Mereka mengelirukan kalimah Allah
40  tahun lampau, ketika  kanak-kanak, masih ingat desaku   Peringat yang damai. Warganya  multi- etnik. Melayu, Cina hidup harmoni. Sebahagian
 orang Cina memakai kain pelikat   dan bersemutar ( serban) seperti orang
Melayu, turun ke sawah tanam padi, dan sebahagian lagi  berniaga. 
 Dari
kalangan kaum Cina yang membentuk 25 peratus warga Peringat salah seorang
dikatakan  generasi pertama berhijrah
dari benua China ke Kelantan membuka  
kedai ubat Cina di pasar Peringat (pasar lama),  lelaki yang sudah lama arwah itu  akrab dengan sapaan  Tok  Goh
Sa. Nama sebenar tak diketahui. Sedang perkataan “Tok” itu   bukan
nama Cina, tapi panggilan beradat orang Melayu Kelantan kepada orang lebih tua
tanpa mengira kaum. 
Setiap kali beliau   keluar
dari  kedainya dan duduk santai di
halaman, jika kebetulan kami disitu, tak lepas peluang datang menghampirinya
semata-mata  mahu mendengar bicara  beliau 
yang terlalu pekat kecinaan-melayunya. Masih ingat, perkataan yang
sering disebut ialah  “Tuhan nallah”. Lucu
bunyinya,  seorang non-Muslim menyebut
“Tuhan nallah (Allah)” Tetapi kemudiannya kami menjadi lali, warga desa juga
demikian. 
Sebenarnya bukan Tok Goh Sa saja yang
menyebut nama Tuhan  dengan kalimah Allah,
ramai lagi non-Muslim termasuk penganut agama Sikh, Bahai, menyebut nama Allah,
bahkan penganut  agama Qadiani (Ahmadiah)
juga terang-terangan menyebut nama Allah.  Rumah ibadat Qadiani di Kg.  Nahkoda, Batu  Caves  ,
Selangor malah menamakan Baitulrahman. (Qadiani yang diasakan Mirza Gulam Ahmad
diisytiharkan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai non-Muslim).
Penggunaan Kalimah Allah  mengantikan God atau Tuhan dalam Bible menjadi
isu besar sekarang. Kerajaan Umno/BN melarang daripada digunapakai, kecuali
bagi negeri Sabah dan Sarawak . Lebih keras
ialah kata-kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Nooh
Gadot bahawa pihak yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan
masyarakat non-Muslim dan Bible bahasa Melayu boleh jatuh kufur dan murtad.
(Sinar Harian -13 Januari 2013)
Berasaskan kata-kata Nooh Gadot itu,  pihak yang membenarkan penggunaan kalimah
Allah bagi negeri Sabah  dan Sarawah telah  jatuh kufur dan murtad sekiranya dikalangan mereka
itu orang Islam. Siapa orang itu?  Tentu  bukan orang PAS kerana dua buah negeri itu
diperintah Umno/BN. 
Bagimana pula dengan penganut agama lain
seperti Qadiani, Sikh, Bahai?
No comments:
Post a Comment