Oleh: Rossem
Tun Dr Mahathir Mohamad seorang pemain politik yang pintar.  Kalau ia seorang pemain bola sepak,
kepintarannya melicik bola menyukarkan pihak  lawan, tendangannya mengelirukan penjaga
gawang. Darihal  kepintaran dan  kebijaksanaan si tokoh ini   diakui
sendiri oleh Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat “cuma kepintaran
beliau  tidak banyak memihak kepada
Islam” kata TGNA. Orang  bijak seperti
TGNA sahaja dapat mengenali orang bijak! 
 Mahathir menjadi
“guru politik” kepada ramai  politikus
Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak. 
Namun sebagai seorang guru yang bijaksana dan berpandangan jauh , tak
semua ilmunya diturunkan kepada anak murid. Seperti juga guru silat, 10 jurus
dipunyai  sang guru, cuma 9 diberikan
kepada murid. Satu jurus lagi disimpan untuk 
melipatmaut jika anak muridnya menderhaka,  atau dikeluarkan dikala terdesak. 
Bukan sahaja kita di Malaysia terkejut, negara luar juga
terkejut. Sempat menonton berita TV3  sehari selepas majlis angkat sumpah sebagai
Perdana Menteri ke 7 Malaysia, klip video menunjukan Presiden Amerika, Donald
Trump mengucapkan tahniah di atas perlantikan 
Dr Mahathir dari kamar pejabatnya dengan wajah antara senyum  dan takjub. Presiden Indonesia, Jokowi
bercakap sendiri lewat telefon, akrabnya rakan serumpun.  Presiden Singapura tak sabar untuk bertemu
Mahathir.
Memang aneh,  lelaki dalam
usia 93 tahun  dipilih sebagai Perdana
Mnteri lewat demokrasi. Lebih aneh lagi, ini jawatan kali ke dua cuma  berbeda pentas parti, dahulu Umno kini Pakatan
Harapan. 
Tiada siapa terfikir, Mahathir kembali mentadbir Malaysia. Dua
puluh lima tahun  lalu, beliau pernah
menyebut ,  tahun 2020 Umno akan mengalami  zaman suram, kemerosotan sokongan
gara-gara  politik wang yang berleluasa.
Tak sampai 2 tahun tempuh masa diberikan , tanggal 9 Mei 2018, parti utama milik
orang Melayu itu  tersungkur, kehilangan
kerajaan Pusat yang dipegangnya selama 60 tahun. Kalau Mahathir seorang ulama,
ungkapan itu bagaikan kata-kata keramat seorang “wali” yang punya ilmu kasaf. Namun
beliau bukan seorang “wali” menurut pengertian agama. 
Tentang Mohamad bin Sabu atau Mat Sabu. Sumbangan Mat Sabu
kepada PAS sangat besar,  energi, fizikal
dan mental  dicurahkan  kepada parti Islam itu hampir 40 tahun,
bahkan sehingga pernah di tahan di bawah ISA. Di jerjik besi kemunting beliau tinggal
sekamar dengan Karpal Singh. Banyak kisah lucu diceritanya saat  beliau sekamar dengan peminpin DAP.  Saya dapat bayangkan  kamar sepi itu ! Ceramah beliau dahulu  banyak menyebut kisah ini. 
 Tahun 1980an,
dianggap zaman meleset  bagi PAS, kerusi
parlimen yang diraih parti itu  sekitar
tujuh atau  lapan kerusi parlimen.  Mat Sabu  menghidupkan kembali  suasana ceramah . Orang  akan bertanya “Siapa penceramah malam ini?”  Kalau bukan Mat Sabu yang berceramah, orang
tak berminat datang , jika Mat Sabu, jumlah yang hadir mencercah  ribuan. 
Pidatonya  bergegar,
diselit  kelucuan dan berseling seli
dengan takbir.  Mat Sabu berjaya menarik
orangramai  datang mengikuti ceramah PAS,
sehingga Umno/BN mengelar  Mat Sabu Ayam
Tambatan PAS. Kerana popularitinya sangat menonjol, ada usaha untuk  menjelekkannya dengan  dilempar perbagai  skandal , namun gagal membuktikan. 
Setelah Mat Sabu keluar dari PAS, menubuhkan parti Amanah,
beliau dicemuh pula rakan-rakan lamanya daripada PAS  dengan kata nesta. Allah itu Maha Kaya, Parti
yang dipimpin Mat Sabu  bersama komponen
yang lain berjaya membetuk kerajaan  di Putrajaya,
tuah ayam pada taji, tuah Mat Sabu dapat jadi menteri.
Rakan-rakan lamanya terus menyinis,  kalau setakat mahu jadi menteri,  kami juga boleh jadi menteri , tetapi  itu bukan pilihan utama kami,  perjuangan Islam lebih utama  ketimbang jawatan  menteri. Lalu teringat kata-kata Almarhum Tok
Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA); kita masuk pilihan raya nak kerusi (menang), bila
dapat banyak kerusi, boleh memerintah, bila memerintah kita ada kuasa, dengan
kuasa itu kita tegakkan  syariat Islam. 
Mereka terus berhujah; 
selagi bersama DAP,  syariat Islam
akan dihalang daripada dilaksanakan di Malaysia. Semua orang tahu, sejarah tak
pernah bohon g,  Islam memang dihalang
oleh non Muslim sejak  zaman Rasulullah
saw lagi, halangan itu berterusan sehingga kiamat.  Jika di dalam ada halangan, di  luar lebih banyak   halangan. Justeru, kesabaran , kebijaksanaan  mengolah tantangan semasa adalah pahala yang
mengalir seperti air sungai kepada setiap individu yang sabar, ikhlas dan
bertawakal kepada Allah SWT. 
Tentang Husam Musa, TGNA 
saat menjadi Menteri Besar 
Kelantan pernah mengungkapkan “ Husam dilahirkan bukan hanya untuk
Kelantan tetapi untuk Malaysia. Satu lagi sosok yang dicemuh khususnya di
Kelantan.  Daripada yang bergelar
pemimpin  sehingga pendokong bawahan
mengata Husam dengan pelbagai ungkapan  yang tak sepatutnya.  Allah Maha Kaya, parti gabungan Husam menang
dan membentuk kerajaan di Putra jaya. Walaupun Husam kalah  bertanding parlimen dan DUN di negeri
kelahirannya Kelantan, barangkali ada bahagiannya di pusat nanti. 
Sebuah parti baru- Amanah berjaya memenangi  11  kerusi parlimen daripada  27 kerusi dipertandingkan  satu kejayaan besar, berbanding dengan PAS
yang meletakkan 160 calon, hanya  memenangi
18 kerusi parlimen.  Hampir 80 peratus
kepimpinan Amanah menang di kerusi  masing-masing,
hanya Husam ( Kelantan) dan Raja Baharin (Terengganu)  tak bernasib baik kerana dua negeri pantai
timur itu dikebalkan  dengan tsunami  hijau. 
daftar slot online
ReplyDeleteslot resmi
situs judi slot online
slot gacor hari ini
agen slot terpercaya