Oleh: Rossem
Di Malaysia, sosok-sosok dengan wajah  senyum sedang merayakan  kemenangan, sementara sosok-sosok dengan wajah duka sedang meratap kekalahan. Dalam keputusan peperangan demonkrasi, 7 Mac, yang sangat  mendebarkan itu, dua buah bukit dimenangi  pemenang terdahulu-PR, sementara Batang Ai menjadi milik BN.
 Dalam strategik ilmu peperangan, mana-mana tentera yang berjaya menguasai bukit ia bakal menguasai lembah dan kota, bahkan berkemungkinan besar akan menguasai seluruh negara pada suatu hari yang mendatang. Inilah yang membuat pakar-pakar strategi dari Umno cuba mencari kaedah terbaru supaya hambatan kekalahan dapat diperlahankan atau dapat dipatahkan di semua medan. 
 Kekalahan dua bukit, yakni Bukit Gantang dan Bukit Selambau sangat terpukul buat Umno, sekali lipat  daripada yang pernah dirasainya saat kekalahan parti itu  di Permatang Pauh dan selepas itu di Kuala Terengganu.
        “Mengejutkan ” demikian kata seorang aktivis Umno. Mereka  tidak menduga, pilihan raya kecil  ini Umno/BN  boleh kalah, kerana kebiasaannya setiap kali  Perdana Menteri baru mengambilalih pemerintahan negara, rakyat akan segera memberi respons yang menyenangkan hati,  dengan  memberi undi kepada calon Umno/BN yang bertanding, sebagai sembolik merestui kepemimpin baru, seperti pernah diberikan kepada Abdullah Ahmad Badawi saat ia mengambilalih pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dulu.
        Pada pilihan raya itu (2003),  BN menang besar, Terengganu berjaya dirampas dari tangan Pas,  kerusi BN bertambah di Kelantan. Pencapaian Abdullah itu mengatasi apa yang pernah diperolehi Dr Mahathir di penghujung peperintahannya. Dan saat Abdullah di tuding Dr Mahathir kerana bertanggungjawab melemahkan Umno, Abdullah yang waktu itu terkial-kial untuk menangkis serangan  sempat mengklaimkan kepada umum;  Umno kuat ialah di era saya dan Umno lemah juga di era saya, justeru jangan cuba diungkit-ungkit lagi  seputar itu.
     Kenapa BN tidak berjaya menawan dua bukit itu, bahkan mengalami kemerosokan undi yang ketara khususnya dari kalangan pemilih Cina dan India, sedangkan BN memunculkan seorang negarawan tersohor, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai  tukang kempen. Di dua bukit itu Dr Mahathir mengingatkan para pengundi agar mengundi Umno.  Tapi kita pun bagaikan tidak terperasan; apakah  pesan-pesan Tun itu cuma didengari petugas-petugas Umno yang dimport dari luar Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang saat itu bermukim di situ atau benar-benar pengundi dari kawasan tersebut.
      Kendati pun, dengan peristiwa itu telah  melakar sejarah, Bukit Gantang dan Bukit Selamba adalah  gelanggang pertama Tun berkempen untuk Umno selepas setahun sang negarawan itu meninggalkan parti  lantaran marahkan Abdullah. 
      Seorang pengundi “atas pagar” di Bukit Gantang dengan lucu berkomenter “pada mulanya saya mahu mengundi BN, sebagai hadiah kepada Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi melihat Tun Dr Mahathir turun di lapangan dan berkempen untuk kemenangan  BN, justeru  patah  semangat, lalu batalkan saja hasrat mengundi Dacing, sebaliknya mengundi Bulan Purnama”.
      Orang  seperti itu bukan berseorangan, cuma diantaranya  ada yang  bersuara, manakala  yang lain memilih untuk berdiam diri. Namun dikalangan mereka ini ternyata masih belum lupa peristiwa tahun 1998 yang panas. Reformasi itu telah  mengajar rakyat berani berkata “no” kepada pemerintah yang tidak mereka sukai.  Dan ketua pemerintah yang yang dikatakan “no” itu tidak lain  adalah si negarawn itu. Beliau  adalah sosok yang menyebabkan tercetusnya  reformasi di Malaysia.
       Justeru ramai beranggapan, Tun sebagai seorang bergelar negarawan seharusnnya tidak ikut campur dalam pesta demokrasi mini  seperti ini. Lebih dihormati kalau ia cuma melihat situasi pertarungan antara BN-PR dari jauh. Hanya memberi sedikit komenter saat  diperlukan, itu pun  yang melibatkan kepentingan negara, bukan kepentingan pemimpin tertentu seperti  berlaku sekarang. 
        Namun keuntungan tetap ada. Dalam kabinet baru yang diumumkan Najib, putera Tun Mahathir, Dato’ Mukhriz terpilih sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industeri (MITI). Manakala menantu Abdullah Badawi merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berputih mata.
No comments:
Post a Comment