna terang bangunannya, dan kemewahan hutan sekelilingnya. 
Kejatuhan empire Islam  terakhir  Eropah itu 
berpunca daripada  perpecahan  yang ketara dikalangan umat Islam Granada.  Perebutan kuasa  antara anak (Muhammad XII) dengan ayahnya
sendiri sehingga   anaknya  sanggup melancarkan pemberontakan terhadap
ayahnya  dengan meminta bantuan Raja
Ferdinand dan Ratu Isabella,  akhirnya
ayahnya kalah, Muhammad diangkat menjadi sultan.  Raja Ferdinand membantu hanya bertujuan  memecahbelah perpaduan umat Islam Granada
bagi  memudahkan mereka menyerang dan
menguasai . Akhirnya misi Salib tercapai.  Kehidupan mewah   menjadi amalan 
raja-raja  terakhir dinasti
Nashriyah  ketika itu,  memiliki ramai perempuan (gundek)  menjadi kebanggaan. 
Kejatuhan sesebuah empire atau kerajaan  sama sahaja, baik di Barat, Timur atau di
negara kita. Bertitik tolak dari perpecahan 
kesatuan bangsa, maka  lahirlah  puak- puak,  masing-masing  taksub kepada ketua puak masing-masing. Persengketaan
 pun terjadi . Selain itu, kehidupan
mewah para pemimpin dan anak-anak mereka  yang 
gemar berpoya-poya  mennyumbang  kepada runtuhnya sesebuah  kerajaan. 
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker