Oleh: Rossem
 Pemimpin yang dibenci rakyat seperti Hosni Mubarak di Mesir,
Zine Al Abidine  di Tunisia, Muammar
Ghadafi di Libya sudah pun tumbang. Rakyat mengambil masa tak sampai 6 bulan untuk
menurunkan mereka dari takhta kekuasaan setelah gelombang kebangkitan
rakyat  mula digerakkan dari ibu kota negara masing-masing.
Muammar Ghadafi liat  sedikit, rakyat mengambil masa lebih 6 bulan
menjatuhkannya, itupun  dibantu pesawat tempur
NATO yang menembak rudal ke pengkalan tentera pro Ghadafi, kemudian disusuli
dengan kemaraan tentera penentang dari darat, mengempur  kubu-kubu pertahanan tentera yang setia kepada
Ghaddafi, mengalahkan mereka sehingga berakhir dengan kematian Ghadafi di
tangan rakyatnya sendiri  berdekatan
perbatasan Libya- Niger. 
Berbeda dengan kondisi di Syria. Walaupun kebangkitan
rakyat  negara itu terjadi sama
waktu  dengan kebangkitan rakyat
negara-negara Arab  lain, namun sehingga
kini sudah memasuki tahun kedua, Presiden Bashar al Assad tidak juga tumbang
bahkan tidak  menampakkan akan tumbang
dalam waktu terdekat. 
Walhal penentangan rakyat Syria terhadap  dinasti al Assad  jauh lebih hebat dan berani berbanding saudara
Arabnya yang lain. Bahkan penentangan di Syria
memakan korban  berpuluh kali lipat
berbanding  di Mesir, Libya,
Tunisa dan Yamen.  Dan kalau dijumlahkan angka
kematian di empat negeri itu, ternyata Syria masih mengatasi. 
Namun, kenapa Bashar al Assad tidak juga tumbang? Hal ini
diceritakan oleh seorang ulama dari Syria, Sheikh Samir Saqqa yang
bersilaturahim ke Kelantan dan pada kesempatan yang singkat di sini , beliau
diberi peluang berucap ringkas di Medan Ilmu seusai Tuan Guru Dato’ Nik Abdul
Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah mingguan, 4 
Mei 2012.  
“Penentangan rakyat Syria terhadap diktator Bashar al Assad
adalah dipelopori kelompok Sunni yang menjadi majoriti di Syria. Mereka  mahu tegakkan kembali daulah Islamiyah  di bumi Syria
sepertimana pernah tegak suatau masa dulu khilafah Ummayyiah yang berpusat di kota Damsyik” ujar Sheikh
Samir Saqqa dalam ucapannya yang bersemangat dalam bahasa Arab dan
diterjemahkan oleh penterjemah ke  bahasa
Melayu. 
  “Inilah salah satu
sebab kenapa kuasa kuffar Barat membantu regim al Assad  agar terus kekal memerintah negara itu dengan
dasar sekular. Mereka sesekali tidak mengizinkan Syria   jatuh ke tangan kelompok Islam yang mahu
menggantikan sistem pemerintahan dengan dasar Islam”. 
 Dalam kasus Syria,
mereka bersatu menyelamatkan rejim Bashar al Assad walaupun mereka tahu rejim
itu bertindak kejam  kepada
penentangnya   lebih  daripada Muammar Ghadafi. Malah   dalam banyak isu-isu terutama isu internasional
pun, Syria tidak menampakkan
bersahabat dengan Barat, namun Barat tetap mahu 
mempertahankan beliau kerana khuatir Syria akan jatuh ke tangan gerakan
Islam. 
“Bukan saja Amerika,
 Israel, Rusia  membantu rejim Bashar,  bahkan di kalangan negara-negara Arab juga ikut
membantu”. Ujar Sheikh Samir Saqqa. 
“ Yang paling ke depan 
menghantar misi penyelamat untuk menyelamatkan takhta Bashar al Assad
ialah jirannya  Iran. Negara itu telah menghantar
tentera elit kusus untuk membunuh rakyat Syria yang bermazhab Sunni” tegas
Sheikh. 
Justeru dalam ucapan ringkas pagi itu beliau menyeru umat
Islam seluruh dunia membantu menyelamatkan umat Islam Syria dari kaum
Sunni daripada terus menerus dibantai tentera regim  Assad dan sekutunya  dari puak Syiah. 
Majoriti umat Islam Syria adalah Sunni,  sementara 
yang menerajui pemerintahan negara itu adalah dari puak Syiah Alawiyah.
Pentadbir negara termasuk angkatan tentera dimonopoli kelompok Syiah.  

No comments:
Post a Comment