Oleh: Rossem
 Sebuah cerita humor di zaman Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku
Abdul Rahman Putra. Suatu hari Presiden Amerika Syarikat ketika itu, L.B
Johnson melakukan lawatan rasmi ke Malaysia. Golongan kiri berbaris di
tepi jalan yang dilalui Johnson dan rombongannya untuk memprotes lawatan tersebut
sebagai  meluahkan    kebencian yang mendalam  di atas penglibatan Amerika dalam kencah  peperangan Vietnam. 
Isyarat-isyarat  lucah
ditunjukkan takala kereta membawa Presiden Amerika itu melewati sepanjang jalan
dari lapangan terbang ke tempat penginapan dan tempat  lawatannya. Presiden Johnson melihat gelagat
rakyat Malaysia  yang berbaris itu dengan seribu tandatanya. 
Antara isyarat lucah yang paling banyak ditunjukkan anak-anak
muda ialah mengenggam penumbuk kiri kemudian tangan kanan yang terbuka
menghentak ke atasnya.  Isyarat seperti
itu antara  paling popular di zaman
tersebut sebagai mengambarkan kebencian tak terhingga  kepada seseorang. Sekiranya dilakukan secara
berdepan,  boleh mencetus pergaduhan.
Isyarat seperti itu tidak dipakai di Amerika Syarikat,
justeru  Presiden H.B Johnson tak
mengerti  apa-apa seputar makna dari
isyarat yang ditujukan kepadanya. Bahkan sang presiden membalas isyarat rakyat Malaysia itu
dengan melambai tangan sambil menguntum senyum. 
Malamnya diadakan majlis jamuan negara  bersama pembesar  Malaysia.  L.B Johnson duduk bersebelahan dengan Tunku
Abdul Rahman. Sang presiden teringat peristiwa siang tadi di sepanjang jalan
dilaluinya.
“Tunku,  ketika  saya melalui jalan raya, ramai rakyat Malaysia
menunjukkan isyarat seperti ini (L.B Johnson lalu melakonkan   isyarat seperti dilihatnya  kepada Tunku), apa maknanya?” Tanya Presiden
Amerika Syarikat. 
Terkejut dan pucat lesi Tunku Abdul Rahman bila presiden
sebuah negara besar dunia bertanya soalan sedemikian.   Tetapi 
Tunku seorang yang bijak dan pintar. Kalau tidak bijak dan pintar   masakan
dapat memerdekakan Tanah Melayu dari Orang Putih. Beliau dengan selamba
menjawab  “Oh. Tuan Presiden. Itu isyarat
bagus. Isyarat  itu  khusus untuk mengalu-alukan kedatangan
pemimpin yang dihormati sahaja. Tuan Presiden bertuah kerana rakyat negera ini
menghormati Tuan”. 
Presiden Amerika senyum puas mendengar penjelasan Tunku
Abdul Raham yang bijaksana serta  tinggi
akal budinya. Lain padang
lain belalang, lain negara lain tradisinya. Begitu fikir Johnson. 
Sewaktu mahu berangkat pulang ke Amerika Syarikat. Di
lapangan terbang, saat berdiri di pintu pesawat, Presiden L.B Johnson menoleh
kepada  Tunku Abdul Rahman dan
pembesar-pembesar Malaysia yang menghantarnya pulang sepertimana kelaziman
dilakukan  setiap pembesar negara yang
melakukan lawatan ke negara ini.  
Sang presiden  lalu
mengenggam penumbuk kiri, ditepuk dengan tangan kanan, saling tak tumpah
seperti apa yang dilakukan rakyat Malaysia terhadapnya. Kemudian
terus masuk ke dalam pesawat. 
Melihat perbuatan Presiden Johnson itu, Tunku Abdul Rahman
tunduk malu “ Kali ini aku pula yang kena…” 
Meriam
Selepas peperangan dunia kedua berakhir, meletus satu lagi peperangan
antara dua buah negara berjiran  di
rantau Asia selatan. Kedua-dua  negara itu termasuk antara negara gergasi
yang digeruni kerana memiliki  jumlah
tentera yang ramai. Namun disatu pihak 
amat berkurangan peralatan perang terutama  meriam, sedang kekuatan meriam sangat diperlukan   kerana
peperangan berlaku di perbatasan. 
Penglima tentera yang kekurangan meriam lalu   mencadangkan 
kepada pemerintah agar  diizinkan
mengambil seramai mungkin lelaki 
berkulit gelap sebagai sukarelawan untuk di tempatkan di perbatasan. 
Sukarelawan itu lalu diangkut ke perbatasan. Setibanya di
perbatasan, masing-masing diminta 
menanggalkan  seluar dan melakukan
senaman punggung menghala ke arah tentera musuh. 
Melihat kondisi demikian, tentera musuh terkejut dan
panik.  Punggung-punggung  itu disangkakan  muncung meriam sedang menghala ke  arah mereka. Tentera negara musuh yang
ketakutan itu akhirnya berundur meninggalkan medan perang. Kemenangan percuma kepada
tentera yang bermeriamkan punggung.
Senaman punggung di
rumah Ambiga 
Barangkali mengambil pengajaran daripada kisah itu maka
sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang
dikepalai  Mohd. Ali Baharom mengadakan
senaman menonggengkan punggung ke arah pintu pagar  rumah Datuk Ambiga sebagai membantah
penglibatan Ambiga dalam Bersih.
Perbuatan itu menimbulkan persepsi pelbagai dari masyarakat.
Rata-rata melahirkan  kekesalan  dan marah di atas  perbuatan sedemikian rupa yang boleh   mencemarkan maruah bangsa Melayu lebih-lebih
lagi ia dilakukan terhadap non- Muslim.
Tapi saya bilang sama mereka, usah merasa malu dan kesal
kerana bangsa kita sebenarnya sudah lama kehilangan maruah diri. Tamadun Melayu
sudah dihancurkan UMNO sejak sekian lama.  

No comments:
Post a Comment