Al -kisah
ketua-ketua negara yang pensiun (bersara).
Ketua-ketua
kerajaan seperti perdana menteri atau presiden sesebuah negara suatu hari akan
pensiun dari jawatannya. Apa mereka lakukan sesudah  itu?.  Saya pernah menghasilkan  kartun seputar ini dalam  tahun 1990. 
Mantan Presiden
Russia, Mikhail Gorbachev membuka toko buku di Moscow, namun buku-buku yang
dihasil dan diterbitkan seperti Perestroika dan Glasnost gagal di pasaran
kerana tak ramai yang berminat dengan buku-buku “pembaharuan” seperti itu.
Mantan Perdana
Menteri Inggeris, Margaret Thatcher menjaga cucu-cucunya. Yitzhak Shamir menjadi
taukeh pemaju perumahan.  Kerja baru itu sesuai
dengan kepakarannya dalam sektor pembinaan  penempatan baru untuk pendatang Yahudi di atas
tanah kepunyaan rakyat Palestin yang dirampas. 
Mantan Presiden
Filipina, Corazon Aquino menjual alat mekap cap Pinatubo, sempena nama sebuah
gunung berapi di Filipina  yang meletup
ketika beliau menjadi presiden. Benazir Bhutto bercadang membuka gedung karpet,
tapi hajatnya tak sampai, meninggal dalam kecelakaan bom yang dahsyat. 
Mantan Presiden
Indonesia,
Prof. Ir, BJ Habibie selepas pensiun  tinggal di Jerman dan sesekali pulang ke tanah
air. Baru-baru ini dijemput Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Malaysia untuk menyampaikan ucapan di sebuah
universiti di Kuala Lumpur.  Tokoh “pembebasan pers” itu disanjung di
Indonesia mahupun  Malaysia, kecuali mantan
menteri Penerangan, Zainuddin Maidn yang menuding Habibie  sebagai sosok yang
merugikan Indonesia kerana kononnya memberi kemerdekaan kepada Timur Lestie.
Paling  malangnya mantan Presiden Hosni Mubarak,
sebaik saja dipensiunkan secara paksa oleh rakyat, langsung dikirim ke penjara
Mesir untuk menghitung berapa banyak jerjak
 besi yang pernah  beliau pasang pada  tingkap dan pintu penjara ketika berkuasa
dulu. Yang tak pernah mendengar  khabar
berita sesudah disumbat dalam penjara ialah mantan Presiden Panama, Noriega, apakah masih
bermain bola besi di penjara Amerika atau sudah keluar?. 
Yang terus
dihormati kerana bijak  mengurus  maruah diri ialah  mantan-mantan Presiden Amerika Syarikat,  seperti Ronold Regan, Jimmy Carter, George W.
Bush, H.W Bush, Bill Clinton.  Mereka ini
sebaik saja melangkah  keluar meninggalkan
 Rumah Putih, tugas  politik mereka tinggalkan di gedung itu untuk
diuruskan pengganti barunya dan pulang ke rumah dengan hati girang, bersenang
lenang bersama keluarga sambil  membuat
kerja-kerja amal bagi menghilangnkan boring.   
Mantan Perdana
Menteri  Singapura, Lee Kuan Yew sebaik
saja pensiun di lantik sebagai menteri kanan dengan  disediakan sebuah kantor.  Beliau diberi mandat untuk  berbicara seputar  politik dan kekal dihormati.
Balik   ke negara kita Malaysia yang tercinta!  Ada
dua mantan Perdana Menteri yang masih hidup, iaitu Tun Abdullah Badawi dan Tun
Dr. Mahathir Mohamad. 
Abdullah atau
Pak Lah hidup senang lenang bersama  isteri baru yang dinikahi selepas
kematian  Hindun.  Beliau tak berminat lagi berbicara soal  politik.  Satu pilihan yang tepat. Fikirannya dikira
bertaraf mantan-mantan Presiden Amerika, atau “kelas Amerika” atau “kelas
negara-negara maju”. Hebat! 
Berbeza dengan seorang
lagi,  Dr Mahathir Mohamad,  bicaranya seperti masih lagi Perdana Menteri Malaysia,
sehingga  rakyat confus dan  bingung.  Siapa Perdana 
Menteri Malaysia
sebenarnya, Datuk Seri Najib Razak atau Dr Mahathir Mohamad?. Ini mentaliti
dunia ke tiga!. 
No comments:
Post a Comment