Rombongan dari Dewan Pimpinan Wilayah 
Partai Persatuan Pembangunan Provisi Riau melawat Pejabat Perhubungan 
PAS Kelantan dan diberi taklimat oleh Pengarah Pilihan PAS Kelantan, Wan
 Nik Wan Yusof.
 Dengan seragam berwarna hijau, pakaian rasmi    yang dipakai rombongan  dari Dewan Pimpinan Wilayah Partai Persatuan
Pembangunan (PPP) Provinsi Riau, Indonesia, 
saat bersilaturahim ke Kelantan  19 – 18 Mei 2012 sangat bertetapan, terasa kedua-dua
pihak seperti telah wujud satu persamaan kerana warna hijau juga adalah warna
rasmi partai Islam Semalaysia                                                     (PAS).                                              
“Justeru kami   juga terasa  seperti berada di rumah sendiri bahkan  seperti berada dalam partai sendiri”. Demikian
ujar   Ketua Dewan Pimpinan Wilayah PPP
Provinsi Riau, H. Azis Zaenal SH MM yang memimpin rombongan seramai 46 orang,
26 daripadanya  wakil rakyat termasuk 6
muslimat  ketika  berucap pada 
majlis taklimat  di kantor PAS
Kelantan, Kota Bharu. 
Tujuan ke Kelantan selain mahu bertemu Menteri Besar
Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik ialah dalam rangka meninjau
bagaimana persiapan partai PAS dalam menghadapai pemilu tak lama lagi. 
Dalam taklimat  kurang
lebih satu jam setengah itu, Direktor Pemilu PAS Kelantan, Wan Nik Wan
Yusof  yang juga Sekretaris
Politik Menteri Besar 
menceritakan secara ringkas sejarah terbentuknya partai PAS dan
perjalanan panjang parti Islam itu sejak awal ditubuhnya  (1957) sehingga sekarang. 
PAS mememerintah Kelantan hampir 40 tahun dalam dua dasawarsa. Dasawara pertama selama 18 tahun dengan slogan Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur iaitu di zaman Datuk Asri Haji Muda sebagai Presiden PAS. Dasawara kedua bermula 1990 di bawah kepimpinan ulama dengan slogan Membangun Bersama Islam. Kedua-dua adalah sama, iaitu perjuangan Islam.
 “Perjuangan PPP atau
P3 juga  berlandaskan Islam , mahu
menciptakan masyarakat madani yang mendapat redho Allah. Justeru terasa  wujud satu ikatan yang kukuh antara duah buah
partai ini” ujar  H. Aziz.
Karena tertarik dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS, salah
seorang anggota rombongan mencadangkan untuk turut berkempen bagi memenangkan
PAS pada Pemilu akan datang dengan cara mengirim SMS kepada keluarga mereka
yang tinggal di Malaysia
“Saya ada ramai keluarga di Malaysia,
pemilu nanti saya akan hubungi mereka meminta memilih PAS” katanya. 
Sebelum itu,  pada tengah harinya
rombongan diberi taklimat oleh Timbalan Speakar Dewan Undangan Negeri(DUN),
Ahmad Zaki Ibrahim, di  kediaman rasmi
Menteri Besar, JKR 10. 
“Dua hari di Kelantan terasa 
tak cukup. Di negeri ini tampak aman dan sangat menyenangkan” Beritahu
anggota DPR Kabupaten Inhu, Encik Junianto, ST.
Sementara itu, seorang muslimat, anggota DPRD Riau, Tengku
Nazlah Khairati pula  mengatakan  “Penampilan muslimat di Kelantan lebih
bercirikan Islam ketimbang di tempat lain. Hal ini, pasti   disebabkan 
ulama memerintah negeri ini. Di Indonesia juga seharusnya begitu, tapi
malangnya umat Islam sendiri seolah meragui agama mereka”. 
Sore Khamis, seusai taklimat di kantor PAS, rombongan
melawat markas PAS di Rantau Panjang, yang lokasinya satu jam setengah
perjalanan mobil dari Kota Bharu dekat perbatasan Malaysia-Tahiland. Kesempatan
itu digunakan untuk  melawat Masjid
Beajing, satu-satunya masjid bercirikan senibina tradisi Cina di Malaysia, seperti
Masjid Cheng Ho di Surabaya. 
Sebelum berangkat pulang pada pagi Jumaat, 18 Mei, rombongan
sempat menghadiri kuliah mingguan Tuan Guru Menteri Besar di Medan  Ilmu, Kota Bharu, sebelum ke bandara,
seterusnya Kuala Lumpur- Pekan Baru.
 Foto:    Timbalan 
Speaker DUN Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada
 ketua rombongan,  Ketua Dewan Pimpinan Wilayah PPP
Provinsi Riau, H. Azis Zaenal SH MMH, selepas majlis taklimat di JKR 10. 


No comments:
Post a Comment