Kisah benar (1)
Oleh: Rossem
Dulu di kampungku terdapat sebuah surau separuh batu separuh
kayu, menjadi tempat warga desa mendirikan solat fardu berjamaah,  sekarang surau itu sudah tiada lagi kerana di
atas tapaknya dibina sebuah masjid mukim. 
Waktu itu seorang imam dengan sukarela mengetuai imam solat,
sekaligus mengajar fardu ain untuk warga desa terutama muslimat. Bila ada
majlis tahlil,  sang imam ini dijemput
mengetuai pembacaan tahlil. Justeru beliau layak  dikatogerikan sebagai antara tok lebai yang
disegani di desa ku.
Pada awal  beliau
menjadi imam dan mengajar agama kepada warga, ramai jamaah datang
mengikuti  kuliahnya terutama kuliah  Maghrib dengan menadah kitab. Tapi tiga atau
empat tahun kemudian jamaah semakin berkurangan. 
Ramai yang tak mahu bersolat dengan berimamkan Tok Lebai itu
lagi. Mengikuti kuliahnya juga  tak mahu.
Akhirnya tinggal beberapa orang saja yang “malu mata” untuk melarikan diri
darinya. 
Bila ditanya kepada warga, mengapa kalian  tak ikut  bersolat di surau Tok Lebai Pakcu,  masing- masing  menjawab “ Tok Lebai Pakcu Paie tu dah
berubah, tidak lagi seperti mula-mula dulu. Dulu bagus. Sejak akhir-akhir ini
beliau kutuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat habis-habisan dalam  kuliahnya”.
Perubahan mendadak Tok Lebai Pakcu itu kononnya setelah
beliau mendapat sedikit habuan 
daripada  pemimpin UMNO
setempat,  sebelumnya  tidak begitu. Ramai warga desa puji beliau.
Ilmunya lumayan  setakat untuk mengajar
fardu ain warga desa.
Dari sehari ke sehari sumpah saranahnya kepada Tok Guru Nik
Aziz semakin kuat dan lantang, sehinggalah suatu hari Tok Lebai Pakcu jatuh
sakit. Permulaannya kurang selera makan, disertai dengan tak boleh bercakap.
Dibawa  ke hospital,
pernah tinggal  di wad, tapi menurut
keluarganya, doktor yang merawat 
memberitahu, masih belum dikenalpasti penyakit apa menyerang Tok Lebai
Pakcu. 
Saya sempat  menjengok
beliau. Saat itu tubuh badannya seperti papan sekeping, tersangat kurus.
Suaranya hilang. Hanya dua biji mata bergerak-gerak sebagai  tanda isyarat kepada keluarganya, meminta
air.
 Abang ipar saya yang
kerap menziarahinya kerana kebetulan rumahnya berdekatan  memberitahu;  katanya  kelmarin keluarga terdekat Tok Lebai Pakcu membisik
kepada Pakcu “ Pakcu, kalau ambo gi minta air tawar (air doa) Tok Guru Nik Aziz
lagumana, nak minum kah?. Pakcu banyak buat salah kepada dia, dok kata
macam-macam kat Tok Guru, sedang Tok Guru tak buat salah apapun  kepada Pakcu.”
Mendengar kata-kata keluarganya itu,  serta merta terbuka biji matanya, kepalanya
bergerak-gerak, seolah-olah  bersetuju
dengan cadangan keluarganya. Tapi saat itu Tok Lebai Pakcu hampir nazad.
Beliau  menutup usia beberapa jam selepas
itu.
Saya tidak mahu meletakan sakit dan matinya dikeranakan  Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Sakit serta
ajalnya sudah ditentukan Allah SWT. 
No comments:
Post a Comment