Bila wang  tidak dapat
membeli semua yang dihajati! 
Suatu hari yang malang bagi Muammar Gaddafi di penghujung
hidupnya, saat diberkas penentang di perbatasan Libya-Niger tahun 2011, dengan
wajah hiba dan suara tersekat-sekat  sang
diktator itu merayu anak-anak muda yang menangkapnya “ wahai anak-anakku,
berhentilah memukulku, beritahuku, berapa wang anda mahu. Sebut saja berapa
jumlahnya akan ku berikan, kemudian biarlah aku melepasi perbatasan dengan
selamat”.  
Gaddafi menduga anak-anak muda  itu menerima tawaran, sepertimana rakyat Libya sebelum
ini menerima wang BR1M setiap bulan yang diagih-agihkan kerajaan kepada mereka
sepanjang pemerintahannya kurang lebih 40 tahun. Namun pada hari yang sudah
ditakdirkan  itu anak-anak  muda Libya menolak dengan bengis, walhal
kalau mereka mahu, harga yang ditawarkan 
Gaddafi untuk menebus nyawanya  lumayan
sekali, sebut saja angkanya, 2 juta dollar, 10 juta dollar atau 100 juta dollar,
bahkan berganda dari itu pun ditunaikan. 
Ketika membuat  tawaran itu, 
Gaddafi menjangkakan  anak-anak
muda itu masih pelahap atau tamakkan   wang sepertimana  dulu, kerana kaedah mengumpan wang sudah
membudayai masyarakat Libya.
Guru yang mengajarkannya ialah Gaddafi.  Rupanya pada hari yang kritikal itu, di gurun
yang matahari panas membakar itu, wang tidak boleh menolong menyambung
kekuasaan  sang pemimpin, bahkan menyelamatkan
nyawanya sendiri pun  tak bisa. Akhirnya
tewas.
Semoga tak berlaku hal seperti itu di Malaysia! 
No comments:
Post a Comment