Setelah ketiadaan Tok Guru
Oleh: Rossem
Suatu sore di musim panas 
yang membahang, saya melewati jalan 
Kg.  Pulau Melaka, melintasi
jambatan yang merintangi  sebatang
sungai, konon di sungai itu pada kurun 16 tempat berlabuh kapal-kapal dagang
yang menjalankan urusniaga dengan kerajaan Jembal. Di seberang jambatan sebuah
singnboard gergasi masih tegak berdiri “ Kalam Murabbi- Tidak ada keimanan bagi
seorang yang tidak amanah dan tidaklah ada manfaat beragama bagi orang yang
tidak memegang janji- Hadis Riwayat 
Ahmad” . Ungkapan hadis Nabi SAW itu disertakan  dengan foto Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
berdiri sambil tangan kananya memegang tongkat. Itulah pintu masuk ke Kg. Pulau
Melaka dari arah Kota Bharu. Kampung   yang melahirkan seorang putra terkenal di
adad ini, bergelar ulama, Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan paling
lama memerintah- 23 tahun
. 
 Dari tingkap kereta
saya menoleh ke kiri, tampak menara masjid Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
megah berdiri. Menara berwarna hijau putih itu  tidak 
ada sedikit pun perubahan seperti sebelumnya.  Panorama sekitaran  biasa-biasa  saja.  Di
musim kemarau panasnya menyilaukan mata.  Lebih-lebih lagi dikelilingi bangunan batu
(sekolah agama), tempat pelajar-pelajar menimba ilmu agama. 
Almarhum Tok Guru memimpin masjid itu puluhan tahun. Menyampaikan  kuliah dan memimpin solat jamaah. Makmumnya
bukan saja dari  Kg. Pulau Melaka, bahkan
dari  kampung-kampung yang bertetangga. Sesiapa
yang mahu bertemu mata dengan Tok Guru, menyempurnakan  hajatan  atau mendapat nasihat   (bukan urusan kerajaan),  mereka memilih Masjid  Tok Guru sebagai tempat pertemuan,
seringnya  seusai solat Subuh. Atau langsung
di rumah Tok Guru yang bersambung dengan masjid.  
Bahkan mereka yang Non Muslim juga mengambil kesempatan
untuk bertemu Tok Guru dalam masjid. Sanggup menunggu Tok Guru selesai
mengimami solat, antaranya  Pengerusi DAP
Perak, Nga Kor Ming  dan rombongannya
suatu masa dulu,  bersela lendik di atas
masjid sambil bersembang dengan Tok Guru.  Kemudian mereka sama-sama ke Medan Ilmu, Jalan
Dato’ Pati, Kota Bharu,  mendengar Tok
Guru menyampaikan kuliah rutin pagi Jumaat.
Pemandangan rutin setiap pagi, usai solat Suboh berjamaah,
ibu bapa mengendong bayi-bayi mereka yang masih kecil ( usia seminggu, dua
minggu) beratur panjang dari tangga masjid hingga ke tempat Tok Guru berselipuh
di sejadah. Masing-masing dengan tujuan  agar Tok Guru “membelah mulut”,  serta menyuapi  buah tamar dan air Zam-Zam kepada bayi mereka.
Seterusnya  mengunting beberapa helai
rambut si bayi.   Tok Guru melakukan
semua itu tanpa jemu, tanpa upah dan 
tanpa memilih; siapakah  ibu bapa
kepada bayi-bayi  itu, pendokong Pas atau
Umno.  
Suatu ketika saya menceritakan perihal itu kepada seorang
ustaz  di Indonesia, beliau terkejut;
bagaimana seorang Menteri Besar berbuat demikian. Di negarinya kerja-kerja
“mencukur jambul bayi” hanya dilakukan pak-pak kyai, tapi di Kelantan Menteri
Besar sendiri  melakukan, inilah Menteri
Besar yang sangat merakyat”.
