Apakah perbuatan ini wajar dilakukan?  
 Bila   menjemput tetamu ke rumah, menjamu mereka
makan seadanya, kemudian saat tetamu mahu berangkat pulang diberinya sedikit
ole-ole sebagai tanda ingatan. Itulah sebenarnya budaya orang Melayu sejak
zaman berzaman yang  menjadi kebanggaan
kita yang bernama Melayu. 
Kini  budaya terpuji itu sudah runtuh. Tangan yang
meruntuhkan ialah Umno. Ole-ole yang diberikan kepada tetamu tidak lagi ikhlas,
ada udang disebalik batu.  Sebelum
oleh-ole disampaikan, si penyampai terlebih dulu berucap memberitahu  kepada 
sekelian tetamu perihal kejelekan orang tertentu dan minta waspadai
jangan terpengaruh dengan si goblok itu. 
Itulah yang berlaku di
sekolah-sekolah khususnya di negeri Kelantan sekarang. Mereka menjemput  warga miskin datang untuk  menerima sumbangan bantuan RM100 yang akan
diberikan kepada setiap murid, kemudian menggunakan  kesempatan itu mengutuk pihak tertentu.  
Tak salah menerima sumbangan itu,
kerana wang diberikan adalah kepunyaan kerajaan, tetapi cara ahli politik
kampungan  berucap mengutuk pihak lawan
politiknya di hadapan murid dan ibu bapa 
yang meskin adalah sesuatu yang 
sangat bertentangan dengan norma-norma budaya Melayu. 
Apakah kerana kita miskin,  sang egonis 
kaya itu bisa melakukan apa saja semahu-mahunya terhadap kita?  
No comments:
Post a Comment