Awas cara berkempen membahagi
gula-gula getah 
Sejarah sentiasa   releven dengan semua zaman!  Anjang, 
Orang Asli dari Gua Musang yang tinggal jauh di pendalaman, suatu hari
ketika pilihan raya kecil DUN Galas, didatangi tukang kempen Umno. 
“Pakcik Anjang, buat apa pakcik
undi Bulan Purnama, parti itu tak mampu menghadirkan pembangunan untuk negeri
kita. Hanya Dacing yang boleh  menolong
rakyat dengan menyediakan pasarana  untuk
kemudahan rakyat”. Kata si tukang kempen.
“Nak tanya Pakcik Anjang,
hospital, klinik, sekolah, jalanraya siapa bina?”
“Kerajaan Pusat.” Jawab Anjang.
“Ya. Pakcik Anjang sendiri telah  membenarkan kata-kata saya tadi. Kerajaan
Pusatlah yang menyediakan  pembangunan 
kepada negeri ini bukannya Kerajaan Negeri. Oleh itu sebagai  membalas jasa-jasanya, Pakcik harus mmemangkah
Dacing” kata tukang kempen Umno.
Si tukang kempen pun beredar,
hatinya puas dapat mempengaruhi  Anjang
dan  yakin Anjang dan keluarganya menukar
Bulan Purnama kepada Dacing. Galas akhirnya jatuh ke tangan Dacing.
Setahun selepas itu, kebetulan si
tukang kempen tadi bertemu saya dan menceritakan uslub kempen itu. Saya marah
kepadanya kerana membohongi pengundi kerana  urusan membangun klinik, hospital, sekolah,
jalanraya adalah tanggungjawab Pusat, bukan Kerajaan Negeri. 
“Saya pun tahu, tapi inilah
kebijaksanaan berkempen”.  Katanya sambil
ketawa. 
No comments:
Post a Comment