Musibah banjir dan  K-Pop 
Oleh: Rossem
Masih lagi dalam suasana awal tahun  baru 2015 yang memilukan!  Mangsa-mangsa banjir yang kehilangan rumah
atau rosak teruk  masih belum
berganti  rumah.  Sebahagian masih menumpang  tidur di rumah sanak saudara, sebahagian dalam
caravan atau  khemah yang sempit . Kesedihan,
jerih dan payah terus  menyelimuti,
sedang kehidupan harus diteruskan.  Anak-anak
sekolahan harus ke sekolah. Yang bekerja harus bekerja, bantuan banjir tak akan
mengalir terus menerus sepanjang masa. Akan berhenti juga sampai waktu dan
saatnya. 
Sesetengah kawasan yang dilanda banjir teruk, kawasan
perumahan di Kusial, Kuala Krai misalnya, 
air mencecah setinggi  30 kaki.
Sama tinggi dengan 4 orang Malaysia (disambung). Bayangkan  kalau kita (yang tak terlibat) berada dalam
situasi dan kondisi seperti itu. Pasti air mata kesedihan mengalir sama deras
dengan  air banjir.
 Justeru bila
mendengar khabar , di kawasan yang selamat dari banjir seperti Kuala Lumpur ,
penganjur mengadakan konsert  kumpulan K-Pop,
B1A4   dari Korea Selatan  sehingga mendorong gadis-gadis Melayu Islam
bertudung naik ke pentas, kemudain merelakan diri  mereka 
dipeluk cium oleh  penyanyi  lelaki Korea, terasa  terkoyak hati. Sudah hilangkah  rasa simpati kalian kepada mangsa-mangsa
banjir yang merintih simpati, sudah hilangkah rasa hormat kalian kepada pasukan
sukarelawan, NGO, individu, parti politik,  pasukan keselamatan seperti polis, tentera, bomba
yang bertungkus lumus membantu menyelamatkan, memindahkan  mangsa dan membahagi-bahagikan  mereka makanan serta  minuman. Sesungguhnya golongan ini perlu
dihormati!
 Pengorbanan mereka
terlalu besar buat rakyat Malaysia. Saya amat terharu, bila setiap kali
berselisih dengan konvoi kereta misi bantuan yang sarat dengan muatan  makanan dan kain selimut menuju ke lokasi
bencana. Setiap  kereta mengibarkan
bendera negeri masing-masing, ada dari Johor, Terengganu, Selangor, Melaka,
Negeri Sembilan dan lain-lain.  Yang amat
teruja, misi bantuan dari Thailand, umat Islam Selatan Thai, seperti
diketahui,  dalam kesempitan hidup,
namun  tak lupa membantu sauadar-saudara
mereka, disaat-saat kita memerlukan pertolongan. 
Banyak kereta yang ditenggelami  air banjir 
dibawa ke bengkel  untuk
dibaiki.  Sehingga tukang baiki sekarang  tak 
cukup tangan. Mungkin itu rezeki  mereka . Demikian Allah SWT mengatur kehidupan
hamba-hambanya; hari ini rezekiku, besok lusa rezeki mu. Saya bertanya seorang
forman di sebuah bengkel  kereta:  Berapa kos dikenakan untuk membaik pulih sebuah
kereta ditengelami banjir termasuk servis enjin (tanpa tukar barang). Kadar
ditetapkan antara RM250 –RM300, dan 
mengambil masa dua hari untuk menyiapkannya. 
Rata-rata  rumah
yang dimasuki air banjir,  barang-barang
perabok seperti  sofa, almari, tak dapat
diselamatkan.  Selain ianya berat dan
berukuran besar, ia pula bukan jenis kalis air,  bahannya bukan seratus peratus daripada kayu. 
Air bah yang datang dari bukit bukau Gua Musang  juga membawa bersamanya lumpur halus berwarna
kuning susu.  Purata setiap bangunan atau
rumah yang dinaiki air meninggalkan lumpur yang tebal. Kalau paras airnya 4
kaki, lumpur yang ditinggalkan satu kaki. Andai segala lumpur-lumpur yang
melekat di jalanraya, bangunan, rumah, padang seluruh negeri Kelantan
dikumpulkan, akan menjadi sebuah bukit , sama banyak, sama tinggi  dengan 
bukit yang digondolkan di jajahan Gua Musang. 
Kereta dan rumah adalah keperluan asas yang mesti
diselesaikan segera. Bagaimana penguasa menguruskannya, kita lihat akan
hasilnya nanti. 
Di pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan (Maik) di Balai Islam Lundang, pada tanggal 18 Januari 2015 orang
ramai berpusus-pusu di hadapan perkarangan Maik seawal jam 7 pagi. Orang tua,
ibu-ibu yang mengendung anak kecil berdiri berbaris seperti tak faham apa
gerangan ini. Mereka  hanya  mendapat maklumat yang bersumberkan laman
sosial dan televisyen kononnya hari itu Maik akan mengedarkan  borang bantuan banjir untuk rakyat Kelantan.
 Ada yang datang
dari Gua Musang, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Mas, masing-masing  balik tangan kosong – hampa,  kerana tak ada borang dikeluarkan, bahkan
Setiausaha Maik, Mohd Asri Abdul Rahman mengakui tak pernah mengeluarkan kenyataan
rasmi berhubung dengan agihan borang bantuan banjir dari sumber wang baitulmal
itu. 
Menyenaraikan nama mangsa-mangsa banjir  menjadi lebih mudah sekiranya  melalui imam-imam mukim, kerena imam lebih
tahu kondisi  anak mukimnya. Namun,
bantuan itu tetap ada, iaitu disalurkan  berasaskan kepada senarai yang disahkan  oleh ketua-ketua jajahan . 
Di sisi lain, 
melihat kepada  keadaan orang  ramai menyerbu Maik , mohon bantuan wang
zakat (baitulmal) yang tak pernah berlaku sebelum ini, ternyata  kesusahan , kepertitan hidup rakyat yang
kehilangan harta  akibat banjir akhir
tahun 2014 itu tak boleh dipandang ringan. Rakyat tidak akan menyerbu pejabat
baitulmal seperti itu, kalau mereka punya wang. 
Penurunan harga minyak melegakan.  Dulu isi petrol  RM10 dapat 4 liter lebih sedikit, sekarang
dapat  5 liter, Namun  tak 
ramai yang berterima kasih kepada Perdana Menteri  di atas penurunan harga minyak itu,
berbanding dengan kata nesta  ketika kenaikan
harga minyak diumumkan. Penurunan oleh kerajaan itu juga mungkin disebabkan
desakan rakyat setelah melihat harga minyak dunia jatuh menjunam. 
Namun amat dikesali, harga petrol  turun, harga barang tak turun. Ketika harga
petrol naik, peniaga  cepat-cepat
menaikkan  harga barang jualan  dengan 
memberi alasan, tak dapat dielakkan 
kerana kenaikan harga petrol. 
Realitinya pengguna  dipermainkan
terusan, kecuali Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
bangkit dari tidur, dan memikirkan bagaimana untuk meringankan beban rakyat
pengguna.  Yang tak terusik  oleh kata-keta ialah Tenaga Nasional, terus
kekal mencekek leher rakyat dengan kadar tarif elektrik yang tinggi.  Dan sebenarnya tak mampu  rakyat miskin menjelaskan bil setiap bulan. 
No comments:
Post a Comment