Amanat Haji Hadi -wartawan tersilap orang
Gambar pakcik  pernah masuk suratkhabar? Seorang   lelaki sekitar 30an tiba-tiba  bertanya seorang tua yang berdiri di kaki lima   sebuah kedai
berhampiran terminal  teksi  Kota Bharu. Orang tua berkopiah putih, berkain
pelikat itu terpinga-pinga,  hairan.
Tak  faham maksud pertanyaan itu.
“Pakcik mahu gambar pakcik masuk akhbar?”  lelaki itu mengulangi pertanyaan, kali ini seperti
  separuh mendesak.  “Seumur hidup muka pakcik tak pernah masuk
suratkhabar” kata orang tua itu.  
“Kalau begitu, jangan lepas peluang,  rebutlah  tawaran saya, dan besok muka pakcik terpampang
dalam akhbar. Satu Malaysia  
akan dikenali pakcik”.
Lelaki itu kemudiannya memperkenalkan diri,
wartawan suratkhabar  penyambung lidah Melayu   tertua di Malaysia  ,  sambil menunjukkan kamera di dalam bag
sandangnya serta kad media tempat beliau 
bekerja. 
 “Pakcik  perlu menjawab hanya satu soalan, kalau
jawapan itu bertetapan dengan agenda suratkhabar kami, wajah pakcik akan
dipotretkan, dan insyaallah besok akan keluar suratkhabar”. Ujar wartawan itu
separuh sombong. 
“Kami  mahu tahu pendapat pakcik tentang “Amanat Haji
Hadi”. Benarkah amanat itu telah memecahbelahkan umat Islam?”  tanya sang wartawan.
“Amanat itu sudah 31 tahun berlalu.  Setahu pakcik, Haji Hadi mengupas tentang batas-batas
iman dan kufur, petikan daripada kitab Mustika Hadis (Jawi)  yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri (JPM)
cetakan tahun 1973, kitab itu diberi kata 
pengantar Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussain, tapi Perdana
Menteri selepas itu seperti Mahathir dan anaknya sendiri Najib Tun Razak tak
baca”.  Jawab  pakcik berkopiah putih.
“Kalau tak percaya, tuan boleh pergi
perpustakaan JPM, cari buku Mustika Hadis, pasal 18 - Yang Membatalkan Islam,
muka surat 358 dengan jelas pengarang itu mengatakan; Memperolok atau mengejek
sesuatu hukum yang sudah jelas diketahui dalam Islam, dan disebutkan nasnya di
dalam al-Quran, di mana mereka yang melakukan perbuatan tersebut bermakna
mereka memperolok-olok, dan mengejek-ejek Allah dan Rasul-Nya, dan kitab-Nya,
atau memperolok-olok dan mengejek-ejek orang -orang yang beriman disebabkan
keimanan mereka…(batallah Islamnya)  ”.
Tambah pakcik kopiah putih.
“Cukup, cukup. Saya tersilap orang. Pergi
dulu ya pakcik”. Kata wartawan penyambung lidah Melayu dengan hampa.  
No comments:
Post a Comment