Aneh bunyi kata-kata itu
Tolong jangan politikkan isu ini! Aneh bunyi kata-kata itu.
Ia berulangkali menyebutnya, diikuti 
televisyen dan suratkhabar  memanjangkan kalimat  untuk sekalian rakyat mengetahui agar  dipatuhi. 
 Apakah orang itu  sedar di bumi mana ia berpijak ketika ungkapan
itu dilafazkan?. 
Kita pun tak tahu, tetapi kalau di Malaysia segala-gala adalah politik.
Politik seperti  iklan minuman coco-cola yang
pernah kita tonton di televisyen suatu  masa dulu: 
Minum bola, makan bola, tidur bola. Dan kita pun senyum lebar selepas
menonton iklan itu kerana demikian  realitinya. 
 Sebiji buah kelapa
tertanggal dari pelepah, lalu jatuh dan menimpa seseorang yang kebetulan lewat
di bawahnya dan ditakdirkan meninggal, wakil rakyat akan dipersalahkan. Kenapa Wakil
Rakyat   tidak memaklumkan kepada  Majlis daerah untuk menebang pohon itu.  “Kamu  gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat,
PRU13 ini akan pilih lain Yang Berhormat.” Kata keluarga si mati.  
Jalanraya tetanggal aspal akibat terlalu lama berendam  air banjir juga wakil rakyat dipersalahkan.
“Motosikalku masuk lopak, rem berlipat tiga, nyaris maut,  Wakil Rakyat kawasan ini makan gaji buta?”.
Kata  mangsa kemalangan  dengan marah. 
 Hakikatnya  politik sudah membudayai rakyat Malaysia
sekian lama. Guru  paling setia  ialah televisyen dan suratkhabar, maka jangan
salahkan rakyat, bila rakyat berkata “itu politik” .  
No comments:
Post a Comment