PAS-DAP Kawan atau lawan?
 Selagi dua sahabat karib itu
gagal dipisahkan, hati kita  tak puas,
tugas kita belum sempurna,  selagi
persahabatan mereka kekal  nyawa  kita dalam bahaya. Mahu atau tidak mahu, dengan
apa cara sekalipun kita harus cerai beraikan mereka kerana  kunci kemenangan kita  nanti bergantung kepada sejauh mana keakraban
persahabatan mereka. Ujar panglima-panglima perang dan pakar-pakar strategi
yang hebat-hebat dan banyak duit. 
Menyedari  itu maka panglima perang yang hebat-hebat itu
pun mengarahkan  media pro mereka
manfaatkan  kepakaran, antaranya
menjalankan  misi adu domba, fitnah
dan  mengitar semula isu lama bertujuan agar
 hubungan akrab antara PAS-DAP
beratakan.  
Isu yang sering
diratip  ialah DAP anti Islam. DAP  menentang pelaksanaan undang-undang hudud di
Malaysia. Isu kontroversi itu dikira boleh mempengaruhi pengundi Melayu
menjauhi PAS yang didakwa berselongkol dengan DAP. 
Bukti  kesungguhan 
pendokong Umno  mengangkat  isu ini mereka sanggup  mengupah pihak tertentu memasang kain rentang
di beberapa lokasi strategik di Kelantan. Pekerja upahan  ramai di negeri itu sekarang. Serahkan saja
tugas kepada mereka, nescaya mereka bereskan kerana matlamat mereka wang.  Bahkan di kawasan kubu PAS yang sebelum ini tiada
siapa  yang berani menaikkan bendera
dacing, kini sudah ada individu yang berani berbuat demikian waktu malam. 
Di  beberapa batang jalan  sekitar Pasir Tumboh, Kota Bahru,  tampak kain rentang bertulis hijau
berlatarbelakangkan putih.  “Haram orang
Islam berkawan dengan DAP kerana mereka kafir harbi” beberapa petikan ayat
al-Quran disertakan sebagai hujah. 
DAP sebuah
parti multi etnik, bukan orang Cina saja menjadi ahli parti, orang Melayu /
Islam juga ramai. Bagaimana perasaan orang Islam DAP   bila membaca tulisan itu?  Di Malaysia tidak ada kafir harbi, badan-badan
wewenang seperti majlis fatwa kebangsaan pun tak pernah diskusi dan
mengeluarkan pernyataan seputar ini. Justeru dari mana datangnya akar
pertuduhan itu?
Tak dinafikan,
Pengerusi DAP, Karpal Singh, pernah mempertikaikan pelaksaan hudud di Malaysia,
namun ia hanya berkisar  dari aspek
perundangan dan faktor Malaysia negara sekular. 
Karpal tak pernah menghina hukum hakam Islam selama memberi pandangannya
tentang undang-undang  yang terkait
dengan syariah Islam. 
 Sebaliknya kelompok itu menutup mata bila
Pengerusi MCA (BN), Chua Soi Lek beberapa kali 
mengeluarkan kenyataan yang terang-terang menghina hukum yang diturukan  Allah SWT seperti katanya “ Negara yang melaksanakan
hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak
selamat” (perhimpunan Agung MCA ke-59, 
21 Oktober 2012), Pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala
negara akan berdepan dengan kemusnahan jika hukum hudud dilaksanakan di
Malaysia” (Kuala Lumpur, 4 Disember 2012), anggaplah larangan Islam berjabat
tangan lelaki dan perempuan adalah nilai hina”(kempen Pilihan Raya Kecil Dun
Tenang, Johor).  Bahkan pemimpin Umno
sendiri seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apa kurangnya
dalam bab ini malah  sudah diketahui umum.
Klimiks dari
episod adu domba Umno berakhir tanggal 26 Januari 2013 bila Mursyidul Am PAS,
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat terbang ke Pulau Pinang dan mampir di
rumah Karpal Singh di Jalan Kebun Bungah. 
Seorang  bertongkat dan seorang lagi berkerusi roda
berjabat tangan, persahabatan bertaut 
malah lebih akrab. Media Umno/BN pun bungkam. Mata pemimpin Umno
terkebir-kebir,  air liur ditelan
terlekat di halkum. “Rencana kita untuk membikin mereka bergaduh gagal”
barangkali begitu  keluh mereka.  
Presiden PAS,
Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang pun menyanyi “Satukan perkara sama. Raikan
perkara berbeza” Bunyi seperti lagu Ramli Sarip tapi bukan Ramli Sarip.  Itulah lirik terbaik yang datang dari otak
yang cerdas.
 “PAS, DAP, PKR tak boleh bersama, pasti   berakhir dengan kehancuran” lagi-lagi usikan
pendokong Umno. Lalu Tuan Presiden yang bijak bistari menjawab “Kita sudah
buktikan, daripada mesyuarat bersama, berhimpun bersama (HKR) …”
Meskipun sudah
dijelaskan sejelas-jelasnya, namun lesung batu tetap berbunyi, pedas sambal
cili api terkena biji mata tak dipedulikan, pertanyaan dari pendokong Umno tiada
noktah, itulah  namanya  kempen pilihan raya, mahu menguji sejauh mana
kebijaksanaan dan kesabaran.   “Mengapa PAS berkawan dengan DAP, tidak  dengan Umno?”
Soalan seperti
itu tak perlu pimpinan tertinggi PAS di Kuala Lumur menjawabnya, serah saja pada
golongan akar umbi di kampung.  “Kami
pernah berkawan  dan tidur sekamar dengan
Umno (Barisan Nasional -Perikatan)  di
zaman Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussain, setelah Almarhum
meninggal dunia, Tun Hussain On diangkat Presiden Umno. Beliau kemudiannya
menendang keluar PAS  dengan bengis. PAS
rebah tersungkur di muka pintu, tinggal nyawa-nyawa ikan. Nasib baik  Allah masih sayangkan PAS dengan memanjangkan
usianya.  Setelah dirawat sekian lama,
menelan ubat dan vitamin akhirnya sehat walafiat. 
 Dengan tenaga dan  kekuatan  baru itulah PAS bangkit semula sehingga
berjaya merampas kembali Kelantan dari tangan Umno/BN tepat  jam 1.05 pagi Ahad, tanggal 21 Oktober 1990. 
Jawapan seperti
itu rasanya mudah difahami, namun masih ada lagi suara bertanya “Kenapa PAS
berselongkol dengan DAP?” Jawab pendokong PAS, ringkas “Kerana kami mahu
menumbangkan Umno/BN pada PRU13  ini”.
No comments:
Post a Comment