Mukadimmah bicara bagus,
hujungnya sebuah kekhuatiran
Kata-katanya separuh fakta,  tapi malang,
yang lain tak bersandarkan kepada Allah! Pagi kelmarin secara kebetulan minum
kopi bersama  seorang pegawai sebuah
agensi Kerajaan Negeri Kelantan. Pegawai itu sedang rancak bersembang  dengan dua lagi temannya ketika saya melabuhkan
punggung di sebelahnya setelah dipelawa salah seorang daripada temannya,  yang kebetulan teman  rapat saya. 
“Umno sudah rosak, sukar untuk dibaiki…”
Ujar pegawai itu. Opini itu   punya
persamaan  dengan  persepsi 
saya bahawa partai nasionais pragmatis Melayu tua bangka itu sememangnya
sudah rosak teruk. Kerana  persamaan itu,
lantas saya menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya.  Maka bertambahlah semangatnya untuk meneruskan
hujah ala parlimen kedai kopi. 
Ujarnya lagi“ Setelah sejumlah
wang  diagihkan kepada rakyat atas nama  BR1M, bantuan murid sekolah RM100 setiap murid
dan lain-lain, wang negara sekarang hanya berbaki sekitar 20 persen.  Ditakdirkan Umno/BN menemui ajal pada PRU13
ini, tugas kerajaan baru (Pakatan Rakyat-PR) amat berat.  Saya tak yakin, apakah  PR  berjaya
  menstabilkan kembali  ekonomi negara yang diporakperandakan Umno/BN  itu. 
Pegawai usia sekitar 40an itu melanjutkan
lagi hujahnya. Ia memberi contoh Mesir, setelah 
rakyat berjaya menumbangkan Hosni Mubarak yang memerintah negara itu
selama 30 tahun,  presiden baru diangkat,
ternyata presiden Mohamed Morsi tak
dapat menstabilkan ekonomi Mesir, akibatnya rakyat dilanda gelisah berat. Nama
pemerintahan baru tercemar.  
Perbahasan di kedai kopi tak sama
dengan di dewan rakyat, saya mencelah tanpa mohon izin speaker “ Kekhuatiran
yang tuan lahirkan itu, samalah seperti kekhuatiran yang pernah menganggu minda
sebahagian rakyat Kelantan pada 1990 ketika PAS mula mengambilalih pentadbiran
Negeri Serambi Mekah  dari tangan Umno/BN
pada pagi 21 Oktober tahun itu. Ketika itu  ada yang berkata; PAS hanya mampu bertahan
selama tiga bulan, selepas itu akan tumbang kerana kehabisan  wang untuk mengurus pentadbiran negeri, bahkan
membayar gaji kakitangan juga tak mampu”
“Bila tiga bulan berlalu tanpa
tumbang, golongan ini menaikkan kepada enam bulan, bila enam bulan Tuan Guru
Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat masih bersandar  di kerusi Menteri Besar,  mereka naikkan kepada setahun. Sekarang sudah
22 tahun kerajaan PAS tegak berdiri 
mentadbir negeri Kelantan  dengan
sukses dan berslogankan “Membangunan 
Bersama Islam” dengan izin Allah SWT. 
Saya tak tahu, apa tujuan pegawai
di sebuah agensi kerajaan negeri di Kota Bharu itu memulakan mukadimah bicara
yang saya anggap bagus sekali tapi penghujungnya sebuah kekhuatiran. Apakah itu
“saraf” Umno? 
No comments:
Post a Comment