Oleh: Rossem
60 tahun dahulu,  
tahun 1950an, kampungku hanya dihuni masyarakat yang punya tali
kekeluargaan antara  satu sama lain,
kalau terdapat orang luar, samada lelaki atau perempuan kerana mereka berkahwin
dengan  salah seorang warga desaku, cepat
menyesusuaikan diri dengan masyarakat , membentuk ikatan kekeluargaan, akhirnya
dapat diterima sebagai  orang asal
kampung  itu.
Berkerja  berasakan
gotong royong, daripada menyiapkan rumah hingga membuat /membaiki jalan  semuanya hasil titik peluh bersama warga
desa.  Kerangka rumah (Kayu)  memang dibangunkan oleh tukang rumah, bila tiba
kepada pemasangan  atap dikerah orang
kampung memasangnya,  dengan semangat
gotong royong bisa disiapakan  hanya
dalam masa satu hari,    tuan rumah hanya
menjamu makan  bubur caca. Sejenis bubur
yang  diperbuat daripada beras pulut,
sangat popular di Kelantan  zaman Malaya. 
Begitu juga membuat jalan baru atau membaiki jalan lama,
waktu itu jalan tanah, belum diturap dengan aspal,  ketua kampung 
atau orang  disegani di desaku
mengerahkan  orang -orang kampung  bergotong royong , masing-masing membawa
cangkul, kapak dan parang.  Kami belum
kenal jentolak.  Usai gotong royong
dijemu  bubur caca.  Hebat semangat kerja sama antara warga desaku
tahun sebelum merdeka dan beberapa tahun selepas Malaya mencapai kemerdekaan.
 Tahun 1958,
menyedari  desaku tak punya sekolah untuk
tempat anak-anak  warga  belajar 
khususnya diperingakat rendah, 
orang-orang kampung  bergotong
royong  membangunkan sekolah.  Sebuah penitia dibentuk,  almarhum ayahku termasuk salah  seorang penitia iaitu sebagai bendahari.  Setiap penitia dipertanggungjawabkan  mencari kayu 
di bukit bukau hutan rimba untuk membuat tiang, mencari buluh untuk
dinding, rumbia untuk  atap dan sebagainya.  Paku dan dawai sahaja beli.  Semantara lantai dibiarkan tanah, olehkerana
dipijak-pijak, tanah menjadi keras seperti simen yang dikonkrit. 
Di musim tengkujuh 
atau musim hujan, lantai tanah seperti bendang padi, lebih-lebih lagi
bila atap rumbia sudah mula tiris. Ketika itu, 
70 peratus murid-murid ke sekolah berkaki ayam, tak boleh  pakai sepatu, 
tak siapa yang melarang, cikgu pun pakai selipar Jepun.  Waktu itu selipar Jepun  cukup terkenal , buatan asli dari Negara
Matahri Terbit, orang miskin tengok keluar air liur, nak beli tak mampu,
harganya dikala itu RM2.50.  Mahal!
Tenaga pelajar atau guru disumbangkan oleh setiap penitia
tanpa apa-apa upah. Mereka mengajar secara percuma, hanya dijanjikan oleh
kerajaan, akan diserapkan sebagai guru tetap. Akhirnya janji dikotakan, setahun
kemudian  diberikan gaji sebanyak RM60
sebulan bersama tunggakan setahun. 
Guru-guru pun mula pakai motosikal 
Honda Belly atau skuter Lambareta 
ke sekolah.
Ketika itu tak ada pun orang kampung  bercakap 
tentang wakil rakyat, apalagi mahu meminta bantuan kepada Yang
Berhormat.  Masyarakat sedar , negara
baru mencapai kemerdekaan , menteri baru nak belajar bagaimana mengurus negara.
 Wakil rakyat  baru nak belajar pakai songkok senget.  Kewangan negara  tak mengizinkan untuk membangun ribuan  sekolah, menurap jalan raya seluruh negara  sekaligus. . 
Rakyat percaya keikhlasan menteri-menteri  kabinet dalam mengurus negara yang baru lepas
dari penjajah Inggeris. Justeru rakyat memahami dan tidak bersungut.  Rela 
melakukan sendiri , walaupun 
membina jalan kampung dan sekolah rakyat adalah tugas kerajaan. Jauh
berbeda dengan sekarang,  mangkok
tandas  pun minta dari wakil rakyat.  Tak pula terdengar , menteri  melesapkan wang negara waktu  itu.  
Berbalik kepada cerita awal tadi. Kampungku  kekal dalam situasi dihuni penduduk asal
sehingga tahun 1900, bila warga desa menjual tanah kepada pemaju perumahan ,
lalu berdirilah taman-taman perumahan dengan rumah-rumah teres di beberapa
tempat.   Kemasukan orang luar pun tak
terelakan.  Harga tanah semakin tinggi
saban tahun.  Keghirahan orang-orang  kampuang menjual tanah pusaka mereka  setinggi angan-angan wang yang bakal
diperolehi.  Tanah kemudian dipecah lot
kepada lot perumahan, dijual  lepas
sebidang sebidang, orang luar membeli tanah tersebuh kemudian mendirikan rumah
banglo yang besar dan megah. 
Sekarang (1917), penduduk asal kampung saya tinggal 50
persen.  Struktur masayarakat berubah total. Lalu teringat kisah yang pernah ditulis
Munsyi  Abdullah bin Abdul Kadir dalam
bukunya- Hikayat Abdullah (1849).  Ketika
itu  pada abad ke 18, orang Melyu
memiliki tanah yang luas di Singapura. Pendatang Cina dan penjajah
Inggeris  menawarkan harga yang tinggi,
lalu tanah itu dijual. Orang Melayu menjadi  kaya. Wang hasil jualan tanah dibelinya
kereta, olehkerana jalan raya belum banyak, hanya sekitar Kampung Gelam, kereta
akhirnya  menjadi  perhiasan di hadapan rumah.  Sekarang tinggal berapa helkar sahaja lagi
tanah milik orang Melayu di Republik Singapura. Kuasa politik bertukar
tangan.  Temasik tinggal kenangan.  Berputih mata. 
Ada lagi cerita Allahyarham Abdullah Munsyi yang tersentuh
nurani “ Sejak Singapura menjadi negeri, kain cita Eropah menjadi basahan, kain
sakhlat dibuat seluar, kain Bugis berkilat dan sapu tangan batek tercacang di
kepala. Ada yang berpayung sutera di tangan dan bercapal di kaki.  Mereka (Orang Melayu) bertutur bahasa
Inggeris seperti air mengalir. Kalau orang Inggeris  hendak bertutur bahasa Melayu dijawab dalam
bahasa Inggeris”.  Sekarang pun serupa!
Bahasa ibunda  seperti melukut di tepi gantang.  Kalau dahulu dilakukan sultan Singapura,
sekarang elit-elit politik bangsa Melayu sendiri.  Apa nasib bahasa Melayu akan datang,  wallahualam. 
Itu realiti  kampung
saya,  dalam  tempoh   40 tahun warga asal tinggal hanya 50 peratus.
Malaysia juga begitu, semakin surut dari masa ke semasa. 
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker