Malam Penghargaan Karyawan 2013
Kelantan bumi bertuah! Negeri yang bukan saja melahirkan ramai ulama sejak dulu sehingga sekarang, bahkan sasterawan juga ramai lahir di negeri ini. Tokoh awal antaranya Almarhum Abdul Kadir Adabi. Sebatang jalan raya di Kota Bharu diabadikan dengan nama beliau. Almarhum Dr. S. Othman Kelantan yang terpilih sebagai sasterawan negara juga orang Kelantan. Putra beliau, S.M Sakir seperti bapanya, bergelar sasterawan ketika masih muda.
 Nama-nama lain ialah mantan editor majalah Pengasuh, Abdul
Razak Mahmud.   Saya menyapanya ustaz, terkenal
sebagai penulis sejarah terutama terkait dengan sejarah ulama-ulama besar
Kelantan. Salleh Mat Akib juga penulis sejarah. Norhisham Mustafa menulis dalam
semua genre. Karya beliau boleh ditemui dalam bentuk novel, cerpen, esei, drama
radio, kritikan sastera dan  lain-lain.
Peminat sekeliling pinggang.
 Wadi Leta SA,  menulis
sajak sejak tahun 1970an sehingga sekarang masih berkarya. Sebaris dengan
beliau ialah Darma Muhammad, Wan A. Rafar, Rosli K Matari, Azmi Yusof, Abdul Hadi
Muhamad, Abdul Hadi Yusof, Leo AWS, Abham TR, Almarhum Mustafa Jusoh.  Mazli Husma, Rezeki Othman, Zainal Abdin
Muhamad, Zizze Setapa, M. Arif, Ezani Hj. Daud, Meriam Awang Lah, Salman
Sulaiman  dan sederet panjang  lagi. Manakala  cerpenis pula nama-nama seperti Wan Aisyeh
Wan Nawang, Hashim Latiff, Nik Azman Nik Mustafa tak boleh ditinggalkan. 
 Yang masih muda tapi cepat melonjat terkenal  ialah penyair asal sekampung denganku, teman
akrab S.M Sakir iaitu Rahimidin Zahari. Karyawan
di Istana Budaya  Kuala Lumpur itu banyak mengondol   award dan sering dijemput ke majlis bicara
sastera. 
 Kelantan juga melahirkan penulis dua dalam satu, iaitu
penulis sekaligus ulama, seperti  Haji
Mohamad Yusof atau Tok Kenali. Almarhum pernah menjadi editor majalah Pengasuh
terbitan Majlis Agama Islam  dan Adat
Istiadat Melayu  Kelantan tahun 1800an.
Haji Abdullah al-Qari yang tinggal di Kubang Kerian juga menghasilkan buku-buku
agama dengan  jumlah ratusan.  
 Penulis buku-buku politik terkenal, Mohd Sayuti Omar (MSO)
orang Kelantan. Pengamatannya terkait politik tajam seperti mata pisau.  Ditakuti orang-orang  politik, sama ada dari kem Hijau, Biru atau
biru muda. Begitu juga Lotfi Ismail arau nama akrab Pak Lotfi dewasa dalam
dunia penulisan politik. Sementara penulis dari kelompok akedemik seperti Dr.
Hashim Yakob juga tak kurang hebatnya. 
 Bicara soal sasterawan Kelantan, nama Dr Abdul Aziz Deraman
tak boleh  ditinggalkan. Mantan Pengarah
Dewan Bahasa dan Putaka itu antara tokoh yang sama-sama memperkayakan  khazanah sastera  Negeri Cik Siti Wan Kembang.  
 Tadi malam, 15 Mac 2013,  di sebuah hotel berbintang membelakangi Sungai
Kelantan, Kerajaan Negeri  yang dipimpin
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan warkah penghargaan khusus
dengan sedikit sumbangan material  kepada
sebahagian daripada nama-nama yang disebut itu dalam sebuah majlis khas “Malam
Penghargaan Karyawan Kelantan 2013”. Turut menerima penghargaan ialah pelukis
terkenal Kelantan, Ismail Kadir dan 
Muhammad Jusoh serta  kartunis
editorial Rossem. Tak dilupakan ialah 
Tokoh Pemidato terbaik dan terkenal 
sekitar tahun 80 an dan 90an, ketika mudanya belajar di salah sebuah
universiti terkenal Jogjakarta, Indonesia, 
iaitu Almarhum Ustaz Bunyamin Yakob. Anak lelaki Almarhum naik ke
pentas  menerima sedikit sumbangan
material dari Tuan Guru. 
 Kemuncak majlis  ialah
penganugerahan penghargaan kepada Tokoh Persuratan Kelantan kepada sasterawan
terkenal Norhisham Mustafa. “Saya sedar ramai lagi sosok penulis yang tak
tersenarai untuk menerima penghargaan pada malam ini, tapi semua ada dalam
ingatan  kami, Insyallah di tahun-tahun
mendatang, giliran yang lain pula” Ujar Pengerusi Jawatankuasa Penerangan,
Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kerajaan Kelantan, Dato’ Dr. Mohamed
Fadzli Hassan. 
No comments:
Post a Comment