Oleh: Rossem
Kiai Sepoh menjawab dengan berhati-hati   pertanyaan beberapa mahasiswi yang bersilaturahim ke pesantrennya di sebuah desa terpencil di kaki gunung di jogjakarta. Pertanyaan itu berkisar soal  poligami.  Kenapa mahasiswi menanyakan soalah itu kepada sang kiai. Apakah kerana didorong perasaan ingin tahu secara jujur tentang kehidupan seorang yang berpoligami  atau bertujuan  memomokkan Islam lantaran  Islam  membenarkan umatnya  berpoligami.
  
 “Islam  membenarkan poligami kerana berapa sebab” Tutur kiai kepada beberapa mahasiswi yang tampak tidak sabar mahu  mendengar argumentasinya.  “Antaranya, untuk memberi perlindungan kepada balu-balu yang kematian suami, seperti syahid dalam jihad fi sabilillah atau mememui kematian di atas sebab-sebab lain.  Mereka memerlukan tempat bergantung, anak-anak mereka perlu kasih sayang daripada seorang yang bernama ayah sesudah  ayah kandung   tiada.   Selain itu,  pasangan daripada isteri  mandul yang  inginkan zuriat” Kata kiai Sepoh. 
 Selanjutnya, kata kiai “ Seorang yang berpoligami itu harus berlaku adil. Jika tidak dapat berlaku adil dalam membahagikan masa dan keperluan lain samada material atau batin antara isteri-isteri mereka, justeru jangan  berpoligami. Cukup seorang saja, kerana, kelak selamat di akhirat”. 
 “ Demikian cantiknya Islam dalam mengatur kehidupan manusia. Tapi malangnya, dunia Barat  memandang poligami sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap wanita. Mereka cemoh dan menuduh orang Islam tiada kerja lain selain memuaskan nafsu syahwat” Sang kiai semakin bersemangat. 
 Lagipun,  kata kiai: Majoriti umat Islam   punya seorang isteri. Hanya sedikit saja jumlahnya yang bernikah lebih dari satu atau poligami, itupun kerana sebab-sebab tertentu seperti disebut tadi, tapi yang sedikit itu telah menjadi  berita besar, diolah sedemikian rupa oleh musuh-musuh  Islam  dengan tujuan tertentu sehingga tampak di mata umum bahawa itulah difinasi sebenar umat Islam- gemar berpolagami!
 Bagimana toh…  yang sudah punya isteri,  andainya suatu saat, ditakdirkan bertemu dan berkenalan dengan seorang wanita, samada di kantor atau di mana saja, kemudian saling jatuh cinta. Sudah dicuba pelbagai ikhtiar  untuk berpisah namun tetap juga  buntu. 
Ini tentunya dalam posisi tahap kritikal. Kalau pesakit, tahap ini ibarat pesakit berat. Dirawat di ICU.   Doktor hanya mengajukan   dua pilihan, anda mahu  melakukan pembedahan dan sembuh  atau membiarkan tanpa pembedahan dan mati. Bagaimana keputusan harus diambil saat itu, tentulah memilih melakukan pembedahan biarpun mengetahui  bahawa pembedahan adalah  sesuatu yang paling mengerunkan  sepanjang  hidup. 
 Percintaan yang sudah sampai  ke tahap berat seperti itu,  hanya ada dua pilihan. Menikah atau melupakan.  Menikah bererti menyambung tali hayat  kehidupan, sementara melupakan bererti ibarat mencabut tali oxsigen yang membantu pernafasan pesakit yang sedang koma. 
Justeru ramai dikalangan kita yang memilih pilihan pertama yakni  menikah, biarpun mereka tahu dan sedar bahawa akibat daripada perbuatannya itu, seorang lagi insan akan merana. Bahkan barangkali melibatkan anak-anak juga.
 Beberapa bulan lalu, seorang teman datang dari jauh. Sebelum itu dia sudah menelefon beberapa kali, meminta saya menguruskan pernikahannya (poligami). Dan seperti diketahui umum, Kelantan merupakan negeri yang menjadi pilihan utama bagi pasangan yang ingin  berpoligami kerana di negeri ini kemudahan untuk merealitaskannya  tetap ada.  Pilihlah  yang mana satu; menikah di seberang perbatasan (Thailand) atau di negeri ini saja lewat jurunikah “mee segera”. Kedua-dua pernikahan itu sah pada hukum syarak, kecuali pasangan itu menipu diri sendiri terutama tentang wali dan sebagainya. 
 Teman saya dari jauh itu bernikah di rumah saya. Pasangan itu datang kali kedua. Kali pertama gagal kerana tidak membawa wali bersama. Saya melihat bagaimana kecewanya terutama si perempuan bila sang imam tidak dapat menikahkannya lantaran ketiadan wali. Namun kedatangan kali kedua dalam minggu yang sama membuahkan hasih- berjaya  diijab kabulkan dengan sempurna tanpa halangan.  Akad nikah pada malam itu menjadi  lebih senang kerana abangnya sendiri  yang datang bersama. Dia  bertindak sebagai wali kerana bapak si wanita  sudah lama meninggal. 
Semua saya uruskan, tiada lain melainkan kerana Allah SWT. Saya tidak mahu melihat teman saya itu berbuat maksiat sepanjang hubungan intim mereka.
  
 Kenapa tidak menikah saja menurut jalur biasa, yakni lewat jurunikah Majlis Agama Islam Negeri atau imam-imam mukim yang dilantik pemerintah. Justeru kerana pasangan itu tidak  upaya  menyediakan  syarat-syarat yang dikehendaki Majlis Agama seperti surat izin poligami dari isteri pertama,  makanya pernikahan seperti itu menjadi pilihan mudah  bagai pasangan yang dilamun cinta asmara. 
 Teman saya tadi memang  wajar menikahi wanita itu yang sudah lama hidup kesepian setelah kematian suami lebih lima tahun lalu. Usianya juga  sama dengan suaminya – 48 tahun. Sudah  punya beberapa orang anak, yang sulung sedang menuntut di Universitas.  
 Wanita itu kemudiannya  mengungkapkan  kepada saya; kami cuma mahu menumpang hidup bersama Abang Mat. Kerana,  abang faham-fahamlah, hidup sebagai janda, ada perkara yang kita tidak dapat melakukan sendiri, dan memerlukan orang lain dan orang itu hanya  Abang Mat.
No comments:
Post a Comment