Oleh: Rossem
Setiap kali diberitahu pilihan raya kecil akan diadakan,  ia pun geleng kepala,  bibir mulutnya menjueh. Ia bosan  mendengar istilah itu, ia bosan sungguh untuk menghadapi kondisi pilihan raya kecil yang terlalu kerap,  kerana baginya,  nama saja kecil, ongkos dan penat lelahnya tidak sekecil sebutan. 
Yang paling Pak Nik benci, walaupun pilihan raya kecil itu hanya berlangsung di suatu lokasi pilihan raya  tertentu, namun gegarannya sampai ke seluruh negara.  Bahkan seluruh rakyat merasai seolah  terlibat sama secara langsung, sedangkan  mereka  berada jauh dari lokasi berkaitan.
Pak Nik  adalah rakyat kecil yang tinggal  jauh di desa. Kehidupan sehariannya sangat sederhana, punya sebuah motokar model 80an, rutin paginya seusai solat Subuh di masjid, ia bergegas ke warung nasi berlauk untuk sarapan pagi sambil memanaskan tekak dengan secawan the tiga dalam satu. Saat  bertemu teman-teman seperti inilah  kesempatan baginya  meluahkan rasa muaknya kepada pilihan raya kecil yang sangat kerap kini.  
Hal ini terjadi disebabkan   media massa yang membuat liputan seputar pilihan raya kecil menyebarluas ke seluruh negara. Televisyen dan suaratkhabar menyedut berita kempen khususnya aktiviti dan amanat Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet yang turun berkempen untuk memenangkan calon BN menjadi berita nasional. Justeru rakyat keseluruhannya, samada mahu atau tidak mahu, suka atau tidak suka, yang tinggal di kota mahupun  di desa,  terpaksa menelan berita itu biarpun  bosan  dan separuh benci.
“Bukankah ini pilihan raya kecil untuk kawasan tertentu,  cukuplah berkempen di kawasan itu” Pak Nik marah kepada stesen televisyen kerana  turut berkempen, sedangkan  berkempen lewat televisyen sasarannya umum,  rakyat yang tiada terlibat pun saoalah-olah dipaksa menerima realiti yang tiada kaitan dengan mereka. 
Yang paling tidak disukainya  ialah projek mee segera. Setiap kali pilihan raya kecil diadakan,  pemerintah mengarahkan  agensi-agensi  mereka  melakukan pembaikan segera seperti menggali parit, membina jambatan,  membaiki aspal. Jengkaut dan lori muatan krikil pun berderetan  sepanjang jalan  dari siang  sampai malam. Walhal, kerja-kerja seperti  itu, apa salahnya jika dilakukan di luar waktu pilihan raya kecil. Kerana sebelum itu pun rakyat sememangnya  berdepan dengan kesukaran akibat jalan rosak atau sebagainya. Praktik inilah yang membuat rakyat ketawa dan Pak Nik  geleng kepala. 
“Cara berkempen seperti itu sudah ketinggalan kereta api. Justeru, sudah sampai masanya elit-elit Umno berfikir, bagaimana mematangkan cara berkempen” Keluh Pak Nik.  
Seusai pilihan raya umum ke 12, mac 2008 sudah  lima  kali berlangsung pilihan raya kecil. Bermula dengan Permatang Pauh, diikuti Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan 23 Mei ini di Penanti. Selepas itu kemungkinan pula  Kota Alam Shah di Selangor, kerana ADUN kawasan tersebut yang masih dalam tahanan ISA,  M. Manoharam bercadang untuk melepaskan jawatan, kerana hasratnya untuk mendekati warga kawasanya (DUN)  sering terabai lantaran meringkut dalam tahanan yang  tiada tahu bila noktah.  
Pilihan raya kecil Penanti paling tidak disukai Umno, kerana kawasan itu adalah kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Datuk Seri Anwar Ibarahim sendiri  Mereka pastinya tidak mahu pisang berbuah empat kali.  Gagal merebut Permatang Pauh, kecundang di Kuala Terengganu, kalah di Bukit Gantang dan tersungkur di Bukit Selambau.
Presiden Umno, merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak awal-awal lagi sudah tawar hati untuk bertarung di gelanggang Penanti. Namun keputusannya sama ada mahu bertanding atau tidak bergantung kepada kesepakatan biro politik atau kerana pengaruh pihak lain. Namun jika ikut bertanding disebabkan desakan orang lain, pasti kuali politik Umno semakin  panas. Sementara kaum oposisi akan memperolehi senjata baru untuk  menikam. 
 
Apakah ini semua perang psikologi  Anwar Ibrahim untuk melemahkan Umno khusunya Najib. Setiap orang berhak mengeluarkan opini,  namun yang pasti terdapat para elit Umno yang merasa “sejuk kaki” berdepan dengan situasi dan kondisi ini. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan kegagalan total jentera Umno dan Barisan Nasional merampas dua bukit,  yakni Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini. 
  Isu-isu yang menyebabkan rakyat tidak senang dengan pemerintah yang diterajui Umno/BN masih melekat dalam minda setiap rakyat Malaysia terutama pengundi saluran empat (orang muda). Golongan ini  paling ramai menganggur. Untuk mendapatkan  pekerjaan di desa-desa ibarat mananti  hujan turun di musim kemarau. Belum tentu kedapatan.  Lalu mereka berhijrah ke kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, mundar mandir  di kilang-kilang  merisik kerja, namun tetap juga gagal, kerana  pekerja-pekerja  asing sudak monopoli pekerjaan di sektur ini. Ini yang megkhuatirkan rakyat sekarang. 
Kes  jenayah  yang dilakukan remaja tempatan juga semakin serius, sehingga rakyat merasakan negara ini antara negara yang tidak aman.  Inilah yang  menjadi hambatan rakyat sekarang, namun ia tidak dibangkitkan elit-elit politik Umno/BN saat berkempen pilihan raya kecil. Maka jangan menyalahkan  rakyat sekiranya tidak memangkah  Dacing.
No comments:
Post a Comment