Nama Tok Guru semerbak merentasi  sempada negara. Mereka yang teruja dan kagum dengan
keperibadian Tok Guru  datang dari semua  lapisan masyarakat, tak terkecuali dari kalangan
artis, penulis dan budayawan. Antara 
yang pernah mengunjungi Tok Guru di Pulau Melaka ialah novelis  Islamik terkenal  Indonesia “Ketika Cinta Bertasbih” ,
Habiburrahman El-Shirazy.  Begitu  juga artis-artis filem  Indonesia  seperti  Oki Setiana Dewi, Meyda Sefira dan aktor
“Ketika Cita Bertasbih” Kholidi atau Mas Azam  pernah bersilaturahim ke rumah Tok Guru Nik
Abdul Aziz di Pulau Melaka. Dan  Oki  menulis sebuah puisi yang indah: 
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama
Yang lembut…tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan 
kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Semoga sejahtera selamanya.
Tak mahu ketinggalan, artis Meydia Sefira juga menulis
sejambak puisi tentang Tok Guru dan negeri Kelantan:
Sujud syukur untuk Engkau
Kerana Engkau mentakdirkan aku di sini hari ini
Di negeri penuh berkahMu
Di negeri yang penuh dengan ulamaMu
Di negeri dengan 
pemimpinnya yang tawaduk
Di negeri di mana umatMu
Saling mencintai sesama kerana Engkau ya Allah
Tok Guru adalah tokoh perpaduan antara kaum di Malaysia
yang tak ada tolak bandingnya.  Sepanjang
Tok Guru mentadbir negeri Kelantan (23 tahun) dan sebagai Mursyidul Am Pas yang
amat lama tempohnya, hubungan Muslim dengan Non Muslim berada ditingkat paling
tinggi. Baik dari sudut politik mahupun sosial. Percubaan pihak tertentu untuk
memecahbelahkan  hubungan antara Pas dan
DAP  tak pernah berjaya, walhal ketika
itu DAP mempunyai seorang  tokoh parti yang
amat menentang pelaksanaan hukum syariat (hudud) iaitu mendiang Karpal Singh.
Namun  Tok Guru berjaya berdepan dengan
karenah  Karpal Singh dengan tenang. Dan
saat Karpal Singh sakit berat, Tok Guru menziarahinya  di Pulau 
Pinang.
Masih ingat, kesempatan berada di Pulau Pinang,  Tok Guru juga menemui Bishop Katolik,
Sebastian Frencis. Dalam perbincangan ringkas itu, kedua-dua tokoh
bersetuju  bahawa tenaga yang dihabiskan
untuk pertelingkahan agama sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih
bermanfaat.
Malangnya selepas ketiadaan Tok Guru, bahkan sejak
kesihatan sang Murabbi Ummah itu kian menurun kurang lebih setahun lalu,
tompok-tompok kudis perpecahan dikalangan gabungan Pakatan Rakyat (PR) mula
kelihatan. Dari sehari ke sehari kudis itu semakin membesar menjadi  kanser yang pasti sukar diubati.  Pemimpin DAP mula bertikam lidah dengan
pemimpin Pas, demikian juga PKR,  sudah
hilang kepercayaannya kepada parti Islam itu. 
Lebih membingunkan, perpecahan di kalangan pemimpin dan
pendokong Pas sendiri  juga berada di
tahap paling mengkhuatirkan. Bukan saja bertikam lidah lewat media sosial,
bahkam melarat kepada kejadian berbentuk keganasan seperti serangan abjek keras
di muka Dr Dzulkefli Ahmad dan merosakkan kereta  Dr Hatta Ramli  yang diparker di rumah kediamannya baru -baru
ini. Perbezaan pendapat yang ketara itu mungkin kerana Muktamar Pas Jun 2015
nanti ada pertandingan merebut jawatan. Seperti biasa, mana-mana organisasi
menjelang pertandingan ahli-ahlinya akan bersising lengan, genggam penumbuk. Insyaallah
selepas itu reda, aman dan damai. 
No comments:
Post a Comment