Sesuatu itu terjadi atas sebab
musabab
Seorang wartawan bertanya Ali
Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.  “ Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?”  Jawab pria 40an yang juga Mantan Ketua Pemuda
Umno desa tersbut “ Kerana Haji Lah Geting”. Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting
 yang juga mudir pondok pesantren terkenal
itu adalah seorang pendokong  tegar Umno di
desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon  keluar Umno. 
Maka terbongkarlah ceritanya.  Suatu malam, tahun 2012,  Ali Lizon  hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya.
Diantara penceramah dijemput  ialah Haji Lah
Geting. Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang  mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno
kalau tidak Haji Lah Geting  dan seorang
lagi Mad Nor Deris. 
“Apa Haji Lah Geting  kata kepada Nik Aziz? Tanya wartawan
“Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana
berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan
kepada Tuan Guru” Ujar  Ali Lizon 
Benar kata orang bijaksana,
sesuatu itu terjadi di atas  sebab
musabab! Setelah Ali Lizon mendengar cercaan dan maki hamun yang dahsyat oleh
sang penceramah Umno itu, hatinya berdetap detup, dadanya berombak dan gelora keinginan
untuk mengenali Tuan Guru Nik Aziz dari dekat menerjah datang secara tiba-tiba
seperti tsunami melada Acheh 2004.   
Sejak  peristiwa itu  Ali Lizon  bersama isterinya tak pernah absen hadir
mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz bila Menteri Besar itu datang berceramh di
sekitar daerah tempat tinggalnya. Bahkan kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz setiap
pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, juga beliau hadir sekali sekala walaupun
jauh dari desanya.  
Dengan sifat Tuan Guru Nik Aziz
yang lemah lembut, tidak pernah meninggi diri berserta ilmu yang diajar dan
difahaminya sangat kontradiktif  dengan
apa yang disampaikan Haji Lah Geting, baru Ali Lizon  faham, tuduhan mengatakan Tuang Guru sesat,
munafik adalah karut dan fitnah kubro semata-mata. 
Tiga bulan sepelas itu Ali Lizon
Isa, isteri, emaknya Che Som Mamat, 11 adik beradiknya  bersama  100 pengikut menyerahkan borang sertai PAS
kepada Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud di sebuah pentas ceramah
yang diadakan di desa itu tanggal 27 Januari 2013.   
No comments:
Post a Comment