Arab Spring itu
binatang apa? (menjawab pertanyaan Pyann Habib)
Cerita aneh di
seputar kita! Kapten sepakbola memberi amaran kepada orang ramai, kalau pasukan
lawan kalah, huru hara akan terjadi. Amaran yang disampaikan  kapten itu  sebenarnya 
tak jelas, huruhara akan terjadi  disebabkan 
pasukan lawan kalah atau pasukan sendiri yang  kalah. Tapi menurut kefahaman saya, ia lebih
menjurus kepada jika pasukan lawan kalah. 
Itu gambaran   yang menerjah
masuk ke kepala  setiap  rakyat Malaysia sekarang.  Sebelum itu  sudah dua 
kali amaran dan ancaman dikeluarkan. Pertama dikatakan;  pilihan raya umum ke 13 (PRU13) adalah  ibu segala pilihan raya, tempat berkumpulnya
segala macam perilaku buruk dari   kekerasan fizikal mahupun kehalusan seni
tipudaya yang mempersonakan. 
Disusuli
kemudiannnya dengan ungkapan yang lebih bengis “kami akan pertahankan Putrajaya
sehingga titisan darah terakhir” dan kelmarin “jika mereka (PR)  kalah dalam PRU13, huru hara akan berlaku”. 
Terkedu
seketika  mengingatkan “ancaman” itu.
Lalu teringat akan sebuah negara demokrasi terbesar di dunia iaitu India.
Saat parti Kongres yang memerintah benua India selama sedekad berada dalam
posisi  mencemaskan lantaran asakan
bertubi-tubi partai lawannya Janata, tidak pula pemimpin mereka mengeluarkan
pernyataan kepada rakyat berupa ancaman seperti itu. 
Demikian juga
dengan tetangga kita Indonesia.
Pemimpin mereka tak pernah mengugut rakyat dengan mengatakan; kalau sesebuah
parti yang bertanding kalah dalam pemilu (pilihan raya), negara akan berlaku
huru hara. Pemilu bagi  Indonesia adalah  pesta demokrasi yang menuntut rakyat menerima
apa saja keputusan dengan berlapang dada, dan ini sudah dibuktikan! Paling
baik  untuk dicontohi ialah, Amerika
Syarikat dan Barat, Negara maju ini bebas dari perasangka buruk kepada
rakyatnya sendiri. 
Disebut juga
akan berlaku “Arab Spring”di Malaysia jika 
Pakatan Rakyat kalah, lalu penyair Pyann 
Habib pun menulis lewat facebooknya dengan mencampakkan sebuah
pertanyaan sinis, “Arab Spring itu binatang apa?” Jawapan mudah ialah “Binatang
itu paling ditakuti  sang pembuat  dosa”. 
No comments:
Post a Comment