Episod baru di majlis penyampian BR1M di Kelantan
Lain lubok lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal
24 Februari 2013, langit Bachok  redup,
cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur
dari jam delapan pagi   sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang
kepanasan.  Sebahagianya bertindak bangun
duduk, keluar masuk, mundar mandir   seperti orang menunggu keretapi yang tak
kunjung tiba. Kalau tidak   kerana
sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup
menunuggu sehingga lebih lima
 jam hari bekerja.
Tiga penceramah tampil silih berganti, diakhiri dengan
seorang menteri yang menjaga pitih  negara- Awang Adek Hussin. Sebelum
membahagi-bahagikan wang BR1M (RM500) kepada warga miskin dalam Dun Tawang, si
Awang berceloteh panjang, terkadang terselit kelakar  dibuat-buat. 
Bertanya Awang Adek kepada warga miskin  penerima BR1M dengan megah “ Siapa mahu Datuk
Seri Najib Razak kekal Perdana Menteri Malaysia, angkat  tangan”.Tak sampai dua puluh orang daripada
ratusan  hadirin   angkat
tangan tanda bersetuju. 
 Awang Adek bertanya
lagi “ Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri  Malaysia?”  Ramai   mengangkat tangan, antaranya yang duduk di saf
paling depan  dan paling hampir dengan
Awang Adek sehingga menteri pitih itu terkejut, pucat lesi mukanya.  
“Pakcik, makcik, adek kakak, mungkin tersalah dengar soalan
saya tadi” kata Awang Adek dengan senyum kambing  sehingga mendorongnya mengulangi  lagi sekali soalan sama “ Siapa mahu Datuk
Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?”  Orang yang sama terus  memberi reaksi dengan mengangkat tangan
tanda  bersetuju Anwar Ibrahim menjadi
Perdana Menteri Malaysia
jika PR menang PRU13 nanti. Si Awang terbungkam. 
Sementara yang lain ketawa berdekeh-dekeh melihat esisod
baru telah muncul di pentas penyampian BR1M musim kedua di Dun Tawang  yang disampaikan seorang bergelar  menteri kabinet Malaysia. 
Selain itu, di Dun yang sama,  cerita lain pula  menyusul. Setiap sampul surat yang yang berisi BR1M telah disertakan
bersama  selembar kertas “bodoh” bertulis
Akur Janji.
“Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi,
Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan
kerja dan membantu Umno untuk menyatukan 
umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk
berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang
Islam @ Melayu di Malaysia  berpecah
@hancur”. 
Warkah Akur Janji itu ditemui penerima BR1M  21 Februari itu mengingatkan kita betapa
hinanya orang-orang miskin di mata Umno. Pemberiannya bukan  mengalir dari hati nurani yang ikhlas demi  membantu warga miskin terutama orang Melayu, tetapi
dari hati kotor yang sarat persangka buruk kepada bangsa ini, maka benarlah
seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat; Umno
meletakan taraf manusia itu seperti ayam, lembu. 
CATATAN 28 FEBRUARI 2013
Bukan kami tak sayangkan Umno, tapi kami  lebih sayangkan bangsa Melayu/Islam 
Memetik kata-kata penulis Goenawan Mohammad  dalam sebuah Catatan Pnggir yang masyor  tentang orang miskin. Katanya “ Seorang
pribumi  di Samoa (kepulauan Samoa)  terkejut bila diberitahu tentang nasib orang
miskin di kota London. Si Samoa takjub. Bagaimana, ya? Tak
punya makanan ? Tak punya teman? Ia tak dapat membayangkan!”
Di mata rakyat Indonesia
juga pasti tak bisa bayangkan , bahkan mungkin tak mempercayai, jika dikatakan
kepada mereka; miskin tegar di Malaysia
suatu angka yang menakutkan, majoritinya terdiri orang Melayu (pribumi).
Menurut statistik, kemiskinan tegar yang melibatkan isi
rumah ialah,  Bumiputra 96.7
peratus,  non-Bumiputra 1.8 peratus.
Sementara pemilikian ekuiti orang Melayu beberapa tahun lalu hanya 18.9
peratus. Diketika yang sama terdapat 82 agensi kerajaan diwujudkan untuk
membantu orang Melayu, tapi orang Melayu terus ketinggalan. Kini terdapat
360,000 ribu pengangguran di Malaysia,
sedangkan terdapat 2 juta pekerja asing. 
Siapa patut disalahkan? 
 Lalu teringat kisah Raja Roma dahulu kala: Apabila Julius
Caesar dibunuh oleh rakan karibnya (senator) Brutus, orang pun bertanya Brutus,
kenapa berbuat demikian, jawab Brutus “ Bukan aku tidak sayangkan Ceaser, tapi
aku lebih sayangkan Roma”. 
Jawaban rakyat Malaysia hari ini “ Bukan kami tak
sayangkan Umno, tapi kami  lebih
sayangkan bangsa Melayu / Islam (Pribumi)”!
No comments:
Post a Comment