Oleh: Rossem
Di mana-mana negara pun di dunia ini  bila  peralihan kuasa berlaku daripada kerajaan lama
kepada kerajaan baru, rakyat akan mengalami kejutan budaya.  Lebih-lebih lagi jika kerajaan sebelumnya  memerintah terlalu lama, sama ada melalui
sistem demokrasi atau junta tentera. Rakyat yang sudah puluhan tahun terbiasa
dengan corak, gaya   pemerintahan lama,
lebih-lebih lagi  mereka yang  mendapat 
manfaat  langsung daripadanya, bila
berganti kerajaan baru  akan merasai
kekok, kehilangan dahan tempat bergantung, 
hilang sumber rezeki dan sebagainya.
Usia pemerintah orde baru Indonesia – Suharto,  32 tahun. Bermula daripada rampasan kuasa
tentera. Sejak  itu  rakyat 
kehilangan kebebasan bersuara. Parti politik  dibenar 
hanya tiga  parti, Golkar, Parti
Persatuan Pembangunan (3P) dan  Parti
Demokrasi Indonesia (PDI). Parti-parti kecil harus memilih bergabung dengan
salah satu daripada tiga parti itu. Dasar perjuangan ditentukan pemerintah.
Majalah, suratkhabar yang  mengkritik
pemerintah diharamkan. Aktiviti keagamaan  diseleksi, dibenar hanya   yang cocok dengan pemerintah sahaja . 
Sehingga  dicipta
lucuan. Kalau sakit gigi, mahu cabut gigi, pergilah ke Singapura. “Kenapa harus
ke Singapura?”  tanya pesakit. “ Di
Indonesia tak benarkan   buka mulut”-Bisa dihukum. 
Tahun 1998, ( serentak dengan Malaysia)  reformasi meltus, rakyat keluar  ke jalan raya. Suharto tumbang. Jusuf  Habibie mengambilalih sebagai Presiden
Republik Indonesia- tak lama, kerusinya diganti Abdulrahman Wahid atau Gus Dur.
Kyai mursyid Nahdatul ulama (NU) itu membuka kunci  kebebasan bersuara seluas-luasnya kepada
rakyat. Mulut rakyat yang terkunci selama 
32 tahun terbuka. Rakyat dapat bersuara.  
Peluang  ini digunakan
sebaik mungkin oleh rakyat. Semua golongan menuntut hak. Sosial, budaya bahkan
agama.  Kerajaan terpaksa melayani  kerana 
kejayaan menumbangkan orde baru- Suharto 
didokong  majoriti  rakyat Indonesia tanpa mengira  kelompok. Kesan negatif   kepada Islam ialah suburnya liberalisme,   pluralisme dan Islam Nusantara.  Tumbangnya orde baru, ikut tumbang ialah
mereka yang mendapat manfaat dari kerajaan terdahulu  dengan cara salah  seperti korupsi, penyelewangan, salah guna
kuasa dan sebagainya. 
Selepas Gus Dur,   tiga
presiden Indonesia bergantian di tampuk kuasa. 
Pintu kebebasan bersuara yang dibuka 
seluas-luasnya Almarhum Gus Dur 
berterusan,  Megawati, Sisilo
Bambang Haryiono (SBJ)  dan Jokowi tidak
menguncinya. Kehidupan rakyat bertambah baik,   ekonomi Indonesia terus meningkat  dari sebelumnya.   Korupsi 
diperangi habis-habisan. Indonesia muncul sebagai sebuah negara disegani
di rantau ini. 
Berbalik kepada Malaysia. 
Pakatan Harapan (PH) yang memerintah negara   adalah 
dari kalangan mereka yang berjuang 
berslogankan   kebebasan bersuara.  Sejak zaman reformasi  (1978), era siri gelombang BERSIH sehingga
sekarang  tak berubah.  Setiap rakyat punya hak bersuara seperti
termaktub dalam  perlembagaan Malaysia .  
Tak terkecuali, LBGT juga bersuara. Isu tandas pondan pun
diviralkan. Pondan ini bukan baru dalam masyarakat kita, zaman dun takala mula
sudah  wujud, setiap kampung ada pondan.
Dipanggil juga mak nyah, bapok, fiqah Islam menyebut kunsa, sekarang popular  sebagai LBGT. Dahulu pondan ini tersisih dari
masyarakat, kalau bertamu ke rumah, duduk di jemuran atau serambi . Sekarang
berubah,   dengan semangat zaman,
ada  pondan  berjaya memasuki  universiti, jadi peguam. Bila dikalangan
mereka ada yang berpendidikan tinggi, tercetuslah idea untuk melantik seorang  ketua untuk menjaga kebajikan golongan mereka.
Baru-baru ini ketua pondan  bertemu
Menteri  Agama, Dr Mujahid Yusof Rawa.
Cyebertopper pun menulis di facebook; 
Mujahid Yusof Rawa menteri  jaga
LBGT? 
Terdapat juga dari kalangan agamawan  mengutip berita bersumber cybertopper sebagai
berita benar, kemudian menyebarkan ”fitnah” itu di majlis-majlis  kuliah mereka, bahkan sehingga dijadikan teks
khutbah aidil adha  oleh musuh-musuh
politik kepada kerajaan.  Sepatutnya, golongan
agamawan datang berjumpa menteri agama. Apa benar   Kerajaan Malaysia mengizinkan pondan  kahwin sejenis?.  Agamawan dihormati dalam masyarakat,  tak wajar  mengambil berita yang tak pasti. 
Jangan disalahgunakan kebebasab bersuara! 
 Kebebasan bersuara ini
 menjadi kejutan kepada ramai rakyat
Malaysia  yang tidak terbiasa dengan  situasi dan kondisi seperti itu. Kelmarin
saya bertemu dengan seorang pegawai  penyiaran
diari Kuala Lumpur.  Beliau memberitahu “
kami boleh menyiarkan  berita  pembangkang disamping berita kerajaan. Tiada
arahan daripada Menteri Komunikasi melarangnya. 
Dahulu, di zaman BN, dibenar tayang hanya berita BN, berita pembangkang
boleh,  tetapi  yang negatif  sahaja”.  
Facebook dianggap media paling cepat berkembang dan mesejnya
sampai ke sasaran dengan pantas. 
Tulisannya tanpa diedit  pihak
lain. Penulis itu sendiri menulis, masukkan foto  kemudian posting. Mereka menulis apa sahaja  terlintas di fikiran . Atas nama kebebasan
bersuara, mereka  berjaya,  berpuas hati dan tampak bergembira  tetapi di hati nurani berdukacita. 
Saya salute kepada seorang kawan. Menjelang PRU14 kelmarin
beliau antara pengkritik paling pedas terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad dan
Pakatan Harapan. Usai PRU14, PH menerajui kerajaan, beliau mendiamkan diri. Tiada  lagi tulisan kritikannya. Tiada lagi
suara  menjelekkan  politikus PH. Saya bertanya beliau,
jawabannya  “ Saya menghormati  pilihan majoriti rakyat Malaysia  - undi PH. Saya seorang demokratis  tulin”. 
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker