Oleh: Rossem
Tertarik dengan tulisan penulis veteran Pak Subky Latif
dalam Harakahdaily baru-baru  ini “Usah
pedulikan Pas dan usah tunggu Pas”. Merujuk kepada usaha-usaha Pakatan Harapan
mengajak Pas bersama parti-parti tersebut 
menghadapai  PRU ke 14  nanti agar tidak berlaku pertembungan tiga
penjuru. Tulisan beliau  mudah difahami,
jika masih ada yang tak falam sesudah 
membacanya,  ada masalah, harus
berubat. 
Subky menekankan, kehadiran DAP dan Amanah dalam
pakatan pembangkang menjadi 
penyebab utama Pas enggan bersama
pembangkang."Sekalipun Mahathir dan Anwar dapat cantumkan otak mereka yang
bergeliga itu, Pas tetap macam sepat tak makan pancing berumpan emas. Biar
kucing bertanduk, cacing dapat telan ular, Pas bersama rakan-rakannya selesa
bersendiri. Justeru, "Pembangkang buatlah apa yang patut! Jangan buang
masa menunggu Pas!" kata Pak Subky.
Penulis Memoir
Kewartawanan “Anak Apak” dan buku lanjutannya “Propagandis Zaman (PZ)” memang
saya kagumi sejak dahulu. PZ setebal 670 muka surat. Saya sudah membacanya.
Cepat khatam kerana Pak Subky Latif  sebagai   perakam sejarah tanahair, seorang wartawan
aktif sejak 1963 sehingga awal 80an,  banyak
peristiwa dilaluinya ditulis, saya seronok membaca kerana sebahagian daripada
cerita yang ditulis itu berlaku di zaman saya remaja, seperti konfrantasi
Indonesia- Malaysia atau Gayang Malaysia, pembentukan Malaysia, pemberontakan  Azahari di Brunei, gagasan Maphilindo dan
banyak lagi. Nama-nama yang disebut, adalah nama-nama yang tak asing lagi
kepada saya di zaman remaja, pembaca berita radio Malaya ketika itu  sering menyebutnya.
Pengalaman menjadi
wartawan kemudian dibukukan sehingga  dua
judul (Anak Apak dan Propagandis Zaman), mencecah lebih 600 muka surat setiap
satu.   Hakikatnya beliau seorang penulis
yang bukan calang-calang.  Dengan menggunapakai
 bahasa kewartawanan yang mudah difahami,
ramai pembaca tertarik, bukunya laris, ramai peminat bertanya, di mana mahu
mendapatkan naskah itu.   Buku “kisah pengalaman” seumpama itu yang
paling tebal pernah saya baca ialah buku “Hidup Tanpa Ijazah” karya penulis
Indonesia Ajib Rosidi. Buku terbitan Pustaka Jaya itu tebalnya 1330 muka surat.
Satu kali ganda dengan ketebalan buku PZ. 
Manakala buku yang paling berat ialah “Melakar Sejarah Kelantan” karya
Wan Ramli Wan Muhamad.  600 muka surat
dengan berat timbangan dua kilo.
Suatu sore, kebetulan saat  minum teh di warung, singgah   salah seorang
pemimpin Pas peringkat negeri  Kelantan
bergelar Dato’  , lalu kami minum
bersama. Dato’  itu bertanya pandangan
saya tentang Amanah. Kurang pasti samada beliau  mahu mengetahui  tentang posisi saya masih istiqomah bersama
Pas atau sudah berhijrah kepada  Amanah.  Secara jujur saya nyatakan, saya tak suka
perpecahan berlaku dalam jamaah seperti 
terjadi  sekarang.  Pendirian saya, tak mahu melukakan hati
sesiapa lewat percakapan atau tulisan, samada  orang Pas atau Amanah. Bahkan bila penyokong
Pas dan akhbar rasmi Pas memanggil 
Amanah itu PAN, saya sedih.  Bukankah
Islam menegah memanggil  nama-nama   yang jelek, apa salahnya memanggil Parti
Amanah Negara dengan nama rasminya iaitu Amanah sepertimana dicatat dalam
pendaftaran parti.  
Saya cadangkan kepada  beliau (walaupun sudah terlambat),  carilah “orang lama” dalam Pas yang
disegani,  minta tolong   menjadi
orang tengah, berunding agar yang bersengketa  bertaut kembali, lupakan peristiwa hitam  dahulu.  Disamping itu kita kerah jamaah  diseluruh negara bersolat hajat, mohon kepada Allah
SWT lapangkan dada, jernihkan fikiran, buang egonisme, datangkan  keinginan 
untuk kembali berbaik-baik. Kalau masalah  lain kita boleh kerah bersolat hajat pada dini
hari, hatta masalah umat Islam luar negara seperti Gaza atau baru-baru  ini solat hajat   RUU355,
kenapa untuk mempertautkan silaturahim tak boleh, walhal dituntut oleh Islam.
Saya tak respons, ketika pemimpin Pas bertanya, saiapa
orangnya yang layak mendamaikan yang bermusuhan itu. Kemudian dia sendiri
memberi jawapan “ Seingat ana, Veteran Pas yang masih ada dan disegani hanya
Pak Subky Latif”. 
Hakikatnya, sebagai parti berasaskan gerakan Islam, Pas
mampu berdiri sendiri. Salah satu parti Islam terkenal di Pakistan ialah Jamaat
-e- Islami  yang diasaskan Almarhum Sayyid
Abul Ala Maududi, kendatipun  tak pernah
berjaya  membentuk kerajaan, tetapi parti
itu tak mati , setiap kali pilihan raya umum lima  atau enam kerusi  ditangan mereka. Satu lagi Jamaat -e-Islami
Bangladesh.  Sesiapa berhajat  mahu memerintah negara  jangan masuk parti itu. Carilah parti lain. 
No comments:
Post a Comment