Ditakdirkan Umno tumbang, orang Umno mahu
ke mana?
Tak salah melontarkan pertanyaan
demikian,  kerana kita diajari bahawa
yang dinamakan mahkluk itu akan musnah, yang awal akan berakhir, yang hidup
akan mati, yang kekal abadi hanya Allah SWT.
Setiap yang berlaku seringnya Allah menghadirkan
tanda-tanda terlebih dahulu, sebelum hujan turun langit mendung, sebelum taufan
Sunomo menyerang pergerakan angin luar biasa di lautan lepas dikesan, sebelum
manusia menemui ajal, tanda-tanda tertentu pada badan dan tingkahlaku
seseorang  dapat diketahui bagi mereka
yang arif. Demikian sunahtullah!
Organisasi politik dan institusi
pemerintah    juga tak terkecuali, pasti akan
tiba suatu saat ajalnya tiba.  Namun  ajal tak datang  secara tiba-tiba, sebaliknya menerusi proses
masa yang agak panjang. Ketika proses masa berjalan itulah menjelmanya pelbagai
tanda-tanda awal yang diperlihatkan Allah SWT bagi  mereka yang berfikir bertujuan agar setiap
orang bersedia mencari alternatif  lain
untuk menggantikan yang bakal hilang. 
Lihat saja parti-parti dunia yang dulunya
perkasa seperti parti Kongres di India, parti Golkar di Indonesia, mereka
memerintah puluhan tahun, akhirnya kecundang di tangan parti-parti yang
sebelumnya mereka anggap  remeh   seperti tikus melawan  gajah. 
Umno juga ibarat warga emas yang uzur, penyakitnya
datang silih berganti. Rakyat mengetahui penyakit yang dihidapi parti itu sudah
lama , tetapi menjelang PRU 13 penyakitnya dapat dikesan satu persatu sehingga
tampak dengan jelas seperti doktor pakar melihat penyakit pesakit melalui mesin
scan atau x ry, wujud  ketumbuhan di sana   sini- parah sekali. Oleh Umno diusahakan
 pelbagai ihktiar, diberi  ubatan dan suntikan namun keberkesanannya
sangat tidak memberangsangkan. 
Seperti juga pesakit, bila sudah sampai
tahap  kronik, ubat  tidak lagi berguna,  kondisi badan tidak dapat  menerima 
suntikan dan ubatan, bahkan makanan, minuman juga ditolaknya. 
Dan ketika itu berkumpulah kaum keluarga, sanak
saudara, terutama waris terdekat untuk menyaksikan detik terakhir keberangkatan
“orang tuanya” pulang ke pesemadian dengan teriak tangis. 
Analisis politik mengatakan;  kedudukan Umno/BN sekarang 50-50.  Justeru  sebagai sebuah parti yang membentuk  kerajaan, angka itu  mengambarkan kelemahan yang ketara, bahkan
tidak pernah  berlaku dalam sejarah 60
tahun Umno/BN memerintah Malaysia  
diberikan kedudukan 50-50. Selalunya 70-30 atau kurang.
Sejak Malaysia   mencapai kemerdekaan,
negara sudah 12 kali melalui proses pilihan raya umum.  Pada kempen pilihan raya umum sebelumnya
kelompok oposisi yang belum benar-benar bersefahaman hanya sekadar meminta
pengundi  mengundi untuk  menjadi 
pembangkang yang baik di parlimen. Kemudian pada PRU 12 meningkat  setingkat lagi iaitu  mahu menafikan majoriti  dua pertiga dan ternyata berhasil.
Hanya baru kali ini (PRU 13) gabungan parti-parti
 oposisi yang lebih mantap mengklimkan
mahu  menduduki  Putrajaya, dan usaha ke arah  mencapai matlamat itu bermula  beberapa tahun lalu, dan momentum itu terus  kekal.  
Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, sore 12
Januari 2013  menambahkan  satu lagi bukti,  rakyat benar-benar mahu melakukan perubahan
segera, dan jawapannya hanya dengan menumbang kerajaan Umno/BN. 
Sehingga ada orang  mengatakan; Pakatan Rakyat (PR) sekarang
ibarat kapal berada di muka kuala. Pelayaran melewati sungai yang berbengkok-
bengkok, kawasan yang cetek dan bongkah-bongkah batu serta  air terjun yang berbahaya   sudah diharungi dengan jayanya. 
Umno/BN dilihat dalam kondisi cemas,  namun kelengkapan perang mereka masih utuh,  jentera  perang masih upaya  meneruskan bedilan  hebat. Saban hari ada saja tembakan baru, isu
baru, malah isu lapok yang sudah basi seperti “Amanat Haji Hadi” pun  digunakan,  hanya sekarang sedikit  reda kerana barangkali mereka tidak menjangkakan
senjata itu memakan Umno sendiri. 
Generasi muda Umno barangkali tak tahu, “Amanat
Haji Hadi” yang didendangkan 31 tahun 
dulu bertujuan untuk menyedarkan orang Umno/Islam  ketika itu yang mengatakan  sistem politik tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Politik suku agama suku menjadi mainan 
pemimpin dan pendokong Umno setiap kali berceramah. Hasilnya, sesudah
amanat yang kontroversi itu maka hari ini tiada lagi orang Umno berani
mengatakan politik suku agama suku. 
Umum mengetahui,  tugas menyampaikan dakwah bukan hanya terletak
di bahu PAS saja, seharusnya mufti-mufti dan alim ulama terutama dari  Umno turut  melakukannya, tapi mereka mendiamkan diri.
Sebaliknya bila Tuan Guru Haji Hadi Awang memberitahu tentang  batas-batas iman dan kufur,   dituduh  
Haji Hadi sesat, bukan  berterima
kasih.  
Sesiapa terketut, batallah wududnya. Tiada
siapa yang marah dengan kata-kata itu. Semua mengakui jika terkentut mesti
ambil semula wudud,  orang Umno boleh
terima orang PAS, PKR boleh terima, tapi bila mengatakan “ Sesiapa menghina
hukum Islam, batallan imannya” hanya orang PAS saja boleh terima, sebaliknya
Umno menolak dengan marah.  Mengapa
terjadi demikian?  
No comments:
Post a Comment