Oleh: Rossem
Wajah
orang-orang beriman   berseri-seri dengan ketibaan Ramadhan 
yang ditunggu-tunggu. Mereka seperti tidak sabar untuk melipatgandakan ibadat
masing-masing kerana tawaran  pahala yang
dijanjikan Allah kepada sesiapa  yang beribadat sepanjang  bulan
Ramadhan besar sekali   berbanding  bulan-bulan  biasa.
Siang 
mereka  melakukan ibadat puasa, manakala malam hari mengerjakan 
solat-solat sunat seperti solat tarawih, witir, tadarus al-Quran dan lain-lain.
Dibulan ini juga mereka memperbanyakkan infak  dan memberi makan fakir
miskin.
 Islam
meletakkan solat tarawih sebagai sunat mua’akad dengan tujuan supaya manusia
yakin dengan apa saja  kelebihan yang disebut dalam al-Quran. Maka
sepanjang bulan Ramadhan umat Islam mendatangi masjid-masjid untuk melakukan
solat tarawih secara berjamaah.
Masjid-masjid
dipenuhi makmum sehingga di setengah-setengah tempat bersolat di luar
masjid atau dibawah khemah yang dipasang   untuk menampung kehadiran jamaah
yang ramai. Sebagian masjid mengambil Imam-imam dari Mahaad  tahfidz
al-Quran  untuk mengimami solat secara bergantian. 
 Di Kota Baharu, Kelantan,  terdapat
sebuah masjid negeri yang dibina pada akhir abad 19 iaitu Masjid Muhammadi.
Sepanjang bulan Ramadhan masjid ini penuh dengan jamaah yang datang  untuk
menghidupkan malam dengan  beribadat kepada Allah.  
Selain
Masjid Muhammadi yang berusia ratusan tahun, ratusan  lagi masjid terdapat di Kota Bharu dan
seluruh Kelantan,  bahkan lebih besar
daripada Masjid Muhammadi. Semuanya penuh dengan jamaah solat sunat tarawih. 
 Atas
perihatin  Kerajaan  Kelantan yang
dipimpin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,  sebuah  khemah
besar didirikan di lapangan yang strategik iaitu di Dataran Stadium Sultan Muhamad
IV, di tengah-tengah Kota Bharu untuk kemudahan jamaah mengerjakan solat sunat
tarawih. 
Khemah
berhawa dingin itu boleh memuatkan  dua
 ribu jamaah, sementara di bahagian luarnya juga disediakan tikar untuk
kemudahan  jamaah bersolat sekiranya di bahagian dalam penuh. 
Tradisi
solat di dalam khemah sudah berlangsung sejak enam tahun lalu dan menjadi
tarikan utama kepada pelancong  dan juga
warga Kota Bharu  kerana keunikannya yang
tersendiri. Bagi Kerajaan  Negeri; ini
merupakan suatu produk pelancongan Islam yang dilahirkan di Kelantan sesuai
dengan dasar pemerintahan negeri: Membangun Bersama Islam. 
 Mewujudkan
khemah Ramadhan atau Qaryah Ramadhan bukan untuk bersaing dengan mana-mana
masjid, surau atau musalla, tapi tujuannya seperti sering diungkapkan Menteri
Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aiz Nik Mat  ialah menghadirkan dalam
diri setiap umat Islam suasana Padang Arafah di negeri bergelar Serambi Mekah
ini. 
Untuk
merealisasikan agar ia benar-benar bercirikan Padang Arafah,  dua orang
qari dan tahfidz al-Quran didatangkan dari Mesir untuk menjadi imam solat Insya
dan sunat tarawih di Qaryah Ramadhan. 
Sesiapa
yang pernah solat di perkampungan Ramadhan ini terasa seperti bukan berada di
Kelantan atau Asia Tenggara, kerana pihak penganjur iaitu Majlis Perbandaraan
Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) 
telah berjaya mewujudkan suasana Timur Tengah di sini dengan bacaan
ayat-ayat suci al-Quran yang baca sang imam teramat merdu sehingga makmum tak
terasa kepenatan berdiri lama waktu solat. 
 Lain
padang lain belalang, lain tempat lain cara pendekatannya. Di 
Kelantan,  persiapan untuk menyambut ketibaan Ramadhan setiap tahun
diadakan  seminggu  sebelum tanggal  1 Ramadhan dengan acara
menitipkan spiritual kepada umat Islam agar mereka lebih bersemangat menghadapi
bulan yang penuh barkat yang bakal tiba. 
 Tuan
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar mengadakan  program  khusus iaitu Ihya Ramadhan. Pengisiannya
berupa ceramah  dan diskusi oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam  terkenal
yang dijemput khusus membicarakan tentang kelebihan bulan Ramadhan, agar setiap
umat Islam negeri ini dapat menghayatinya dengan kerkesan sesuai dengan
tuntutan Islam. 

No comments:
Post a Comment