Negeri Batang
Pisang dan Negeri Layar Putih
Oleh: Rossem
Tabik! Tertarik  dengan 
sajak karya penyair terkenal Rahimidin Zahari berjudul “Negeri Batang
Pisang”. Sajak yang dimuat dalam antologi puisi “ Laut Tujuh Gelombang Buih”
itu walaupun tak  panjang tetapi tersirat
makna yang mendalam. Sang peyairnya asal 
sekampung , usianya  muda satu
generasi, saya berhijrah ke kota, ia masih di desa, saya pulang dan menetap di  desa, ia pula berhijrah ke kota. Kami berselisih
di jalan pencarian rezeki yang panjang dan berkelok, hanya baru sekarang akrab.
Namun saya mengenali almarhum ayahnya.
“Negeri Batang Pisang” yang dilukiskan dalam sajaknya  itu sebuah 
negeri tanpa bumi, tanpa langit, tanpa sungai, tanpa laut,  tanpa bulan dan   matahari. Lampu 40wt sudah cukup untuk
menerangi negeri luas sedapa  itu. 
 Negeri Batang Pisang  yang berdaulat itu politik paling busuk dan
hodoh mengalir dari mulut sosok yang bernama Rawana. Kerjanya mahu
mempenjarakan musuh-musuh politiknya. Namun kes liwat tak pernah ditimbulkan. Aib
rakyat jelata  dijaga. Maruah Negeri
Batang Pisang harus dipelihara. 
 “Negeri Batang
Pisang”  digerakkan oleh  “Tok Dalang” yang memiliki  suara yang boleh berubah-ubah mengikut keperluan.
Suara itu walaupun beragam  bunyi,  namun terbit dari mulut  yang satu. Kebijaksanaan itu bukan milik semua
orang, hanya ada pada  Tok Dalang. Satu
lagi kehebatan yang menjadi lambang kekuasaan Tok Dalang ialah kuasa mutlak. Keabsolutan
itu sehingga Ia bisa memenjarakan sesiapa saja yang ia tak suka dan memberi
kesenangan kegembiraan kepada sesiapa ia kehendaki. Selebihnya, Ia boleh
meberhentikan permainan serta merta atau melanjutkan permainan sehingga
bermalam-malam, bertahun-tahun  lamanya
sehingga khalayak penonton jemu bosan.
Negeri Batang  pisang
bukan sebuah negeri demokrasi. Rakyatnya tak kenal peti undi,   tak 
ada pentas ceramah politik, tak 
ada BR1M dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Sistem  pemerintahannya     otokrasi  sejak zaman dun takala
mula. 
Negeri Batang Pisang sebuah negeri paling sempit di dunia,
keluasannya hanya sedepa orang  dewasa.
Di situ   berdiri 
istana, tempat bertakta Tan Seri Rama, Siti Dewi, Laksamana, inang
pengasuh dan hamba sahaya. Di situ  juga Hanuman
Kera Putih, Bota Mahrajawana, Sagariwa, Babusanam bermukim  dan berperanan. Bota- Sosok yang satu ini  sering 
dikaitkan dengan kuasa kejahatan, justeru  tak menghirankan jika pergaduhan, adu domba
bahkan peperangan berlaku setiap masa. 
Dalam  mana-mana peradaban pun watak
 baik dan jahat sentiasa wujud. Peradaban
wayang kulit juga tak terpisah dari situasi ini.
Watak ketiga ialah Wak Long dan Pak Dogol. Dengan imej kelakar
yang dibawanya  ternyata ia digemari
ramai, bahkan khalayak penonton  lebih
mengenali Wak Long, Pak Dogol daripada Perdana Menteri  Tan Seri Rama, kecuali Siti Dewi  dikenali 
kerana kejelitaannya. 
Kerana  itu, kita
jangan cepat marah atau panas telingga, sekiranya anak muda  Malaysia hari ini lebih mengenai artis “Raja
Lawak Mega” seperti Zizan, Nabil, Afldin Sauki, daripada Perdana Menteri Tan
Seri Najib Razak.  Bukan salah ibu
mengandung, salah televisyen yang memperkenalkan pelawak kepada umum lebih dari
Perdana Menteri . Pertandingan “Raja Lawak Mega” setiap tahun sehingga lahir
tokoh-tokoh  lawak terkenal,  telah menenenggelamkan  menteri –menteri kabinet dari aspek
popularitinya di kalangan rakyat. Di sisi lain, tanpa disedari, memperkayakan
kaum kapitalis  melalui caj SMS.
Selanjutnya tentang “ televisyen ” atau bisa disebut juga
“Negeri Layar Putih”. Di dalam setiap rumah rakyat Malaysia terdapat sebuah
peti elektronik yang popular itu , bahkan   
ada yang memiliki lebih dari satu, diletakkan di ruang tamu, dalam bilik
tidur atau dapur.  Hakikatnya ia penting
untuk setiap orang bertujuan untuk mendapatkan info dan maklumat  terkini yang berlaku di dalam negeri dan luar
negara. Selebihnya  hiburan. 
TV1, TV2, TV3   menyampaikan
 info dan  maklumat  kerajaan untuk diketahui sekalian rakyat. TV 9
seringnya menayangkan drama Amerika Latin, 
Indonesia, Korea.  Kemudian TV
berbayar Astro, jumlah cannel tak terhitung,  dengan  
beragam nama. TV Oais - drama Tanah Kubur. Lebai sungguhkan hero
sinetron itu?.  TV Warna - Karoot
Komedia; menampilkan dikir barat moden, tijak angin ore Klate. Syabas Sobri
Yunus.
TV Warna-  segmen
“Betul Ke Bohong?” Salah jawapan kena kejutan letrik, Jenuh berfikir apa
matlamat. TV Art-  saluran Arab Lubnan.
Gaza menderita, mereka menyanyi.  Bashar
Al  Asad bantai Sunni mereka menari.  TV Zee- saluran Hindustani, keluar
penari-penari  jelita dedah perut. Mata
Wak Leman yang menonton terbeliak sehingga tak sedar Mak Leman  menjeling dari  belakang, lalu remote disambar macam kilat.
Kini giliran Mak Leman pula cari stesen. TV Hijrah -
menayang forum, tajuknya hudud tapi panelis seperti tak suka hudud, namun
terpaksa  menonton menghormati
satu-satunya TV Islam. “Mak, tukar saluran lain” tiba-tiba terdengar suara  anak Wak 
Leman balik merempit. Remote bertukar tangan. Tekan TV Arena- bola sepak
Pahang lawan Johor. Menang Pahang.  Anak
Wak Leman melompat bersorak. Wak Leman dan Mak leman tak minat bola angkat
punggung masuk kamar kunci pintu.
No comments:
Post a Comment