Ulama “terompah
kayu”
Sekitar 90an,
di Kelantan, antara penceramah PAS paling  diminati    ialah Almarhum Ustaz Bunyamin Yakob. Hujahnya
mantap. Orang kampung  mudah menerimanya.
 Kaedah 
penyampaian  menggunakan bahasa orang
kampung. Kaya  dengan lojika berkias
bersulam humour menerjah nurani mendamparkan kebenaran sehingga Umno
terbungkam. 
Antara pernah
disebut  Almarhum ialah tentang kemunculan  ulama Umno lima tahun sekali menjelang Pilihan Raya Umum
(PRU).  Almarhum  mengelarnya   sebagai
“ulama terompah kayu”. Ketika itu,  saya
tak berapa kisah dengan istilah itu, anggap ia sebagai lucuan politik tanpa
berusaha mencari makna disebalik gelaran yang bunyinya  mengaibkan. 
Hari ini, dalam
tahun 2013 baru tampak dengan jelas, 
kata-kata Almarhum 20 tahun lalu  itu
 menjadi kenyataan. Umno melibatkan
“ulama” ini  dalam setiap kempen mereka terutama
melibatkan  negeri Kelantan.  
Ustaz-ustaz
yang diketahui sebagai menyokong  Umno
telah dinaikkan pangkat kepada ulama, yang 
muda bergelar ulama muda.  Ijazah “ulama”
dianugerahkan  oleh suratkhabar dan
televisyen propaganda  Umno/BN tanpa
majlis konvokesyen.  
Media akan memetik
kata-kata “ulama” itu untuk memburukkan  PAS dan 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang.   
Kelmarin Media
Meloya mewawancara  “ulama” lima tahun sekali itu,
meminta opini mereka tentang PAS. Maka jawab sang “ulama” itu dengan megah
“Haram menyokong PAS”. Sebelum ini ulama yang sama mengatakan “Haram berkawan
dengan DAP” . Kambing, lembu, kerbau, ayam pun ketawa berdekeh-dekeh. Yang tak
ketawa hanya katak, kerana katak  sependirian
dengan minda media meloya.  
 Seorang ulama
muda mengaku mewaklili   minda pondok.   Ia  antara orang paling sibuk, sejak diberi tugas
menyampaikan ceramah  kepada penerima
BR1M sebelum pengagihan  wang (cek). Inti
ceramahnya memburuk-burukkan kerajaan Kelantan. Baginya kerajaan Kelantan yang
dipimpin ulama itu hudoh luar dan dalam. Tok Guru Nik Aziz itu bukan ulama,
hanya seorang ahli politik biasa. 
Dalam serius
ada lucu! Minda pondok  memberitahu
orangramai pernah belajar menadah kitab di Pondok Terosan, Pasir Tumbuh. Tapi  ubat yang dipasarkan   tak laku, pembohongannya terbongkar. Orang
pertama yang hairan dengan ulama muda Umno itu ialah Adun Pasir Tumboh, Ustaz
Ahmad Baihaki Atiqullah “ Saya warga pondok Terosan, di lahir dan dibesarkan di
persekitaran pondok Terosan,  tapi tak
pernah berjumpa dengan pemuda ini. Malah sesudah dicheck senarai nama pelajar
pun tak jumpa”. Tutur Baihaki.  
Ulama terompah
kayu- gelaran berkias  yang diberikan Almarhum
Ustaz  Bunyamin itu memang tepat.    Terompah kayu  yang diletakkan di masjid,  digunapakai hanya ketika mengambil wuduk,
kemudian diletak balik di rak, tak sesipa yang inginkan kerana tak sesuai
dipakai untuk tujuan lain. 
No comments:
Post a Comment